Showing posts with label kuih. Show all posts
Showing posts with label kuih. Show all posts

August 16, 2011

terbayangkan 'batang buruk',nak cari paling sedap...

terbayangkan 'batang buruk',nak cari paling sedap... ( Credit Picture here )

Hik3, almost tergelak eyriqazz bila baca status ini di wall rakan. Nyam2, walaupun namanya "Batang Buruk" rasanya tetap sedap dan menggiurkan. Rangup2 gitu...

P/s : Terbayangkan Nekbat, teringinnya nak makan Nekbat time berbuka puasa..

November 7, 2010

Kuih Cek Mek Molek


Kuih Cek Mek Molek | Namanya Sesedap Rasanya


Sampai sekarang saya masih tidak faham kenapa kuih ini dipanggil Kuih Cek Mek Molek.

Bentuknya takdelah Comel mana pun, Molek sangat ke Si Pembuat Kuih ini? Pelik bebenar kebanyakan nama kuih di Malaysia ni. Belum lagi dengan Badak Berendam, Kuih Tahi Itik, Batang Buruk dan pelbagai lagi.

Ohh, Yang Pasti rasanya memang sedap dan Molek bebenar . Rasa gulanya memang "Kaw" dan "Wow". Tak sia-sia kahwin dengan orang kelantan, balik kampung ble pekena Cek Mek Molek Selalu.

P/s :  Pernah makan Kuih Cek Mek Molek? Amcam , besttak?

August 17, 2010

Nekbat oh Nekbat

Kuih Nekbat | Sungguh Enak Dimakan Begitu Saja

Balik kampung haritu, semasa mahu bersahur, adikku yang bongsu pulang dari kerja ( Kerja di restoran). Dia membawa pulang Nekbat. Memang teruja juga, kuih ini yang memang sedap yang memang sukar didapati di KL ini. Sudah lebih dari 5 Bazaar Ramadhan saya jelajahi tahun lepas, namun tiada satupun yang menjual kuih Nekbat di KL ni. Susah ke nak buat ya?

Tentu ada daripada anda yang tak tahu apa itu kuih Nekbat kan? Ok, meh Cikgu GTO nak kasi informasi skit pasal kuih ini :

Kuih nekbat merupakan sejenis kuih tradisional pembasuh mulut yang diperbuat daripada tepung beras dan telur, yang popular di Malaysia, terutama di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu. Kuih nekbat biasanya disediakan dalam dua fasa. Pada fasa pertama, adunan tepung dibakar dan dimasak sehingga gebu seperti buahulu tetapi tawar dan lebih keras. Apabila ia kembang dan bertukar kekuningan ia sedia untuk digunakan. Nekbat yang telah dimasak akan disimpan kering atau dijual kepada pelanggan yang akan menyediakannya sebelum dihidangkan. Nekbat kering ini tahan lebih lama dan boleh disimpan di dalam peti sejuk.


Memang sedap dapat pekena Nekbat, bila diletak dalam peti sejuk dan pekena time berbuka/juadah berbuka puasa, memang menggiurkan. 

P/s : Kat KL ni mana boleh dapatkan Kuih Nekbat time bulan puasa ni ya? Teringin mahu makan lagi.

February 4, 2010

Lompat Si Lompat Tikam

Semalam,Isteri ajak pi Carrefour.Dinner dan shopping barang keperluan skit di sana.Sampaije di sana,alahai,rezeki aku la.Pengasuh Alisya kirimkan kuih.Fuhh,memang best kalau kuih-kuih yang dibuat oleh Pengasuh anakku itu.Yerla,masakan anak Kelantan jati.Nyam,nyam,sedapnya dapat makan :

Lompat Tikam

Di tambah pula dengan :


Rojak Buah


Kacang Rebus(Fuhh,memang Bestt!!)

Namun,aku masih tertanya-tanya.Kreatif betul la orang-orang tua dahulu.Pelbagai jenis kuih yang sedap-sedap di Malaysia ni namun sesetengahnya nama agak pelik dan cam tak sesuaije ngan rasanya.Contohnya :


Kuih Batang Buruk

Ohh,Kuih Batang Buruk,walaupun Batangmu buruk, rasamu begitu menggiurkan dan mengujakan.Tiap-tiap kali nak raya,tak sah kalau tak beli,kan?

Kuih Badak Berendam

Fuhh,one of my favourite ni.Sedap sehingga menjilat jari manis.Hik3,kalau kembarnya pula,agak-agak selera tak korang nak makan?.Ala,yang ni :


Badak Berendam juga,Hik3...

How about this one?


Kuih Tahi Itik

Fuhh,tahi itik pun boleh makan?Adushh,tak pernah try lagi kuih ni.By the way,betul ke gambar Kuih Tahi Itik ni?Yang ni lagi cute dan menarik :


Cik Mek Molek

Ala,takde la Comel mana pun kuih nya.Biasaje.Tapi rasanya memang menusuk kalbu dan syokk....Ahai,Cik Mek Molek.Senyumlah,senyumlah,Ahai Cik Mek Molek.Apa lagi ye kuih-kuih lain yang nama pelik tapi rasanya memang sedap?Bak Kata Kak Jie, ''Hidup Biar Sedap".

Zaman dah berubah,jadi nama pun sudah dikomersial kan dan caranya pun semakin menawan.Tentu korang tergoda tengok kuih ni :


Puteri Beradu

Embun Menitik

Hehehe,memang boleh tertidur makan kuih Puteri Beradu.Embun Menitik,fuhh,menitik-nitik air liur aku di buatnya.Nyam2,bila nak pi makan Embun Menitik lagi ye?Buat aku lapar je daa....

Last but not least,kalau dah makan Lompat Tikam ,tak sah kalau tak melompat.Jadi, jomlah kawan,kawan...1,2,3...Kita :


Lompat Sama-sama

P/s :Mamat baju biru yang tak lompat ni nak kena tikam ni.Hihihi,mungkin begini kot asalnya kuih Lompat Tikam.

P/s/s : Psst,psst,aku masuk paper la bulan lepas.Tak perasan pula.Rasa glamour la pula lepas masuk paper ni(Perasan sorang!!) .Hahaha....Paper apa?Bolehla rujuk disini : Success Stories
Related Posts with Thumbnails