Showing posts with label mee rebus terengganu. Show all posts
Showing posts with label mee rebus terengganu. Show all posts

April 2, 2012

Bila Isteri Memasak Makanan Kegemaran

Isteri memang jarang memasak especially bila sarat mengandungni. Tapi bila Isteri memasak, voilaa, memang terbaik. Lebih-lebih lagi kalau apa yang dimasakkan adalah makanan kegemaran eyriqazz, i.e. Mee Rebus Terengganu.


Pucuk dicita, ulam mendatang. Semalam wifey masakkan Mee Rebus Terengganu untuk makan malam.


Perghh, memang terangkat...Siap tambah semangkuk lagi...

Kalau tak cukup kaww, tambah je Lada Sulah & Lada Hitam sendiri..
Pssssst, Lada hitam/sulah ni bagus untuk Lelaki...Hik3...
Serius sedap...Nak mencuba? Bolehla try sendiri : Resepi Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu kegemaran hati
Menjadi kegemaran sejak kecil lagi
Masakan Ibu dan Isteri tiada tandingi
Sayangi mereka, gembirakanlah Hati

August 8, 2011

Mee Rebus Terengganu yang Sedap

Gembiranya hati,Sabtu lepas, berbuka puasa Isteri masakkan makanan kegemaran eyriqazz. Apa lagi kalau bukan Mee Rebus Terengganu. Memang sedap dan menyelerakan, favourite saya sejak dari kecil lagi.

Mee Rebus Terengganu, Nyam3, sedap...

Pekena time panas-panas, dengan lada sulahnya, berpeluh-peluh dibuatnya
1 Mangkuk tak cukup, 2 mangkuk+1 mangkuk untuk Sahur. Hik3..puas hati

Mahu try Mee Rebus Terengganu, bolehla try sendiri --> Resepi Mee Rebus Terengganu

P/s : Blom cuba belum tahu, dah cuba memang mahukan selalu....

March 7, 2011

Aksi Sedap...

Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Kalau Papanya memang Hantu Mee Rebus Terengganu, apa kurang anaknya :


Nyam,Nyam,Sedap ...

Slurpp2, nak lagi Mama

Oh, Sehingga menjilat jari

Mee Rebus Terengganu,Alisya mesti suka..

Hik3, taknak kotorkan baju,tak berbaju anak Papa makan Mee Rebus. Mee Rebus Terengganu memang favourite saya sejak kecil lagi. Sampaikan masa belajar di UK, minta resepi dengan mak nak masak sendiri. 

P/s : Bak Kata Kak Jie, Hidup Biar Sedap, tak gitu?

January 11, 2011

Resepi Mee Rebus Terengganu

Mee Rebus Terengganu memang kegemaranku. Syukur, Isteri sudah belajar dan ambil Resepi Mee Rebus Terengganu dari ibuku
Nyam,nyam sedap dan menggiurkan
Satu periuk satu keluarga habis dimakan bersama Mak Mertua dan Bapa Mertua
Look Delicious, Taste Delicious Sudah semestinya
Mahukan resepi? Oklah, ini yang ibu saya kasi.

Inilah Resepi Mee Rebus Terengganu/Resepi dari Ibu Eyriqazz

Ingredient : Lada Hitam ditumbuk halus, beberapa ulas bawang putih dicincang halus, Sayur-sayuran, mee kuning, ayam@udang atau apa yang berkenan di hati, dan garam

Cara-Caranya :
1)Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang putih. Bila dah naik bau, letakkan air 5 cawan.
2)masukkan Ayam, Sayur-sayuran dan apa saja yang terlintas di hati yang boleh dimakan.
3) Bila mendidih masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (ikut kepedasaan, 2 sudu/3 suduker) dan sedikit garam
4) Masukkan mee kuning dan tunggu sehingga masak (korang sure lagi arif kan time masaknya)

Otherwise, bolehla mencuba dari Resepi ini dari Jurnal Resepi Bdaria

P/s : Nak kaw lagi, tambahkan lada hitam yang ditumbuk itu or tambah lada sulah + cili padi or cili.Selamat Mencuba. Kalau tak menjadi, sila telefon Elissmie or Isteri, saya terror makan saja. Hik3..

***Amcam, tergoda tak nafsu makan anda?

August 23, 2010

Mee Rebus Terengganu | Tertunailah Hasrat Di Hati

Akhirnya, tertunailah juga hasrat di hati ketika pulang ke Kampung 2 Minggu Lepas. Saya minta mak masakkan makanan kegemaran saya sejak kecil lagi, tak lain tak bukan :


Mee Rebus Terengganu
Masakan Mak Memang terbaik

Nampak macam Mee Sup kan? tapi lain skit, secret Ingredientnya adalah lada hitam, memang inilah favourite saya dari kecil lagi. Kat KL ni susah nak dapat, nasib baiklah sekarang ni Isteripun dah pandai masakkan, memang sedap....

Lagi Syok Bila Pekena Sekali Dengan Keropok Lekor dan Kuih Muih Yang Lain

Mee Rebus Terengganu makanan kegemaran saya
Rasanya lazat dan menggiurkan saja
Tertunailah hasrat di hati sudah semestinya
Minggu ini Isteri masakkan sedap juga, lain kali saya updatekan ya?

P/s : Apa pula makanan kegemaran anda pula?
Related Posts with Thumbnails