Showing posts with label ikea. Show all posts
Showing posts with label ikea. Show all posts

August 3, 2012

Bufet Istimewa IKEA

Last week semasa shopping di IKEA, ternampaklah poster ini :

Bufet Istimewa IKEA
Harga untuk Dewasa : RM39.90
Kanak-kanak : RM19.90
Terhad buat 100 pelanggan pertama setiap hari. First come first serve 
Masa : 6ptg-9.30 malam

Aiseh, timeni dah plan nak berbuka puasa di Restoran Wong Solo, Shah Alam. Kalau tak boleh la try bufet istimewa ni. Staff IKEA kata, menunya agak marvellous juga. Umm, eyriqazz rasa at least menu-menu ni mesti ada :

IKEA Meatballs
Almondy Cake
Pencuci mulut
Fuhh, nak kena try one day buffer Istimewa IKEA ni...
Tapi, my magic card dah 0 dalam tu...Huk3, kena tunggu bulan depan baru di top up kan

August 2, 2012

Ruang Tamu Lebih Ceria dengan IKEA

Beberapa minggu lagi, dah nak raya. Masa yang agak sesuai untuk cantikkan suasana rumah menjelang raya yang bakal tiba. Manala tau kot-kot tahu ini terbuka hati nak buat Raya Open House. First step, ruang tamu menjadi pilihan untuk tambahkan apa yang patut. Yerla, most of family time spend di sini kan?

Last week sempatla singgahi IKEA dan beli beberapa barang untuk hiasi ruang tamu especially di bahagian sofa. Tempat selalu landing2 layan television dan layan anak :


Sebelum : Bantal sedia ada yang dibeli bersama sofa

After : Set bantal kusyen dan kusyen cover dari IKEA
Bantal kiri dan kanan : Bantal RM9.90, Sarung bantal RM39.00
Bantal tengah : Bantal :RM15.90, Sarungnya RM29.00

Pilihan Isteri yang dipersetujui bersama. Warna pink pilihan Isteri, warna biru warna kegemaran Eyriqazz. 

Ditambah dengan Kerusi Comel IKEA buat Alisya dan Azim menceriakan lagi suasana
Yang hijau baru beli ,senang kalau mak mertua/mak datang nak mandikan Azim. hik3.

Before : Bantal ini yang menjadi peneman Alisya

Now : Bantal ini yang menyerikan hidup kedua-dua anak kami
Pelbagai Pilihan menghiasi rumah di Bahagian Tekstil IKEA Malaysia

Selain ruang tamu, di bahagian tekstil juga boleh dapatkan produk untuk hiasi bilik tidur, bilik anak-anak, dekorasi meja makan, etc. Pelbagai pilihan yang menarik yang boleh dijadikan pilihan especially kalau nak hiasi rumah sempena Raya tak lama lagi. Ini gambar yang sempat diambil ketika last shopping di IKEA :


Koleksi kain pelbagai corak dan warna. Sesuai untuk buat langsir etc

Warna ceria,kain lembut, Isteri suka. 

Pilih jangan tak pilih akak

Isteri sudah mula rambang mata. Hik3...

Bantal-bantal dan sarung bantal yang buat isteri memilih agak lama

Inilah pilihan yang dipilih

Alisya teruja 

Hasil shopping di bahagian Tekstil IKEA

Lebih banyak pilihan, bolehla singgahi sini--> http://www.ikea.com/my/en/catalog/categories/departments/Textiles/

Ruang Tamu Lebih Ceria dengan IKEA sudah semesti
Rambang mata pelbagai pilihan menanti
Tepuk dada, tanya Suami/Isteri
Pilihkan yang terbaik sempena Raya yang bakal menjelma tak lama lagi

July 30, 2012

Lebih Gembira Bersama IKEA dan Ipin

Home Sweet Home - Anak-anak lebih gembira bersama bantal yang dibeli di IKEA
Juga, Ipin yang menjadi koleksi terbaru Alisya

July 16, 2012

Kerusi IKEA Comel buat Alisya dan Azim

Papa, Papa, Alisya nak kerusi Pink tu..Merengek-rengek Alisya ketika di shopping di IKEA semalam. Ok, ..Rembatlah satu...


Wife : Satu je? Untuk Azim? 
Eyriqazz : Azim kecik lagi...
Wife : Apa salahnya belikan terus? Kan habis nanti?
Eyriqazz : Sometimes, it is better turutkan aja...Mood Shopping Wanita sukar diduga, tak bestla pula nak spoilkan mood isteri . Dipendekkan cerita :



Kerusi IKEA Comel beli di IKEA Malaysia
Yang Pink buat Alisya, Yang Biru untuk Azim
RM45 each..

Bukan main lagi suruh Ayah Su nya pasangkan..
Mudah pasang,kukuh juga..Eyriqazz yang "Kurus" ni pun duduk tak patah pun..

Mood Happy...Ke Mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi

Papa, Both ni Alisya Punya kan?
Eyriqazz :......................???

July 6, 2012

IKEA Sale Kini Kembali!!

Jom terjah IKEA. IKEA Sale for July is backk...


Antara tawaran menarikk
5-22 Julai 2012

Jom Jadi Part of IKEA Family. Banyak yang menarik menanti
Sambil shopping, boleh kumpul point etc.... Sayapun dah register bulan lepas...
P.s : Jom Sayang ke IKEA weekend ni, bolehla shopping sambil pekena Meatballs sekali...

June 11, 2012

Percubaan Kali ke 2 Protege Uncle Gedek

Kalau Percubaan Kali Pertama meniru Aksi Uncle Gedek tidak berjaya, diteruskan dengan percubaan kali kedua. Memang syiok duduk atas kerusi IKEA yang empuk sambil menggayakan aksi Uncle Gedek :



Aksi Betulkan Kamera

Aksi Masam


Aksi Senyum Kambing


Aksi Cekudal



Aksi Suka-suka

Aksi Tenung-tenung

P.s : Ala, takkan satu pun tak menjadi? Ni yang buat nak rembat Sony Nex-F3 ni...

June 9, 2012

Asyik-Asyik IKEA Meatball

Asyik-asyik IKEA Meatball, tak boring ke?
Eyriqazz : Kalau dah suka, apa salahnya kan?

Jalan-Jalan di IKEA

Selepas Makan Besar IKEA Meatball bulan lepas, lepastu sempatla pusing-pusing di IKEA. Issh, orang lepas berpantang ni memang suka shopping ekks?



Jom Jadi Part of IKEA Family. Banyak yang menarik menanti



Suka tempat baby roomnya. Suasana ceria. Harap dapat ditambah lagi biliknya
Alisya pun baby lagi mama..Aduh,skang ni asyik mengaku baby je Alisya ni...Jealous laa tu
Alisya memang excited dengan mini kitchen ni. RM388. Ingat nak belikan untuk hadiah birthday nya...
Masih memikirkan
Papa, camne nak guna kuali ni? Kenapa dia ikat?
Papa, Akak ni pun nak join masak-masak
MasterChef Junior in the making

Papa, Mama nak itu. Nak itu, itu , dan itu-itu...Umm ,Papa belije la IKEA ni boleh?

End result, wifey cakap dia tak berapa larat nak pusing satu IKEA tu. Masih belum sihat sepenuhnya dari berpantang. Dalam tak berap sihat tu, sempat juga rembat :

3 Barangan Ini di IKEA

P.s : Hari ini nak terjah IKEA lagi,mungkin shopping lebih banyak lagi.. .. Hik3... Sayangkan Isteri, turut2kan...

May 31, 2012

Isteri Mengidam IKEA Meatball Selepas Berpantang

Weekend lepas, sempatla tunaikan hasrat isteri yang memang mengidam nak pekena Meatball dan makanan lain di IKEA. So, bawalah Isteri ke IKEA bersama Mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar :

Weekend kalau tak penuh di food court memang tak sah
Tips nak dapat tempat duduk?
Cari orang yang dah nak habis makan dan tunggu je....

Penuh. Makanan di IKEA ni memang menjadi kegemaran ramai

Beratur. Nasib baik staffnya agak pantas dalam menerima dan menyiapkan order

Kek Daim sudah tiada di IKEA. Kini digantikan dengan Almondy Dark Chocolate Cake
Wifey cakap, still sedap. Eyriqazz try pun, boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Pilihla mana yang nak. Hari ini Papa belanja semua

IKEA Meatball. 20 biji kongsi ngan Isteri. Memang marvellous dan sedap 
Aksi Alisya makan French Fries.Amboi-amboi 
Saya tahu, meleleh air liur kan? 
Inilah yang saya order untuk 5 dewasa, satu kanak-kanak
Total RM90++ termasuk tax
Nasib baik air boleh refill...

My Magic Card...Using this Card, I don't have to pay  makanan di atas
Inilah salah satu kelebihan jadi "IKEA Brand Ambassador"

This is the beauty of blogging too.. Kadang-kadang, kita tak tahu apa rezeki di hadapan kita. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Bolehla jimatkan dan makan lebih meriah di IKEA selalu...

P.s : One day mungkin saya jemput a few rakan-rakan bloggers makan-makan di IKEA ini..
Related Posts with Thumbnails