Showing posts with label ikea meatball. Show all posts
Showing posts with label ikea meatball. Show all posts

June 9, 2012

Asyik-Asyik IKEA Meatball

Asyik-asyik IKEA Meatball, tak boring ke?
Eyriqazz : Kalau dah suka, apa salahnya kan?

May 31, 2012

Isteri Mengidam IKEA Meatball Selepas Berpantang

Weekend lepas, sempatla tunaikan hasrat isteri yang memang mengidam nak pekena Meatball dan makanan lain di IKEA. So, bawalah Isteri ke IKEA bersama Mak/Bapa Mertua dan Adik Ipar :

Weekend kalau tak penuh di food court memang tak sah
Tips nak dapat tempat duduk?
Cari orang yang dah nak habis makan dan tunggu je....

Penuh. Makanan di IKEA ni memang menjadi kegemaran ramai

Beratur. Nasib baik staffnya agak pantas dalam menerima dan menyiapkan order

Kek Daim sudah tiada di IKEA. Kini digantikan dengan Almondy Dark Chocolate Cake
Wifey cakap, still sedap. Eyriqazz try pun, boleh tahan juga

Pencuci Mulut. Pilihla mana yang nak. Hari ini Papa belanja semua

IKEA Meatball. 20 biji kongsi ngan Isteri. Memang marvellous dan sedap 
Aksi Alisya makan French Fries.Amboi-amboi 
Saya tahu, meleleh air liur kan? 
Inilah yang saya order untuk 5 dewasa, satu kanak-kanak
Total RM90++ termasuk tax
Nasib baik air boleh refill...

My Magic Card...Using this Card, I don't have to pay  makanan di atas
Inilah salah satu kelebihan jadi "IKEA Brand Ambassador"

This is the beauty of blogging too.. Kadang-kadang, kita tak tahu apa rezeki di hadapan kita. Alhamdulillah, rezeki anak-anak. Bolehla jimatkan dan makan lebih meriah di IKEA selalu...

P.s : One day mungkin saya jemput a few rakan-rakan bloggers makan-makan di IKEA ini..

May 23, 2011

IKEA Meatball Tak Halal?| Saya Tertipu...



IKEA Meatball Tak Halal? Adusshh, saya antara pengguna yang beberapa kali pernah makan IKEA Meatball. Tapi bila membaca entry mereka ini, mulala rasa tidak keruan :

Ikea Foodcourt – Ikea Meatball Tak Halal?

Meatball Ikea takde Sijil Halal
Meatball IKEA tak halal ? Ada Babi?? 


Honestly, andainya benar, memang betul-betul rasa tertipu dengan IKEA Food Court ini. First, kami siap dah tanyakan pekerja Islam di sana. Halal ke? Halal kata mereka..2ndly, percaya bulat-bulat kata ramai orang yang mereka sudah mendapatkan Sijil Halal. Umm, perlu salahkan diri sendiri tidak usul periksa mendalam terlebih dahulu.

Oh, Saya tertipu. Yupp, sebagai pengguna yang kerap makan luar, sekarang ni memang sukar nak dibezakan mana gerai yang betul-betul ada sijil halal or tidak. Plus, selain Sijil Halal dari JAKIM, adakah ianya turut diterima di Malaysia. Boleh dikatakan most restoran di Malaysia mempunyai sijil Halal dari IFRCSA kalau tak silap. Tengok saja la di Food Court Midvalley, rasanya satupun tiada sijil halal dari JAKIM.

Umm, dengar cerita Undang-undang Halal bakal ditablekan di Parlimen tak lama lagi. Harap-harap dipercepatkan supaya pengguna di Malaysia tidak terus tertipu dan keliru seperti kes IKEA Meatball yang tidak Halal ini. Ini bukan kali pertama terjadi rasanya. Ohh, kena lebih berhati-hati selepas ni. 
Related Posts with Thumbnails