Showing posts with label ikea meatballs. Show all posts
Showing posts with label ikea meatballs. Show all posts

May 23, 2011

IKEA Meatball Tak Halal?| Saya Tertipu...



IKEA Meatball Tak Halal? Adusshh, saya antara pengguna yang beberapa kali pernah makan IKEA Meatball. Tapi bila membaca entry mereka ini, mulala rasa tidak keruan :

Ikea Foodcourt – Ikea Meatball Tak Halal?

Meatball Ikea takde Sijil Halal
Meatball IKEA tak halal ? Ada Babi?? 


Honestly, andainya benar, memang betul-betul rasa tertipu dengan IKEA Food Court ini. First, kami siap dah tanyakan pekerja Islam di sana. Halal ke? Halal kata mereka..2ndly, percaya bulat-bulat kata ramai orang yang mereka sudah mendapatkan Sijil Halal. Umm, perlu salahkan diri sendiri tidak usul periksa mendalam terlebih dahulu.

Oh, Saya tertipu. Yupp, sebagai pengguna yang kerap makan luar, sekarang ni memang sukar nak dibezakan mana gerai yang betul-betul ada sijil halal or tidak. Plus, selain Sijil Halal dari JAKIM, adakah ianya turut diterima di Malaysia. Boleh dikatakan most restoran di Malaysia mempunyai sijil Halal dari IFRCSA kalau tak silap. Tengok saja la di Food Court Midvalley, rasanya satupun tiada sijil halal dari JAKIM.

Umm, dengar cerita Undang-undang Halal bakal ditablekan di Parlimen tak lama lagi. Harap-harap dipercepatkan supaya pengguna di Malaysia tidak terus tertipu dan keliru seperti kes IKEA Meatball yang tidak Halal ini. Ini bukan kali pertama terjadi rasanya. Ohh, kena lebih berhati-hati selepas ni. 

March 30, 2011

IKEA Meatballs Memang Terbaik

Minggu lepas, di hari Earth Hour, kami terjah IKEA lagi. Isteri mengidam nak makan IKEA Meatballs. Sayangkan Isteri turut-turutkan :
IKEA Meatballs Memang Terbaik
Enough Said, One of the best Meatballs in Malaysia
Action Speak for itself..Tengokla begitu ramai orang yang beratur..Especially time weekend

IKEA Meatballs Memang Terbaik dan sedap. Wifey cakap, siap ada seorang kakak ni beli set 10 biji, mungkin teruja kot. Tapi tak habis makan. Umm, tak baik tu, membazir. Tuhla, orang tamak selalu rugi. Saya makan 5 biji ni pun dah rasa kenyang.

Wife cakap dia sukakan sosnya,meatballsnya dan juga Jem Anggurnya. Umm, cakapla suka semua kan senang..Hik3....

P/s : Amcam, jom kita pi terjah IKEA ramai-ramai. Saudara Denaihati mahu belanja. Hik3, just kidding..tapi kalau betul, apa salahnya kan bro?
Related Posts with Thumbnails