August 9, 2011

Tesco Malaysia hanya Diberi Amaran


Akhirnya, selepas lebih sebulan, saya mendapat jawapan balas dari Kementerian Perdagagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaaan berkenaaan aduan saya --> Aduan Pengguna Tesco|Iklan "Indah Khabar dari Rupa"
Jawapan Balas dari KPDNKK. Umm,sejak bila saya berstatus Puan?

Hasil dari pemeriksaan dan temubual dengan Pengurus Bahagian, saya difahamkan oleh beliau, pihak DC iaitu Distribution Centre yang menguruskan pembekalan barang ke setiap Stor Tesco. Stock untuk kedua-dua barang yang diadukan iaitu Enfagrow dan Isomil Plus memang tidak banyak di setiap stor hanya dibekalkan lebih kurang 300 unit sahaja. Selain itu, Setiap Promosi yang dijalankan oleh pihak Tesco mendapati ianya ada menyatakan di dalam iklan bahawa "While Stock Last" iaitu selagi stock masih ada. Pihak premis telah diberikan amaran dan nasihat agar mematuhi segala Peraturan-Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Tagline " Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1Suara" (Ummm...)

Yup, saya faham 'while stock last' tapi kalau hanya 300 stok sahaja disediakan untuk dua hari bila iklannya 2 muka surat besar di "Major newspaper" nampak sangat ianya sekadar mengaburi dan menarik pengguna menerjahi sana walaupun akhirnya hampa.

Moral of the story, jangan terlalu percayakan Jualan Murah dan promosi, kalau ianya "too good to bee true" ,there are always hidden agenda behind it. Ehh,ehhh, Sogo tu selalu ada Jualan Murah? Ummm, no comment...

P/s : Biar Alah Membeli, menang memakai...

32 comments:

  1. betul betul betul..
    jangan mudah terpedaya...
    lagi2 musim nak raya sekarang ni..
    ada peniaga yg akan cuba mengambil kesempatan..

    ReplyDelete
  2. "Puan Eyriqazz", anda beli susu sahaja di kedai pemborong. Iklan2 ni kekadang memang mengaburi kita..

    ReplyDelete
  3. dia just nak suruh anda gi situ jer tu, then tak dapat barang yg dicari,
    pastinya anda akan beli barang lain.
    abih bangang pun eskrim utk sikecil..

    jahat kan.

    ReplyDelete
  4. kita pengguna ni mmg selalu jadi tipah tertipu..

    ReplyDelete
  5. betul tue..iklan kdg2 mengelirukan

    ReplyDelete
  6. slalu terkena cam tu ...
    tp seb baik la anak kau minum susta stok mmg byk klu c4 buat promosi tp klu tesco mmg slalu cam tu

    ReplyDelete
  7. sy memg kurg percaya sikit pd promosi atau sales2 ni..

    ReplyDelete
  8. btol tue..jgn tertipu dgn iklan jualan murah or sale..

    ReplyDelete
  9. pernah terkena gak..tp lps tuu da mls nak tgk pamplet...lagipon more to giant jee.heheheheh.....

    ReplyDelete
  10. at least uncle perjuangkan hak sebagai pengguna
    ~peniaga dah cover awal dengan cogankata tu

    ReplyDelete
  11. tulah mmg kena hati2...la ni watson pun dah pandai nak main tifu2

    ReplyDelete
  12. Takpe bro... yang penting setiap berlaku perkara cenggitu aduan dibuat....publish kat blog...at least ade tindakan kita sebagai pengguna...

    ReplyDelete
  13. memang indah khabar dari rupa.. isk isk isk

    ReplyDelete
  14. xpe bro, lain kali ader ker ko angkat 300 tin terus

    ReplyDelete
  15. Terbaiklah..ini dinamakan Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1Suara

    ReplyDelete
  16. Bro ada tweet kat saya di twitter ke? nak saya share post ni?

    ReplyDelete
  17. ni semua strategi bodoh dorang ni..now makan diri sendiri..padan muka...

    ReplyDelete
  18. @DaHLia :yup..mengambil kesempatan atas kesempitan pengguna....mahu berjimat,tapi semakin berbelanja jadinya

    ReplyDelete
  19. @y u y u Z u l a i k h a:yuyu memang nak kena pulas telinga..sila belanja saya berbuka puasa di IKEA..hik3

    ReplyDelete
  20. @KiD:beli di kedai sensei lagi bagus kan bro?

    ReplyDelete
  21. @Pocket:tak syak lagi..abisla juga saya rm50+ aritu..tuh sorang,kalau 10 ribu orang?

    ReplyDelete
  22. @.*.WiE.*. :yup..tipah tertipu..pihak berkuasa tutup sebelah mataje..setakat warning?

    ReplyDelete
  23. @far_east:that's y saya angkat astro byond pvr...boleh terus skip part iklan yang annoying tu...

    ReplyDelete
  24. @eima:memang tak suka promosi sebegini...berharap,hampa..kenapa tak letakje dalam iklan tu,terhad untuk 300 orang yang pertama>?

    ReplyDelete
  25. @Siti Hajar Masri :kena lebih berhati2 lepas ini

    @syazwani 'atiqah:hik3..most of the sales dibuat untuk keuntungan peniaga, bukannya pembeli...fikir2kanlah...

    @fRaMe+LenSeS:entah la

    @suhailas:hik3..ramai yang terkena kan?

    @miss nina:yup..pandai cover...kecil pula tu dalam iklan tu...

    ReplyDelete
  26. @POSH76 :watson promosi apa pula ya?

    @hazman aka species1980:yup..betultu..jgn pandai enteng pada kuasa blogger...

    @*∽ IZAN ∽*:x syak lagi

    @Matjoe:hak3....boleh eden jual lepastu kan?

    @ Faisal :thanks bro..

    @BHO :boleh juga..thankss...

    ReplyDelete
  27. @Zarul :lepasni sure muncul balik...

    ReplyDelete
  28. Itulah indah khabar dari rupa..
    Kita selalu tertipu dengan promosi itu ini walhal nan adooo!
    Kesian jadi pengguna macam kita kan!

    ReplyDelete
  29. As consumers, we must exercise our rights fully. Kudos to you sebab bawa aduan kepada authorities. Harap2 ramai lagi yang akan sama2 take this sort of action. Baru lah para peniaga lebih bertanggungjawab.

    ReplyDelete
  30. betul tu bro..kat sini pun sama, 2 kali saya pergi tesco iklan susu murah, tapi depa tak loading pun barang..bila tanya bila nak masukkan barang, petang la, pagi esok la.bila pi susu takdak pun..buat iklan hebah satu negara..camno tu???

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails