Showing posts with label tesco aduan. Show all posts
Showing posts with label tesco aduan. Show all posts

August 9, 2011

Tesco Malaysia hanya Diberi Amaran


Akhirnya, selepas lebih sebulan, saya mendapat jawapan balas dari Kementerian Perdagagangan dalam negeri,koperasi dan kepenggunaaan berkenaaan aduan saya --> Aduan Pengguna Tesco|Iklan "Indah Khabar dari Rupa"
Jawapan Balas dari KPDNKK. Umm,sejak bila saya berstatus Puan?

Hasil dari pemeriksaan dan temubual dengan Pengurus Bahagian, saya difahamkan oleh beliau, pihak DC iaitu Distribution Centre yang menguruskan pembekalan barang ke setiap Stor Tesco. Stock untuk kedua-dua barang yang diadukan iaitu Enfagrow dan Isomil Plus memang tidak banyak di setiap stor hanya dibekalkan lebih kurang 300 unit sahaja. Selain itu, Setiap Promosi yang dijalankan oleh pihak Tesco mendapati ianya ada menyatakan di dalam iklan bahawa "While Stock Last" iaitu selagi stock masih ada. Pihak premis telah diberikan amaran dan nasihat agar mematuhi segala Peraturan-Peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak kementerian.

Tagline " Kuasa Pengguna : 1 Pengguna 1Suara" (Ummm...)

Yup, saya faham 'while stock last' tapi kalau hanya 300 stok sahaja disediakan untuk dua hari bila iklannya 2 muka surat besar di "Major newspaper" nampak sangat ianya sekadar mengaburi dan menarik pengguna menerjahi sana walaupun akhirnya hampa.

Moral of the story, jangan terlalu percayakan Jualan Murah dan promosi, kalau ianya "too good to bee true" ,there are always hidden agenda behind it. Ehh,ehhh, Sogo tu selalu ada Jualan Murah? Ummm, no comment...

P/s : Biar Alah Membeli, menang memakai...
Related Posts with Thumbnails