October 3, 2011

Seminar Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem

Sabtu lepas, 1 October 2011 saya telah menghadiri Mini seminar Sembang Sub-Sale/Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem yang diadakan di Mindstation Sdn Bhd,Shah Alam dari pukul 8.30pagi-1 tengah hari.

A little bit about Abang Ensem dan seminar ini :

Biodata Abang Ensem : Seorang banker, pelabur hartanah yang memiliki 13 biji buah rumah mostly di Sekitar Shah Alam dari low/medium cost. Total kesemua rumahnya bernilai RM2 juta+ ( Perbetulkan saya kalau tersilap). Seorang yang humble, happy go lucky, dan kini berkongsi informasi supaya makin ramai yang berjaya di bidang hartanah sepertinya. Oh ya, pernah di Featured kan di Personal Money Magazine beberapa tahun yang lepas. 

About Mini Seminar . Seminar membincangkan antaranya :

  • Apa itu pelaburan hartanah?
  • Tips dan panduan membeli rumah subsale.
  • Tips mudah lulus pinjaman.
  • Sesi bersama Peguam AE.
Kusyuk peserta mendengar penerangan dari Abang Ensem
Intro Skit...

Apa Itu Pelaburan Hartanah?

Kenapa Pelaburan Hartanah?
Nak Senang ke, Nak Kaya? Tepuk dada, tanya selera...Yess, u can have both..

Antara kes study yang dibincangkan, adalah kes Study Eyriqazz sendiri. Keputusan eyriqazz? Umm, lepas bincang-bincang ngan Isteri, we prefer Nak Senang Dulu...



Serius Panjang...Apa yang panjang tu Bro?
Hak3, korang rasa apa?
Strategi Pelaburan Hartanah

Nak Kaya, Flipping...Maksudnya, beli dan jual..Cam kes study eyriqazz, kalau eyriqazz jual rumah eyriqazz tu, boleh untung dalam RM100K . A very good return for 3 years investment.... Nak senang, Buy & Hold and dapatkan return yang konsisten.



Faktor Memilih Rumah...Location, Location, Location....
Plus, better kalau anda mahir dengan kawasan itu

Percaya tak kalau saya cakap, Mamat berkacamata di gambar di atas, sudah memiliki 6 biji buah rumah yang ditotalkan bernilai jutaan ringgit? Umm, dah ada 6 buah rumah pun datang seminar lagi ke? Inilah kata orang,ilmu itu akan sentiasa dicari especially buat yang mahu maju ke hadapan.



Site Viewing itu penting. ..Especially part terakhir tu..Jangan pandang enteng ya...

Makan-makan dan catch up time dulu...Makanan serius sedap..Beli kat mana bro?

Sesi Bersama Peguam

Tahukah anda?

1) Sebagai pembeli, anda berhak di dalam S&P untuk memanjangkan tempoh jual beli i.e. dari 3+1(bulan) ke ikut suka anda.Why? Usually rumah yang sudah ada Strata Title akan mengambil masa yang lama untuk completion of the Sale...Pengalaman peribadi, normally memakan masa 6 bulan..Ada yang sampai bertahun2 pun ada..Plus, takdelah nanti anda terkena "late charges" di atas kesilapan yang bukan daripada anda.
2) Bumi Lot hanya boleh dijual kepada bumiputra sahaja.
3) Pastikan rumah yang anda beli tidak dicaveatkan...Apa itu caveat? Google it..



Antara Peserta yang hadir.Ramai yang minta tunda last minute atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan

Overall, it is really worth it..Perkongsian dari pengalaman peribadi diselitkan dengan jenaka bersahaja memang best. Cam sekejap je masa berlalu.Saya kasi rating 8.5/10. Berbaloi dengan kosnya lebih kurang RM88 untuk mini seminar ini. Ilmu yang diperolehi akan membuatkan peserta lebih mahir untuk bergiat dalam pelaburan hartanah including myself...Kalau Abang Ensem mampu memiliki 13 buah rumah sebelum cecah 40 tahun, my target untuk memiliki 5 buah rumah by umur 35 tahun. Umm, another 6 years to go for another 3 house. Wish me luckk...

Anyway, kalau anda berminat untuk menyertai Mini Seminar ini di masa hadapan, bolehla registerkan di SINI.Kalau nanti anda pergi dan Indah Khabar dari Rupa, dipersilakan untuk hentam saya nanti.

P/s : Ramai peserta yang mengaku kehensemanan Abang Ensem setelah bersua muka dengannya face to face...

10 comments:

  1. balik malaysia nanti nak join seminar dia la.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    alamak macam bestlah, next time ajaklah kakyan pegi hehehe

    www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
  3. dah lama pulak tak join seminar ilmu berguna cenggini...sambil2x tu boleh tambah networking...

    ReplyDelete
  4. takleh blah yang tang bawah sekali tuhh..hehe..memang berbaloi gi seminar nie walaupun aku tak gi sebab aku tahu ilmu AE amatlah tinggi

    ReplyDelete
  5. Saya pun berminat gak .. nanti saya isi form (",)

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  6. abang iman..
    nak tanya skit
    en3 lama2 kt blog saya mcm thn 2009 & 2010 seme gambo2 nye tak de..ada kuar symbol (!) ni..
    aduh...kenapa mcm tu ek??
    tolong....

    ReplyDelete
  7. laling i terus semangat nak join seminar AE ni lepas tengok u all join..

    ReplyDelete
  8. menarik!insyaallah lepas ni bolela join :)

    ReplyDelete
  9. masih mencari untuk beli rumah pertama...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails