November 8, 2011

Pengalaman di Golden Palm Tree Resort, Sepang

Beberapa minggu lepas, eyriqazz menghadiri Teambuilding syarikat di Golden Palm Tree Resort, Sepang. Salah satu hotel/resort bertaraf 5 bintang. Ekslusif dan memang lain dari yang lain . Inilah pengalaman eyriqazz :

Suasana di bilik. 2 katil single. Sebilik dengan ofismate

Harga asal bilik ini lebih kurang RM800+. Selepas diskaun corporate dan goverment rate, dapatla lebih kurang RM400+. Fuhhh, giler-giler mahal kan? Mahal-mahal pun ,penuh juga time ni. Umm, kalau nak pergi sendiri, memang tak mampu.

Kemudahan televisyen dan Internet turut disediakan.
Laptop kena bawa sendiri laa..
Suasana malam. Jiwang-jiwang layan dari beranda,tengok bulan, tengok air, tengok awek mandi lupa tutup langsir (oppsss, tipuje...)
Bilik mandi.Kalau lupa tutup langsirnya, memang free show la gamaknya. Orang di sebelah sana boleh nampak..Hik3...
Suasana di pagi hari. Santai, tenang, sejuk mata memandang.Alangkah lebih indah kalau airnya kebiru-biruan bukannya warna coklat kekeruh-keruhan
Fuhh ,memang terasa kerileks kan nya
Swimming Pool. Mengadap pantai. Kelass gitu..
 Nak jalan kaki pun boleh, nak naik buggy yang disediakan boleh nak bergerak ke mana-mana
Cuba teka siapa yang berbaju merah tersenyum riang itu?
Memang best.Part airnya kureng best skitla.kalau lebih bersih dan kebiruan, mau taknak keluar bilik
Bilikku. Di atas air..
Lain daripada yang lain kan?
Kanak-kanak ribena di belakang eyriqazz. Hik3..

Overall, memang suatu pengalaman yang mengujakan. Once in a lifetime opportunity dapat menginap sini. Nak pergi sendiri, umm, sowwila, nak sama harga sewa rumah sekarang sebulan. Kata orang jauh perjalanan, luas pengalaman, tak gitu?

Lagi review tentang Hotel ini, bolehla check out entry ini dari SixthSeal : Golden Palm Tree Resort, Sepang

P/s : Mahukan Kehidupan yang bebas kewangan? . Mungkin boleh pelajari dengan menghadiri seminar hartanah yang boleh dimenangi di SINI

10 comments:

  1. memang besh tu bro!!

    memang mahal sbb atas air kan :) mcm avillion PD, legend PD and bkt merah laketown resort water chalet memang standard rate kat tempat2 gini paling murah pun RM400 and above per nite :)

    *me bersyukur sbb dpt gak rasa dok tempat2 gini hasil contest :)

    ReplyDelete
  2. bestnyer..... erm, kalu ambik gambar x nampak air lg best kut eryqazz kan.. tapi mcm nak menutup keburukkan la plak.. huhu

    teringin lak nak pi, tp rege dia mmg la x mampu...

    ReplyDelete
  3. best giler duk Golden Palm Resort... :)

    ReplyDelete
  4. Kalau 8++ sehari memang tak mampu bro..

    Tapi kalau nak honeymoon rasanya memang sesuai ni.. hehehe

    ReplyDelete
  5. seronoknye
    saya klw kena bayar sendiri mmg tak sampai la kot hahah
    mahai gile

    ReplyDelete
  6. Wahh..abe kanak-kanak riang bukan main lagi gumbira..hahaha

    ReplyDelete
  7. kellas ko jang!

    termimpi2 nak tidor kat resort atas air ni..tunggu honeymoon nnti kot.. :)


    off topik..
    takleh nak tinggalkan komen kat N3 jejai..nape ek? padahal kalau komen kat blog yg guna comment disqus tu..ok jer..

    ReplyDelete
  8. belum pernah kesini lagi. nampak menarik :)

    ReplyDelete
  9. tu la pasal....bila aku tengok baju merah tu mmg confirm la si nik sharinginfoz ada sekali..... ;-p

    ReplyDelete
  10. seronoknya. dulu konon nak buat kat sini jugak persidangan ofiz me, sekali diorang survey harga, mau cirit :p

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails