January 19, 2012

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi


Sempatla dinner dan pekena Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi. Lokasinya yang tak jauh dari rumah eyriqazz. Atas recommendation Isteri pemilik peniaga nasi lemak ini @ Amy Sweetdarling, sempatla terjahi for dinner semalam.

Mama, Alisya nak... Serius, husband saya masak memang sedap , mungkin itulah yang dikatakan oleh Amy Sweetdarling

Jemput Makan

Fuhh, lepas mencubanya, memang sedap seperti dikatakan. Nasinya yang lembut, sambalnya yang memikat hati. Tidak terlalu pedas, tidak terlalu tawar. Just nice dan kena dengan citarasa kami. Isteri mula-mula ambil separuh je nasi, rupanya kena tambah lagi separuh coz separuh tu Alisya dah habiskan. Memang sedap nasinya, sampaikan Alisya saja dah habiskan separuh.  Ayam goreng dan lauk-lauk yang lain pun boleh tahan kesedapannya. Lauk lain yang disediakan antaranya paru ayam, udang, telur goreng etc. Harga pun berpatutan. Dua orang makan semalam , RM7 sahaja. Murahkan?

Pilih-pilih lauk yang berkenan
Sambalnya memang kena dengan citarasaku. Marvellous
Tumpang berniaga di Restoran Ana Tomyam

Bagusla camni kan? Kasi peluang dekat yang lain untuk berniaga sama. Selain masakan panas, nasi lemak, di sini juga ada jual Sate & burger. Lebih banyak pilihan, the merrier kan?

Suasana pun santai
Sempat pekena sate sekali. Boleh tahan juga rasanya
Jom Terjah. Memang saya rekomen. Lokasi : Ana Tomyam, Jalan Langkawi, Setapak


8 comments:

  1. terima kasih sudi singgah dan alhamdulillah kena dengan selera eyriqazz dan isteri.. elisya pun bukan main lagi makan tak berhenti, selera betul dia malam semalam

    ReplyDelete
  2. whoaaa....cepat betul bro terjah....baru nak mintak bro belanja nie...hehehe

    ReplyDelete
  3. sedapnye... dah lah tgh lapar ni..

    ReplyDelete
  4. hoho..sudah kena terjah plak..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails