Showing posts with label nasi lemak sedap. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak sedap. Show all posts

May 21, 2012

Nasi Lemak ala Terengganu


Apakah perbezaan Nasi Lemak ala Terengganu ini? Pandai, spot on. Lauknya yang agak berbeza dan agak sukar didapati di KL. Berlaukkan Ikan Aya @ Ikan Tongkol yang kebiasaannya untuk lauk Nasi Dagang. Terbaik dan memang sedap. Lebih sedap dari berlaukkan Ikan Bilis, telur goreng mahupun telur rebus.

Isteri pun boleh habiskan 2 bungkus. Kalau balik Terengganu memang tak sah kalau tak merasa Nasi Lemak ini. Alisya pun suka. 

P/s : Jauh perjalanan, perutpun kenyang....Hik3.....

January 28, 2012

Open Table Pekena Nasi Lemak Sedap

Semalam sempatla eyriqazz open table, jemput rakan-rakan blogger pekena Nasi Lemak Sedap di Jalan Langkawi, Setapak.  Sambil-sambil tu suruh wifey gorengkan keropok lekor Terengganu dan pekena sekali di sana :



Jemput Makan. Amy Sweetdarling @ Isteri Tokey Nasi Lemak. Kak Ina KL dan anak-anak 
Mat Joe datang lambat, tak sempat pulak nak snap gambar bila dah layan borak-borak..

Pilih-pilih. Semua sedap-sedap. 
Antara Lauk Pauk yang ada untuk Nasi Lemak Sedap ini boleh terjah : http://bit.ly/zNjYHc

Lauk Telur Puyuh. Favourite saya. Yummy...

Kerang. Bagus untuk orang cam saya yang "Darah agak rendah" ni... Hik3...

Berselera Manager Kak Ina KL makan. Fuhh, laris keropok lekor ...
Ole-ole buat yang datang, eyriqazz kasila keropok lekor rebus sebungkus dua untuk dibawa pulang
Total termasuk air 6 orang makan, hanyalah RM48 ringgit. Murahkan?

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi saya terjahi lagi
Memang sedap dan memuas hati
Jemput datang dan rasai sendiri
Cuba sekali tentu nak datang lagi dan lagi

January 19, 2012

Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi


Sempatla dinner dan pekena Nasi Lemak Sedap Jalan Langkawi. Lokasinya yang tak jauh dari rumah eyriqazz. Atas recommendation Isteri pemilik peniaga nasi lemak ini @ Amy Sweetdarling, sempatla terjahi for dinner semalam.

Mama, Alisya nak... Serius, husband saya masak memang sedap , mungkin itulah yang dikatakan oleh Amy Sweetdarling

Jemput Makan

Fuhh, lepas mencubanya, memang sedap seperti dikatakan. Nasinya yang lembut, sambalnya yang memikat hati. Tidak terlalu pedas, tidak terlalu tawar. Just nice dan kena dengan citarasa kami. Isteri mula-mula ambil separuh je nasi, rupanya kena tambah lagi separuh coz separuh tu Alisya dah habiskan. Memang sedap nasinya, sampaikan Alisya saja dah habiskan separuh.  Ayam goreng dan lauk-lauk yang lain pun boleh tahan kesedapannya. Lauk lain yang disediakan antaranya paru ayam, udang, telur goreng etc. Harga pun berpatutan. Dua orang makan semalam , RM7 sahaja. Murahkan?

Pilih-pilih lauk yang berkenan
Sambalnya memang kena dengan citarasaku. Marvellous
Tumpang berniaga di Restoran Ana Tomyam

Bagusla camni kan? Kasi peluang dekat yang lain untuk berniaga sama. Selain masakan panas, nasi lemak, di sini juga ada jual Sate & burger. Lebih banyak pilihan, the merrier kan?

Suasana pun santai
Sempat pekena sate sekali. Boleh tahan juga rasanya
Jom Terjah. Memang saya rekomen. Lokasi : Ana Tomyam, Jalan Langkawi, Setapak

Related Posts with Thumbnails