June 13, 2012

Coklat Penyembuh Batuk‏

Pertama kali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya blog Eyriqazz @ Great Teacher Onizuka yang bermurah hati menjemput 5 bloggers bertuah dan membenarkan  menulis satu entry di blog eyriqazz.com.   .Oleh itu saya mengambil peluang ini untuk memaparkan entry saya berjudul "COKLAT PENYEMBUH BATUK"
Choklat Crunch
Mari kita makan coklat! Yeay...
Siapa di sini tak suka makan coklat? Rugilah kalau tak suka.
Coklat dihasilkan dari biji koko (Theobroma cacao) umumnya dijadikan sebagai pemberian hadiah atau bingkisan di majlis kelahiran, perkahwinan malah sambutan hari raya dengan bentuk, corak, dan rasa yang unik.  Coklat sering digunakan sebagai ungkapan terima kasih, simpati, atau perhatian, bahkan sebagai pernyataan I Love you.  Tapi saya sedang batuk.  Susah nak sebut perkataan tu... huk... huk... huk...

Saintis telah menemui penawar batuk yang effektif iaitu dengan memakan coklat supaya dapat menghentikan batuk yang berterusan.  Pada masa ini kebanyakan ubat-ubatan untuk mengawal gejala-gejala yang berasaskan penenang seperti ubat batuk mengandungi kodeina dan narkotik.  Penemuan penawar batuk itu dibuat adalah dari hasil kajian ke atas bahan peting dalam pembuatan coklat iaitu theobromine.  Bahan penting ini dikatakan mempunyai kesan lebih aktif untuk menghentikan serangan batuk kokol dan tiada kesan sampingan serta tidak mengantuk.

Theobromine bertindak dengan menghalang aktiviti saraf vagus yang menyebabkan batuk.  Menurut penyelidik Prof. Peter Barnes dari Imperial College London, sehingga kini tiada sebarang rawatan yang benar-benar efektif.  Sedangkan serangan batuk menurut beliau bukan sahaja menyakitkan tetapi juga memberi kesan kepada kualiti hidup.
dark chocolate

Kajian juga menunjukkan, coklat gelap (dark chocolate) boleh mengurangkan risiko serangan jantung atau strok sehingga 20 peratus.  Kesannya hanya dilihat pada orang yang sudah mempunyai tekanan darah tinggi.  Penyelidik di University of Adelaide mendapati bahawa coklat gelap mampu menurunkan tekanan darah/hipertensi.

Tapi janganlah makan pada jumlah yang banyak, kerana ianya tetap akan membahayakan lesihatan.  Coklat merupakan produk koko yang dicampurkan dengan lemak, tepung, gula untuk menghasilkan manisan yang padat.

Note:  Picture credit to Google search.



Tentang Penulis : ZaraAluwi (dua dari kiri) seorang Mama blogger yang peramah dan happy go lucky dan juga penulis novel yang telah menghasilkan pelbagai novel kekeluargaan/remaja. Suka tengok cover Novelnya yang bertajuk " Miss James Bond". 

P.s : Salah satu entri pilihan eyriqazz di blog ZaraAluwi adalah entri yang bertajuk " Biadapnya PATI ni!". Buah durian pun dicuri mereka...Pihak berkuasa, please take action...

10 comments:

  1. owh aritu ada beli coklat gelap...tapi agak pahit sikit dari coklat biasa

    ReplyDelete
  2. info menarik ni untuk penggemar coklat seperti saya...bila nampak coklat ni,teringat rupanya hampir sebulan dah tak makan coklat sebab sibuklah ni..he he he

    ReplyDelete
  3. Suka jugak tai tak gila sangat la...lai suke eskem...hehehe...

    ReplyDelete
  4. info menarik ni... apa yang aku tahu coklat ni boleh membawa ketenangan jiwa

    ReplyDelete
  5. terfikir ttg kemanisan coklat terusss o__O .... pergi beli coklat yg menggemukkan terus. kuangggg3.

    ReplyDelete
  6. coklat pon ade kebaikannya kan,,tapi kenelah amek dalam kuantiti yang betul..kalau berlebihan makan coklat boleh memudaratkan kesihatan jugak..

    ReplyDelete
  7. jangan lupa beli novelnya juga ye.. :)

    ReplyDelete
  8. Bagus petua batuk makan cokelat boleh dijadikan alasan. Kalau isteri tolong suap cokelat ketika batuk romantik jugakan bro.:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails