June 19, 2012

Feedback buat Tourism Malaysia


Saya memang sukakan travel, dan saya merasakan informasi yang disediakan di website TOURISM MALAYSIA belum cukup memuaskan hati apabila ingin travel ke destinasi menarik di Malaysia. Plan nak buat satu entri berkenaan Tourism Malaysia... Idea terhasil dari entri sebelum INI

Sebelum entri saya dihasilkan, ingin tanyakan pendapat pembaca tentang Tourism Malaysia. 
  • Apa pandangan anda tentang TOURISM MALAYSIA ?
  • Adakah menepati citarasa anda dan apa yang dibuat oleh Tourism Malaysia memuaskan hati bagi mempromosikan Pelancongan di Malaysia? Apa pandangan anda tentang website Tourism Malaysia? 
  • Apa cadangan anda buat Tourism Malaysia bagi mempromosikan industri pelancongan di Malaysia?

Sebarang cadangan or pendapat, positif or negatif amat dialu-alukan..Siapa tahu, dengan pandangan anda, industri Pelancongan di Malaysia dapat diperbaiki i.e. pakej pelancongan yang lebih murah, hotel yang berpatutan, etc....

Appreciate ur feedbacks... Beberapa komen terbaik akan ada special hadiah buat anda....

10 comments:

  1. salam,

    pada pendapat saya, walau pun negara kita memang terkenal dikalangan pelancong. Tourism malaysia sebagai satu kementerian yang berfungsi untuk mempromosikan negara hampir gagal dalam mempromosikan diri mereka sendiri.sbb, selain dari kontroversi tak banyak aktiviti mereka yang dapat liputan dari media..sama ada cetak atau elektronik..

    actually boleh dikatakan first time bukak website tourism malaysia ni.terkejut sbb information dalam tu quite decent. walau pun tak sure sama ada reliable ke tidak. cuma dari segi layout ke boleh diperbaiki. yg bahagian bawah tu ok dah..background agak mengganggu bila nak scroll..mungkin saya je kot..

    nak mempromosikan malaysia is one thing, another thing adalah to make sure tourist spend duit kat sini..yup..dengar mcm mata duitan..tapi dalam paper baru baru ni ada kata, malaysia dapat paling banyak tourist tapi antara paling sikit diorang spend duit kat sini.. so, tourism malaysia maybe boleh promote bukan saja tempat di malaysia.tapi promote barangan buatan malaysia.yang menunjukkan keunikan malaysia. untuk menggalakkan pelancong bukan saja datang tengok tengok dan balik..tapi tengok dan beli barang buatan malaysia.so dalam masa yang sama dapat bantu ekonomi masyarakat setempat..

    sekian :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya setuju dengan pendapat Rai..

      Di Malaysia ni kita kaya dengan pelbagai budaya, adat, jenis pakaian dan makanan daripada pelbagai kaum... Contohnya di semenanjung kita ada Melayu, India, Cina sebagai kaum majoriti..

      kalau di Sabak dan Sarawak kita ada pelbagai kaum seperti Iban, Melanau, Bidayuh,murud, Kadazan, kayan dan sebagainya..

      Sebenarnya ada terlalu banyak maklumat tentang Malaysia yang boleh dipromosikan di laman web Tourism Malaysia ni..

      Jom join segmen klik like/share dan menang wang tunai (klik di sini)

      Delete
  2. # Apa pandangan anda tentang TOURISM MALAYSIA ?

    ~ MALAYSIA mempunyai banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi dan saya sangat-sangat berbangga sebagao seorang rakyat Malaysia untuk menghabiskan percutian di dalam Malaysia sendiri.

    # Adakah menepati citarasa anda dan apa yang dibuat oleh Tourism Malaysia memuaskan hati bagi mempromosikan Pelancongan di Malaysia? Apa pandangan anda tentang website Tourism Malaysia?

    ~ Secara keseluruhannya,web nie menepati citarasa saya dalam mendapatkan maklumat berkenaan destinasi pelancongan dan tempat menarik di sekitarnya.

    # Apa cadangan anda buat Tourism Malaysia bagi mempromosikan industri pelancongan di Malaysia?

    i. Membina imej – kegiatan-kegiatan seperti publisiti dan perhubungan awam dapat menampilkan imej positif firma dan juga produk di mata masyarakat. Contohnya, TOURISM MALAYSIA boleh mengambil pendekatan menaja rancangan atau program di televisyen dan radio supaya pengguna sedar akan kewujudan web ini.

    ii. Penyampaian mesej yang lebih berkesan (gaya tarikan terhadap produk) – maklumat yang dipaparkan dalam web agak kurang mesra pengguna. Jika pembaca nak dapatkan maklumat lebih lanjut, pengguna perlu scroll hingga ke bawah untuk melihatnya yang adakalanya boleh membuatkan pengguna terlepas pandang sesuatu maklumat. Jadi disarankan maklumat itu diletakkan dalam keadaan menegak sebab saya lihat masih ada ruang kosong di sebelah kiri web.

    iii. Dwi bahasa – ketika mula-mula membuka web ini, saya dapati maklumat yang dipaparkan ialah di dalam Bahasa Inggeris. Saya tercari-cari juga menu pilihan bahasa tapi tiada. Sepatutnya maklumat perlu dibuat dalam dwi bahasa kerana web ini juga dikunjungi warga Malaysia sendiri.

    iv. tulisan - tulisan dalam web nie agak kecik. terpaksa mengecilkan mata bagi seseorang yg bercermin mata seperti saya untuk membaca maklumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu pendapat yang berguna.. Saya syorkan pihak Tourism malaysia baca pendapat ini supaya mereka boleh membuat sedikit penambah baikan seperti yang dicadangkan..

      P/s: Sebenarnya ini kali pertama saya buka laman web Tourism malaysia..

      Jom join segmen klik like/share dan menang wang tunai (klik di sini)

      Delete
  3. ika pon suka travel tp jarang sgt ika bukan laman web Tourism Malaysia tu..kalau nak g mane2, biasa tnye pendapat member je yg suka travel jugak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..dengan kata lain info dalan web tu tak banyak sangat membantu la kan? :)
      i pon prefer tnya member2 sebab bleh tnya terus pengalaman diorang yang penah peg satu2 tempat tu, ape yg menarik, cane nak pegi, dari segi kos. and diorang bercerita dari pengalaman diorang sendiri.
      if website tourism malaysia boleh kumpulkan testimoni dari tourist sendiri, i rasa boleh membantu jugak.

      Delete
  4. Website tu macam berat sgt dengan gambar background(err...ke pc sy yang lembap)...x cukup informative...selalu kalau nak travel...suke tgk travel advisor..ada komen n tips membina...website tu cam x melambangkan Malaysia yang dah maju...sy compare ngan travel advisor..hmmm...ada banyak suggestion..gambar pon senang nak load...xder laaa nak mencarik button/tab mana yang perlu...ok..but still need improvement...mengenai tourism sendiri...rasenye dalam malaysia ni x banyak lagi kempen..xtau laa kalau kat luar negara...cube ketengahkan keunikan Malaysia ni..kalau orang tanye..xtau apa yang unik kan?

    ReplyDelete
  5. Tourism Malaysia (TM) = ???

    erm mule2 bukak laman tu dah nmpk huruf2nya kecik. kecik tak apa sekiranya isi yang ada tidak padat.

    ini sudahlah padat, namun bukan lengkap. kemudian hurufnya kecil pula.

    nk cakap mengenai negeri lain lov bkn slalu sgt g travel jao2 nih..

    ckup setakat di negeri sendiri, seperti Selangor. apa yang dipaparkan di TM tu hanya tempat2 yang mmg sudah terkenal sahaja.

    bkn tempat lain tidak terkenal, byk lagi tempat di selangor yang mampu menarik perhatian pelancong, bkn shaja di negara lain tetapi pengunjung2 di negara kita sndiri..

    maklumat yg diberikan pun tidak cukup, sperti laman tu tak pernah update je..


    lps tu perasan tak model2 dlm TM tu semua pengunjung luar..kata nak memperkenalkan Malaysia? kenapa tidak guna org Malaysia

    Malaysia kaya dgn adat dan budaya, sebenarnya itu lah yang menarik pengunjung..ini tidak..
    ado ko dilotaknya org poteh kt ctu..huhuu

    kalo xdo model pun letak pic ank2 malaysia -bebudak- lagi comei!!

    tp naseb baek ade dari xde kan..nk tau lebih lnjut tpkse carik sndiri or tnye kengkawan da penah g d'satu2 tmpt tu.. hehehe

    ReplyDelete
  6. aku pun jarang bukak laman web Tourism Malaysia,,, kena cuba jenguk ni,,,

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails