June 1, 2012

Pengalaman Temani Isteri Bersalin

Patutkah Suami Menemani Isteri Bersalin? . Berkongsi pengalaman ketika menemani Isteri bersalin di APSH 2 bulan yang lepas.

Isteri mengalami komplikasi darah tinggi. Jadi, doktor menyarankan Isteri bersalin 2 minggu lebih awal dari due date. Nasib baik wifey dah prepare awal-awal barang yang diperlukan .Harapkan suami, memang sampai sudah la tak bersiap..Hik3...

Observation Room. Alisya memang tak banyak kerenah dan macam faham situasi Mamanya
Makanan orang nak bersalin di Hospital. Bolehla tahan juga
Malam Pertama. Makan Roti Canai di kedai mamak dekat APSH
Eyriqazz tak temani Isteri malam pertama coz Alisya takde orang nak jaga + agak sejuk nak bawa Alisya tidur sekali di hospital
Observation Room
Inilah Katil Eyriqazz di malam kedua.

Pagi 6 April 2012, selepas dimasukkan ubat, sudah terasa contraction. Bukaan 2cm. Beberapa jam lepas tu, Isteri dimasukkan ke wad bersalin.
Preparation for baby
Papa, Sakit

Memang tersentuh hati ini bila melihat Isteri kesakitan untuk beranak. Bertarung nyawa demi anak tercinta. Myself, memang eyriqazz mabuk darah namun eyriqazz gagahi jua. Masa Alisya lahir dulupun, hampir pengsan dan almost nak kena halau oleh doktor bersalin. Hik3...


Epidural. Eyriqazz ambil untuk Isteri bagi kurangkan rasa sakit
Kosnya RM700+

This time mungkin ambil epidural dah nak dekat sangat waktu bersalin. Jadi,nampak Isteri agak kesakitan. Papa, Sakit...Papa, Sakit Papa sambil tangan digenggam erat. Jiwa Suami mana yang tidak tersentuh melihat Isteri kesakitan,berpeluh2 dahi.


Doktor datang,Push Mama, Pussh sambil eyriqazz gosok-gosok dahi Isteri

Time ni eyriqazz berada di sisi Isteri ketika nak bersalin. Yup, tak boleh tengok bawah, memang rasa nak pitam bila tengok darah.

Papa, Sakitt...Papa, tak larattt....Papa, ... Fuhh, rasanya lelaki pun tak sanggup alami kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu. Pussh, pussshh, pussshhhh :


Welcome to The World, Muhammad Izzat Azim
Azankan Azim . Memang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kegembiraan time ini

Pengalaman menemani Isteri bersalin mengajar eyriqazz erti pengorbanan seorang Isteri dan Ibu. Bukan mudah nak mengandungkan 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan seorang anak. Kalau seronok sama dirasa , kenapa tidak ketika susah kan?


P.s : Yup, Seorang Suami memang patut temani Isteri ketika bersalin... U will appreaciate ur love one better...

49 comments:

  1. Replies
    1. aku masih teringat time aku azankan ilham di inkubator

      Delete
  2. erkk...baca entry ni rasa takut plak nk alaminya bulan 10 ni.. InsyaAllah..tertanya2 sakit mcm bersalin kali pertama dulu ke atau sakit nya lebih lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wifey kata anak kedua ni lebih sakit...

      Delete
  3. Alhamdulillah dah selamat semua

    tahniah kerana sentiasa bersama isteri disaat yg isteri amat perlukan suami bersama

    ReplyDelete
  4. suami saya tak sempat nak temankan
    masa bersalin anak kedua ni..
    sebab nurse baru panggil nama hubby soh masuk temankan,
    bininye dah selamat bersalin pun, hehe
    tp anak 1st mmg ada temankan ;)

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, bertuahnya wife, alisya n azim dpt papa soleh cmni..sgt2 btnggungjwb..

    tharu lov mmbacanya..coz jaman skrg ni da xramai suami yg mmhami pngorbnan istri utk si suami..

    smoga fmly cek erqzz sntiasa bahagia ke akhir hyt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tanpa isteri siapalah suami..sayapun bukan suami yang sempurna..banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki..nasib baik ada seorang isteri yang boleh memahami kekurangan ini

      Delete
  6. fuhh... inilah pengorbanan seorang ibu.. menahan kesakita demi melahirkan anak tersayang.. memang patut dikeji anak2 yang membuang maknya merata2 bila mak sudah tua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..patut dibaling dan direjam sampai mati je..

      Delete
  7. klau da kwin nanti teringin jugak nk bakal suami masuk n temankan.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib masuk jika tiada sebab yang patut

      Delete
  8. 6 April bersalin...
    tu tarikh aii bersalin jugak bro
    kita share date besday lah azim...leh la tumpang party besday kan kan kan muahahahaha

    yes respek pd semua en2 somi yg menemani isteri ketika melahirkan bb...x lupa juga suami ku..3x beranak..3xlah peneman setia ku disisi..dialah tempat lepas sakit dialah tempat lepas jerit..dialah tempat segalanay2..without dia kt sisi...rs nutin..hehehehe sebak pulak adoyaiiii

    papepun congrat bro n wife for the luvly bb boy azim

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah,sama ngan azim.... kalau camni kena kasi duit raya kat azim ni..hik3...

      tahniah buat suami el juga... yup, memang patut masuk..n thanks again for the wish

      Delete
  9. alhamdullilah dah selamat bersalin...

    wahai para suami sayanglah isteri kamu...pengorbanan isteri dan ibu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..besarnya pengorbanan seorang Isteri dan Ibu

      Delete
  10. mahalnya epidural tu.memang kene beli setiap kali perempuan nak bersalin ek?

    tahniah!comel gila anak bro.putih melepak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Epidural ni macam painkiller/ubat tahan sakit yang akan dicucuk ke tulang belakang... Coz wifey ada komplikasi darah tinggi dan tak sanggup tengok wifey menahan sakit sangat, ambilla epidural ni..

      Ianya tak compulsary..Kalau without epidural, tak taula camne nak bayangkan kesakitan yang dialami oleh isteri...

      Delete
    2. saya tak penah ambil epi wpun da 2x bsalin. Tp mengikut pengalaman kawan2...if ada epi..masa deliver x sakit.

      Delete
  11. Memang pengalaman pertama menemankan isteri bersalin diKPJ mengajar erti pengorbanan seorang isteri & ibu... huhu.. derita sakit jgn cakaplahkan.. samalah macam aku tak tahan tengok isteri sakit.. doktor cadangkan untuk ambil epidural.. kurang sikit rasa sakit..

    hope untuk anak seterusnya nanti akan temankan juga wife bersalin.. insyaallah.. takkan seronok je nak sama.. time sakit suami duduk tunggu dekat luarkan ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wifey bro amik epidural juga bro?

      Amin..bila next bro?

      Delete
  12. Rsepeklah.. Walaupun takut darah, tapi tetap gagahkan diri demi isteri tercinta..

    Gambar last sekali tu dah macam uncle gedek plak.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Uncle gedek? huk3..sib baik je jai takde ni...kalau tak mesti dia gelak2 guling

      Delete
  13. good job bro..dua2 anak saya pun suami temankan kat bilik bersalin..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan..bila no. 3 pula?

      Delete
  14. saya hanya ada pengalaman menghantar isteri bersalin dan menunggu di luar dewan bersalin jer,,,menemani isteri bersalin di dalam dewan bersalin belum bersedia lagi,,hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena bersedia bro..Isteri akan lebih menyayangi anda...trust me on that...

      Delete
  15. 6 April tarikh lahir sy! huhu lupa plak nk komen td.. da dua kali komen da jadinya ni..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah,berkongsi birthday ngan azim..jgn lupa duit raya utk azim ya...

      Delete
  16. pergh...1st ucap tahniah dulu la...hehe...seriau pun ada...dah la tak kawen lg...hehe

    ReplyDelete
  17. sangat berharga experience tuh =)

    ReplyDelete
  18. hm saya pun plan nak temankan wife nanti... ;)

    ReplyDelete
  19. terjumpa info ni, pasal berpantang selepas bersalin … sharing is caring :) - Cara Bertungku Dengan Mudah Semasa Berpantang

    ReplyDelete
  20. Bgs la dpt blk untuk sorg..kita tak dpt sbb full.nk booking awal dia tak kasi..

    ReplyDelete
  21. syukur semuanya dah selamat..
    tak semua hospital suami dibenarkan masuk dan semua tu ikut kemampuan masing2.. tapi isteri tentu lebih selesa bila suami berada disampingnya..

    psstt: samaler dengan en. suami ai, mabuk darah.. hikhikhik..

    ReplyDelete
  22. tersentuh bace entri nie....dari hati seorang suami....tahniah for the newborn..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails