Showing posts with label apsh. Show all posts
Showing posts with label apsh. Show all posts

June 1, 2012

Pengalaman Temani Isteri Bersalin

Patutkah Suami Menemani Isteri Bersalin? . Berkongsi pengalaman ketika menemani Isteri bersalin di APSH 2 bulan yang lepas.

Isteri mengalami komplikasi darah tinggi. Jadi, doktor menyarankan Isteri bersalin 2 minggu lebih awal dari due date. Nasib baik wifey dah prepare awal-awal barang yang diperlukan .Harapkan suami, memang sampai sudah la tak bersiap..Hik3...

Observation Room. Alisya memang tak banyak kerenah dan macam faham situasi Mamanya
Makanan orang nak bersalin di Hospital. Bolehla tahan juga
Malam Pertama. Makan Roti Canai di kedai mamak dekat APSH
Eyriqazz tak temani Isteri malam pertama coz Alisya takde orang nak jaga + agak sejuk nak bawa Alisya tidur sekali di hospital
Observation Room
Inilah Katil Eyriqazz di malam kedua.

Pagi 6 April 2012, selepas dimasukkan ubat, sudah terasa contraction. Bukaan 2cm. Beberapa jam lepas tu, Isteri dimasukkan ke wad bersalin.
Preparation for baby
Papa, Sakit

Memang tersentuh hati ini bila melihat Isteri kesakitan untuk beranak. Bertarung nyawa demi anak tercinta. Myself, memang eyriqazz mabuk darah namun eyriqazz gagahi jua. Masa Alisya lahir dulupun, hampir pengsan dan almost nak kena halau oleh doktor bersalin. Hik3...


Epidural. Eyriqazz ambil untuk Isteri bagi kurangkan rasa sakit
Kosnya RM700+

This time mungkin ambil epidural dah nak dekat sangat waktu bersalin. Jadi,nampak Isteri agak kesakitan. Papa, Sakit...Papa, Sakit Papa sambil tangan digenggam erat. Jiwa Suami mana yang tidak tersentuh melihat Isteri kesakitan,berpeluh2 dahi.


Doktor datang,Push Mama, Pussh sambil eyriqazz gosok-gosok dahi Isteri

Time ni eyriqazz berada di sisi Isteri ketika nak bersalin. Yup, tak boleh tengok bawah, memang rasa nak pitam bila tengok darah.

Papa, Sakitt...Papa, tak larattt....Papa, ... Fuhh, rasanya lelaki pun tak sanggup alami kesakitan yang dialami oleh seorang Ibu. Pussh, pussshh, pussshhhh :


Welcome to The World, Muhammad Izzat Azim
Azankan Azim . Memang satu perasaan yang tidak dapat digambarkan kegembiraan time ini

Pengalaman menemani Isteri bersalin mengajar eyriqazz erti pengorbanan seorang Isteri dan Ibu. Bukan mudah nak mengandungkan 9 bulan dan bertarung nyawa melahirkan seorang anak. Kalau seronok sama dirasa , kenapa tidak ketika susah kan?


P.s : Yup, Seorang Suami memang patut temani Isteri ketika bersalin... U will appreaciate ur love one better...
Related Posts with Thumbnails