July 22, 2012

Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam

Semalam, sempat bawa Isteri ke Gedung Telekung Ekslusif lagi yang terletak di Seksyen 7,Shah Alam. As dah sampai dah agak petang, plan terus berbuka puasa area situ terus. Plan asal nak berbuka di Restoran Ayam Penyet Wong Solo, apakan daya tutup pula. Tak banyak kedai makan dibuka semalam, jadi Berbuka Puasa di Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.


Siakap Bakar, Size kecil, RM40

Pandangan peribadi, rasanya biasa-biasa saja tapi harganya agak mahal bagi Ikan Siakap Siakap bakar bersaiz kecil .Normally range harge Ikan Siakap Bakar hanyalah dalam lingkungan RM25-RM35. 


Ayam Bakar Bubu, RM8

Ini special di Restoran Ikan Bakar Bubu katanya. Kuahnya sedap tapi ayamnya bagi eyriqazz tetap biasa juga. 


Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak, RM4.50
Sotong Celup Tepung,RM22

Isteri cakap sedap. Tapi eyriqazz tetap tak puas hati. Masa tempah dah tanya berapa 100g? Dia cakap 100g RM5.20. Eyriqazz cakap nakla 200 gram, tapi bila tengok bil, umm, kena ketukla pula. Malas nak gaduh-gaduh bulan puasa, berlalu pergi dengan muka hampa. 
Air Tembikai RM3.50, Sirap Selasih RM2

Airnya sedap. Yup, kalau sedap, kata sedap. Kalau tidak memang akan dikata juga. 
Jermput Makan

Biasanya kalau lauk sebegini time dinner, memang habis licin kami makan. Tapi semalam walaupun lapar, Sotong Celup tepung dan separuh ayam bubu ditapau bawa balik. Dah cukup kenyang dengan most makanan yang rasanya bagi kami biasa-biasa saja.

Umm, no wonder tak penuh orang berbuka puasa di sini semalam.
Datang pukul 7 lebih pun, masih ada tempat
Total harga, RM89.50
Serius, rasa macam kena "ketuk" di Hari Pertama Berpuasa
Restoran Ikan Bakar Bubu, Shah Alam.Mungkin ini kali terakhir saya singgah

44 comments:

  1. Sotong goreng tu mmg mcm tak logik harga dgn portion. Thx for the info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. serius tak berbaloi...takpela,memang takkan singgah lagi restoran ini,unless sudah diperbaiki mutu n harganya

      Delete
  2. tu la baru namanya ketuk-ketuk ramadhan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketuk-ketuk ramadhan..huk3..hari pertama dah kena ketuk

      Delete
  3. Kdg2 mkn juge area sini time lunch, tp x penah try restoran ni...tengok harge pun mcm ala2 x best je. x kan try le kot..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. umm..dekatje ngan Uitm shah alam... no wonder tak ramai orang semalam

      Delete
  4. berbuka puasa ad hoc memang laa kena ketuk camni.. tak gi mee ketam? hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha,takkan nak pekena mee ketam berbuka puasa?

      Delete
  5. ehh tak patut la bro harga sotong tue...

    sepupu eyza penah kena ketuk beberapa kali di sebuah kedai makan di penang...bila tanya semua harga dia cakap rm90, tapi bila minta bil dan senaraikan harga tiap2 satu berpeluh2 pekerja dia buat...last2 rupanya harga hanya rm40

    ReplyDelete
    Replies
    1. Umm,tuhla..tanya lain, dichargekan lain...

      Delete
  6. Mahal la siakap tu biasa sy makan 35 sekor besar plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, serius mahal..dah nak lebih kurang sama ketuk dengan restoran sekinchan ikan bakar..

      Delete
  7. hehehe jadi lah "ketuk2 ramadhan"...

    ReplyDelete
  8. oh, pernah lalu sini, tapi x pernah rasa lagi.. tapi kedai area sini mmg mahal dan rasa nya pon bese2 je.. murah lagi area komersial kt seberang jalan tuh...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ic,next time kena terjah seberang jalan tu la..

      Delete
  9. hoho..memang kali terakhir la jawabnya..

    ReplyDelete
  10. memang geram kan...tapi great info for others...skang nie eden selera makan burger bakar je....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau sedap,kata sedap,kalau tidak, katakan tidak..

      bila nak belanja burger bakar?

      Delete
  11. satu hari rm90. satu bulan kalau harga mcm ni.. bukan setakat ketuk dah ni. kena lenyek namanya. pheww.. mahal..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari2 kalau ketuk camni, mahu tak beraya eyriqazz

      Delete
  12. sungguh la tak puas hati. Kalau Ana Ikan Bakar Petai Bangi tentu puas hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak cuba juga Ana Ikan Bakar Petai Bangi, tapi bila google2 byk juga feedback negatif..soo, niat ditangguhkan dulu

      Delete
  13. trasa lapar plak.. haha.. makan 3 org tp rm89... memang terkejut bg org kg mcm sy...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-kampung-sungai-siputeh.html

    ReplyDelete
  14. iskkkk...memang mahal kannn...kalau sedap kita rasa puas hati ler jugak...tapi kalau x sedap frustt betul kann.....baik mkn kat otel jerkk..buffet ramadhan...lagi berbaloi2...

    ReplyDelete
  15. terkejut jugak tengok bila bro kena macam tu.

    ReplyDelete
  16. mhlnye hrga ikan tu..x berbaloi dgn size..

    ReplyDelete
  17. uuihh..mahalnya..memang tak berbaloi..kalau saya boleh makan seminggu dengan harga tu..tapi takpelah..lain kali tak masuk dah kedai tu..

    ReplyDelete
  18. saya makan utk buffet lunch dia , memang tak puas hati dulu,lauk abes tak tambah2. lepas tu terus tak masuk2 :p

    nak buat entry pun malas sebab tak puas hati. not recommend at all :p

    ReplyDelete
  19. komen yang sangat jujur. inilah kelebihan en eyriqazz huhu

    ReplyDelete
  20. RM40 untuk ikan saiz tu memang cukup mahal.. sama juga dengan harga sotong tu.. tak patut betul ambil kesempatan bulan Ramadan ni

    ReplyDelete
  21. Kenyang dop makan nasi bnyk tu jer??hehe..harga berbaloi-baloi tu nmpk nya..haha..suasana selesa tak??

    ReplyDelete
  22. mahal jgk tu.. sy stay kat seksyen 19. hari tu before puasa sy gi kedai makan ni.. restoran amsa. memang selalu makan situ sebab sedap & murah. katanya kedai nak tutup bulan puasa sampai raya 40hari. pastu bungkus ikan siakap masak pedas. tiba-tiba dia charge rm7 je! tak pernah seumur hidup sy beli ikan siakap punya besar kuah banyak + sedap macam tu harga rm7. but then may be sebab dia nk cuti kan. kira macam jualan penghabisan stok kot :P tp kedai makan tu memang murah la daripada kedai lain. walaupun hari biasa bukan rm7. still, murah & sedap.

    ReplyDelete
  23. thanks for the info...harga agak mahal especially sotong tu..
    will cancel from my list..huhuhu

    ReplyDelete
  24. fuhhhh tak agak agak ye harga menunya? hmmmm kalau sedap tak pe jugak...tapi jika dilihat gambar2 mknnya ibarat indah khabar dr rupa huhu

    ReplyDelete
  25. standard lah...nak bayar sewa kedai ..kena balik modal gak aduyaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang lain pon niaga juga...tak ada la smpai macam tu..dah la tak pandai jaga hati pelanggan,mahal pulak tu..

      Delete
  26. alhamdulillah berbaloi2222 x sabar nak berbuka kat situ murah sangat2

    ReplyDelete
  27. 3 pinggan nasi rm 4.50...mcmana dia kira hrg sepinggan...

    ReplyDelete
  28. woigh, sedap nyeeee.. buka puase pakai ikan bakar pasti enak..

    ReplyDelete
  29. Sangat sakit hati..order kerang bakar,dah la harga rm8 sebakul kecil..xpela lg sbb nk jgk,lgpon pelanggan tak ramai..tp yg tak blh tahan,stengah jam tunggu..g tanya pelayan tu blh ckp aku kansel order..dg muka tak bsalah dn tak nak mengalah serta tak minta maaf pon..mjr ak xtggu smpai sejam..klau xpk pnjg,mau ak tabur kerang mentah tu..diowg ni tolong la bljar jaga ati planggan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails