July 13, 2012

Blogr.My - Jom Ping Entri di Sini

blogr.my - Halaman Utama Blog Malaysia.
blogr.my


blogr.my ? apa tu? Kalau anda seorang blogger dan mahukan sesuatu yang baru di dalam komuniti blogging, inilah peluang anda untuk mencuba blogr.my. Rasanya masih ramai yang belum tahu mengenai kewujudan laman komuniti dan  ping blog aggregator yang terbaru di Malaysia ni. Jadi meh nak cerita sikit mengenai blogr.my.

Mengikut info yang terdapat di laman web ini sendiri, ianya ditubuhkan pada 21/1/2012 (tak sampai setahun lagi) dan semenjak dari itu seramai 1160 bloggers telah berdaftar dan sebanyak 19,700 entri telah dikongsikan di sana.

Jika anda ke laman web ini, sememangnya mudah untuk anda melihat statistik-statistik secara live dipamerkan.

Yang menariknya di sini, entri-entri yang dikongsi akan dibahagikan kepada 12 saluran yang berbeza. Kiranya macamchannel di TV. Katakan anda berkongsi entri mengenai BlogShop anda, ianya akan secara automatik dikategorikan didalam saluran Blogerai. Saluran-saluran ini diperkenalkan dengan jenama yang tersendiri contohnya seperti saluran Amboi! khas untuk hiburan dan fesyen, Burrp! untuk reviu makanan, Kontest untuk anda mempromosikan sebarang contest online dan bermacam lagi saluran-saluran lain yang menarik. Ini akan memudahkan pembaca untuk memilih

saluran yang mereka minati.
blogr.my


Setiap saluran juga akan mempunyai Entri Tajaan yang dibuatkan khas untuk blogger ataupun orang ramai untuk mempromosikan entri/blog/produk mereka di dalam tempoh yang tertentu. Setakat ini, info mengenai pembelian ruangan itu masih belum ada. 

Sebagai contoh, di saluran Kontest, Cabaran Eyriqazz vs Denaihati telah dijadikan Entri Tajaan untuk saluran itu sehingga tamatnya cabaran SEO ini.
blogr.my


 Selain itu, setelah anda mendaftar, anda juga akan mempunyai profile yang tersendiri. Sebagai contoh, jika username anda adalah eyriqazz maka halaman profile anda untuk blogr.my adalah di http://blogr.my/profile/eyriqazz. Anda

boleh melihat pelbagai info di profile anda sendiri seperti, jumlah mata yang terkumpul (dengar cerita nanti kita
 boleh redeem hadiah menggunakan mata ini), jumlah pelawat, entri-entri yang telah dikongsi dan juga senarai blogger yang mendaftar di blogr.my menggunakan referral anda.
blogr.my


Jadi, apa tunggu lagi? Jom daftar sekarang! Mudah sahaja, hanya daftar menggunakan Facebook atau Twitter danmasukkan username anda dan mulakan ping yang pertama! Nanti anda akan di greet oleh bot blogrMY di ruangan borak.

Owh ya, jika anda ingin maklumat lanjut mengenai blogr.my, anda boleh lawati halaman yang Soalan2 Lazim telah  disediakan. Semua persoalan anda akan terjawab di sana :)

19 comments:

  1. Sop pun selalu ping di sana
    dan pernah menang peraduan prmosok blogr.my (tempat 2) heheheh

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi kalau ping kat BLOGR.MY nie... memang hari masuk trafik dari sini

    ReplyDelete
  3. Terima kasih di atas perkongsian Info..

    Lepas ni boleh try Pind dekat blogrmy pula.. Boleh tambah Backlink ke blog saya.. TQ..

    ReplyDelete
  4. menarik... jom cuba, boleh tambah kenalan

    ReplyDelete
  5. bro jika artikel yang disubmit pada ping blog , boleh tak kita menarik balik artikel tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarik balik tak dibenarkan. Nanti ada orang salah guna dgn ping & delete kemudian ping balik. Tapi if nak delete entri, boleh je inform moderator yang ada :)

      Delete
  6. Saya baru jengah tadi. nampak menarik dan seronok. tak berbelit sangat nak guna.
    Terime kaseh ye beri maklumat.

    ReplyDelete
  7. ooooo...ok ok...daftar sekarang.. ;)

    ReplyDelete
  8. serius memang bagus aku dah guna beberapa bulan lepas ..selepas aku baca dekat entri jejai.. memang menyumbang pada trafik kalau entri yang dihasilkan tu menjadi tarikkan pembaca

    ReplyDelete
  9. Dah daftar dah kat blogr.my...hehhehe

    ReplyDelete
  10. Menarik.. Nak kena join nih... :)

    ReplyDelete
  11. Boleh cuba ni.. selalu ping dekat busuk ja hehe..

    ReplyDelete
  12. tq 4 de info...

    kene rajin ping utk upkan trafik blog kak sha..

    anyway marilah join my very first giveaway ye?huhu walopun entry ku : cabaran eyriqazz vs denaihati masih dok ada dlm draft..tak siap2 lg..huhuhu

    ReplyDelete
  13. pengganti selepas kehilangan gengblogger. blogrmy ni memang best. mesra pengguna. developernya bukan calang2 orang..

    ReplyDelete
  14. Saya biasan juga ping disini. :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails