July 29, 2012

Kisah Alisya dan Playground

Papa, Alisya nak pi Taman (Playground). Itula yang terkeluar dari mulut Alisya selepas Berbuka Puasa di The Apartment, The Curve beberapa hari yang lepas. Sayangkan anak, turut-turutkan.


Kanak-kanak, memang suka ke Playground. Lebih-lebih lagi yang makin membesar seperti Alisya. Tengoklah :



Sampaikan Bantal dan bantal peluknya pun dibawa masuk ke rumah mainan ini

Teringat kata-kata Kak Ina KL tahun lepas :

"Ketika anak-anak bawah 6 tahun inilah antara detik terindah bersama anak-anak.Seronok bermain, dukung,etc. Bila mereka makin membesar, rakan-rakan pula yang menjadi teman karib mereka. Hargaila detik ini. Don't waste it."

Memang berkesan kata-kata Kak Ina. Pejam celik, pejam celik, dah 3 tahun usia ALisya namun rasanya macam belum cukup puas melayan keletahnya. Rasa macam mahu diputar kembali roda dan melihat kembali detik pertama kali dia bercakap, bertatih, berjalan, etc..". Adakah anda merasai perkara yang sama?

P.s : Suka tengok gambar Alisya di entri INI

24 comments:

  1. Salam ziarah dan salam kenal kak. Comel anak akak :D hihi

    ReplyDelete
  2. memang bawak ke bantal tu?pandai pulak smpai tido tu..ke main2 jer..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah.memang bawa..azim ada stroller,dia pun nak stoller....

      Delete
  3. Dulu masa kita kecik2 dulu, rumah mainan gini buat sendiri jer. Amik kotak2 , tegak2 kan buat dinding konon..tersolit colah2 kusi mejo. Main ghumah2..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. yup,banyak betoinya..tengok kat diri sendiri cukupla..ibu/bapa merindui di kampung, tapi dalam setahun,berapa kerap kita pulang ke kampung?

      Delete
  5. kejap je masa berlalu..anak saya pun pejam celik dah 15 tahun,tp rasa macam anak kita tu kecik lagi..padahal dah besar remaja

    ReplyDelete
  6. la comelnya sampai bawak bantal dia semua tu, hehe

    ReplyDelete
  7. Setiap pengalaman yang di lalui memang patut di kongsi bersama. Sharing is caring kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup,sharing is caring, sharing is power...

      Delete
  8. saat2 dia nak membesaq ni la kita paling rapat dgn anak kan.. eza pon tgh enjoy the moment being with my son.. he turns 2 last tuesday..hehehe...


    visit me at zafikstory.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. siap bawak bantal lagi tu.hahaha

    tak ada pengalaman tu lagi.. maybe one day..

    ReplyDelete
  10. gembira sakan mereka ya...anak2 memang suka bermain mcm ni..

    ReplyDelete
  11. heheh~ siap bawak bantal semu! tertido ke tuh?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails