August 24, 2012

Je Jai - Antara Rakan, Rahsia, dan Racun

Sticky post.

 
# Rakan 

Je Jai, bermulanya sebuah persahabatan di Event Nuffnang yang pertama saya hadiri 3 tahun yang lepas di Event Mr Potato Fiesta.Berterusan di Samsung Corby, Digi Pimp My Broadband n etc. Dialah blogger pertama yang saya jumpa in real life dan itula juga katanya. Berdetik dari situ, persahabatan mula terjalin. Usik mengusik di entry, event, menjadi permainan kami. Rasa macam janggal sekiranya any event blogging yang saya hadiri especially yang dianjurkan oleh Nuffnang, Je Jai tidak hadir sekali. Siap wifey cakap, Abang ni ngan Je Jai, elokla tu.Satu kepala....Yup, dia antara rakan bloggers terbaik yang pernah saya kenali yang banyak membantu, online dan offline. Masih teringat, sesi mengeteh yang sering kami adakan di Kedai Mamak depan Ofis Nuffnang bersama Mat Joe. Gurau senda ,sakat menyakat perkara biasa bagi kami.


Pandai Anak Je Jai lukiskan Gambar Eyriqazz. Terimakasih Najuma

#Rahsia

Bro, doktor sahkan aku mengidap "Lung Cancer Stage 4". Hampir luruh hati ini apabila mendengar perkhabaran telefon dari rakanku ini Jan 2012 yang lepas. Diminta saya dan rakan-rakan rapat rahsiakan hal ini daripada pengetahuan rakan-rakan blogger yang lain. Katanya, biarla rakan-rakan still pandang dan treat dia macam biasa, gurau-gurau, bukannya kesian dengan keadaan dia. Kami pegang rahsia tersebut namun hati masih berbelah bagi. Beberapa kali kami cuba usulkan untuk membuat entri bagi memohon bantuan meringankan bebannya namun ditolaknya. Keras sungguh hatinya. Namun, jika saya berada di situasi dia, sayapun mungkin akan buat perkara yang sama.


Menitik Lagi Air Mata Eyriqazz bila baca Surat ini dari salah seorang anak Je Jai di salah satu entrinya...
-Sebak dan mendayu-dayu..Hati meronta-ronta untuk dihebahkan Satu Dunia tapi pada masa yang sama hormati pendiriannya-
#Racun

Namun, sejak beberapa bulan ini, hati mula terasa kelainan. Adakah dengan merahsiakan ianya akan menjadi racun yang berbisa buat Je Jai dan masa depan dia, Isteri dan anak-anaknya? Jiwa masih berbelah bagi. Cancer Stage 4 bukan dugaan yang ringan.Nasihat rakan-rakan saya forwardkan kepada Je Jai , kalau-kalau ianya dapat membantu. Time itu katanya antara yang banyak membantunya adalah Saudara Denaihati dan Rosyam Nor. 

Peristiwa ketika dia membantu saya di Event Celcom semakin membuka mata dan hati saya. Menitik airmatanya bila saya hulurkan wang sebagai tanda terimakasih membantu. Sanggup drive untuk ke event Celcom ,time weekend pukul 10 pagi. Masa belanja makan dia lunch, sudah nampak yang dia macam sudah hilang selera makan. Hanya dicuit-cuit saja makanan dan minuman.Sebak, namun saya tabahkan hati....Masih saya bergurau-gurau dengannya...

Lepas event, saya hulurkan duit kepadanya :

Je Jai : Bro, aku bantu ko ikhlas...Aku tak minta duit-duit ni..Persahabatan lagi penting dari wang ringgit....
Eyriqazz : Aku faham bro, tapi, ini ikhlas dariku...Anggapla duit ini duit buat anak-anak...Lagipun, kalau ko tak bantu, memang aku dah tolak awal-awal hadiri event ini...

Tetap ditolaknya.First time saya melihat airmatanya mengalir. Malam itu saya transferkan ke akaunnya namun teruk saya dibebelnya. Don't do this again bro..Kalau eden susah, eden minta... Plzz bro..Wang ringgit bukannya ukuran....


Namun, event berbuka Puasa di Cititel bulan lepas membuatkan hatiku tidak keruan. Je Jai kasitau dia mula muntah darah. Katanya macam sudah tidak larat untuk meneruskan kimo.Sudah jatuh ditimpa tangga, kos rawatannya sampai ke tahap maximum dan syarikatnya tidak lagi menanggungnya...

Semakin berbelah bagi...Saya mula Create Group Facebook Sulit bagi memohon bantuan kewangan buat Je Jai dan berkali-kali dikatanya ,plz don't go public about this.... Sumber dari Kak Red, Abang Ensem,Sumijelly dan myself menghubungi Je Jai dan isterinya saya updatekan di group tersebut. Pelbagai respons dan cadangan diterima. Salah satu yang membuatkan eyriqazz terpanggil untuk kongsikan :

maybe aku insensitive sangat dalam hal ni.. tapi if let say by esok aku tak nampak entry @ FB post untuk mintak public help on behalf of him.. I'll do it myself. respek dia punya decision utk senyap2 buat tatau etc is one thing, but we are talking about life n death decision. even if all those donation still cant help him recover, at least anak2 n isteri dia xterbeban sangat bila dia dah tak ada. Even kalau lepas ni dia benci kat kita (or in this case aku) pun benci la.. at least aku tak nak jadi seorang kawan yang duduk diam dan biarkan kawan aku dari memusnahkan diri sendiri (& possibly masa depan orang2 yg dia sayang) semata2 nak memuaskan dia punya selfish request.

as harsh as it may sound, he need some wake up call. His life bukan dia punya sorang je... anak2 dia.. isteri dia dia nak letak mana. Kita semua tau medical coverage diorg dah abis guna.. and I'm pretty damn sure simpanan dia suami isteri pun x tinggal banyak mana sekarang. Let say la kita lambat buat decision, dia tak lama.. apa backup plan dia untuk keluarga dia? duit sekolah anak2 dia? korang sanggup ke tanggung rasa bersalah sebab biarkan dia n keluarga dia without adequate help which they should have? 

Honestly, I'm totally agreed with him. Racun yang semakin menerkam jiwa . Rakan bloggers pun sudah dapat greenlight dari Nuffnang untuk turut membantu sebarkan hal ini namun perlukan greenlight dari Je Jai. Namun, apakan daya, hatinya masih belum mahu menerima bantuan....


Namun, atas pendapat majoriti di group tersebut dan sayapun rasa, sudah tiba masanya untuk dipublickan bagi lebih banyak sumbangan dan bantuan dapat dihulurkan dan juga keadaan Je Jai yang semakin ........ Kalau Eyriqazz boleh tolong Alia Haryanie, kenapa tak tolong rakan karib sendiri? Apa ni Eyriqazz?  Maaf, saya tiada jawapan untuk itu...Untuk itu, saya mohon kemaafan kerana menyimpan rahsia begitu lama dan tidak bertindak lebih cepat...

 Check out this entry too--> #SaveJejai

Je Jai, maafkan aku...Kali ini, rasanya sudah perlu ianya go public.... Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.. Dia antara rakan terbaik yang pernah saya kenali. Dia antara rakan yang banyak membantu perjalanan blog ini. Dia juga yang banyak memberikan nasihat dan inspirasi. Dan dia juga lah yang menjadi "Rakan, Rahsia, dan Racun yang jika terus disimpan akan terus memudaratkan diri dan keluarganya maybe...

Sama-samalah kita membantu.... Saya sudah hubungi Isterinya untuk buat precaution measure in case akaun kena block etc... Sumbangan bolehla disumbangkan terus ke :

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc  Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman ) 

Terimakasih buat sesiapa yang sudi membantu. Yup, kusangkakan rakan menangis sudah tiada di masa kini namun rupa-rupanya masih ramai Insan berhati Mulia di luar sana. Sama-samalah kita hulurkan bantuan lebih-lebih lagi Hari Raya tinggal beberapa hari je lagi....


P.s :Yup, sampai sekarang saya masih dibelenggu rasa bersalah kerana tidak meminta bantuan rakan-rakan lain terlebih awal...I Can't Change the Past but Hopefully I can help and do my part for the future of Je Jai family....

78 comments:

  1. semoga semua usaha ini di permudah kan ... bsca entry ni terus nangis

    ReplyDelete
  2. terkejut baca entry ni.. beliau nampak sihat saja, x sangka beliau berdepan dgn penyakit bahaya ni, dah peringkat ke 4...harap kita sama2 dapat bantu beliau.. InsyaAllah...

    ReplyDelete
  3. touch..besar sungguh dugaan bro jejai. Siapa sangka disebalik wajah2 ceria..tersimpan derita dia.sy kenal dia pun melalui entry2 ae n eyriqazz..tp xsangka selama ni..
    semoga dipermudahkan urusannya...

    ReplyDelete
  4. Berlegar di twitter ttg #savejejai. Rasa mcm tak percaya. N3 beliau xde satu pun cite ttg sakit. Anyway,tindakan eyriqazz btul dan dipuji.

    ReplyDelete
  5. moga bro jejai akan cepat sembuh walaupun x kenal.. kenal2 tgk kat entry blog sahaja

    ReplyDelete
  6. Pertama kali saya jumpa beliau di event Dutch Lady tempoh hari sudah terdetik saya ingin bertanyakan soalan 'panas ini'. Saya dengan berani bertanya soalan terus kepada beliau dan beliau mengakuinya tanpa mengelak dan tidak manafikannya. Mempunyai latar belakang kerjaya Kejuruteraan Biomedikal sudah boleh mengagak dengan melihat keadaan fizikal beliau. Benar katamenyimpan rahsia ini bukan mudah kerana pada sama saya merasa terseksa memegang janji.

    Selagi saya dapat membaca berita didunia maya dengan baliau aktif melibat diri. Selagi itu hati saya merasa tenang. Beberapa hari ini saya tertanya-tanya akan keadaan beliau dan telaan saya benar perkara yang saya bimbang menjadi kenyataan apabila membaca ada gerakan kalangan blogger mula membuat projek khas untuk beliau.

    Kesatuan sesama blogger mula berputik untuk membantu seorang insan. Moga-moga usaha murni ini dapat meringankan beban keluarga beliau.

    Tinggal beberapa hari lagi menjelang Syawal marilah kita menghulur bantuan ikhlas untuk beliau.

    ReplyDelete
  7. Sangat sedih bila membaca entry yang panjang ini. DAn saya bersimpati. Saya faham apa yang dialami oleh Je Jai kerana saya juga seorang pesakit lukimia (dah 6 tahun baca di penawar-lukimia.blogspot.com) cuma apa yang saya boleh pesan ialah kena kuatkan semangat demi melawan penyakit kronik ini.Kawan-kawan adalah penting dalam memberi sokongan kerana dengan kawan dan rakan maka beliau akan berasa bersemangat dan kuat kembali untuk melawan penyakit itu...sama-samalah kita berdoa demi kesembuhan nya..

    ReplyDelete
  8. Betul tu... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul...

    Bro.. lu punya niat ni mulia... tahniah...!

    Semoga Je Jai tabah...

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, usaha sedang dilakukan untuk bantu mana yang boleh.

    www.hasrulhassan.com

    ReplyDelete
  10. bro.. walaupun saya baru mengenali dia, tapi dia bagi saya seorang sahabat yang sangat punyai hati yang baik.... dia banyak juga membantu saya walaupun baru mengenali saya.. saya sokong entri ni... biarlah dia membenci kita, tapi yang penting, atas dasar sahabat, yang sentiasa ada waktu kita susah dan senang, kita harus membantu beliau... kalau boleh, saya nak tgk dia sihat macam biasa.. senyuman dan tawa dia cukup membuatkan kita ceria... inilah masanya untuk kita ceriakan hidup dia pula... dari seorang sahabat... dan inilah dia bukti yang sahabat sejati masih lagi wujud di dalam dunia ini...

    ReplyDelete
  11. Sama-samalah kita membantu sekadar yang membantu.. kekadang janji terpaksa dilanggari demi satu nyawa yang sangat berharga bro.. hope bro banyak bersabar n tabah.. sama-sama kita doakan kesihatan Jejai terus berkekalan

    ReplyDelete
  12. sebaknya hati ini..patutlah dia x aktif sgt tulis blog dh..moga Allah lindunginyer...

    ReplyDelete
  13. turut sama doakan kesihatan dia..
    sedihnya baca surat anak dia. :'(

    ReplyDelete
  14. Insyallah kita akan cuba bantu sedaya mana yang mampu. Sebak bila membaca N3 ini

    ReplyDelete
  15. InsyaAllah bro.. harap bro jejai tabah dan kuat semangat..
    Kita sebagai rakan tolong semampu yg boleh/.

    ReplyDelete
  16. oh terima kasih kerana bercerita hal ini jika tidak tak tahu le..bukan salah bro tak bercerita tapi bro berada dia tengah2..go job bro..kita berdoa agar dia sembuh.Try lah berubat di Bali tu

    ReplyDelete
  17. Ya Allah, selamatkan saudara jejai ini. Amiiinnnn

    ReplyDelete
  18. xsangka beliau menyimpan penderitaan ini. luaran bila jumpa ok shj... :(

    mari sama2 bantu beliau. minta izin post entry ini ya...

    ReplyDelete
  19. semoga tabah dengan ujian yang berat ini///
    inshaAllah berusaha untuk membantu

    ReplyDelete
  20. Iman, siannya.. Su prnh la selisih dgn dia ms bday alisya.. Ya Allah, bsrnya dugaan dia. Jgn putus asa jejai.. Ramai yg nk bntu..

    ReplyDelete
  21. assalamualaikum Eyriqazz....sedih bila dengar berita ini dan mama akan menghulurkan bantuan setakat yg termampu moga Jejai cepat pulih dr sakitnya insyaAllah...:(

    ReplyDelete
  22. Semoga beban beliau berkurang dgn adenya bantuan rakan-rakan blogger ini. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  23. akak pun tahu bila bc berita kat nuffnang.. mcm x caya tp tu ler realitinya... bahaya merokok kan.. tp org yg merokok x pernah x faham.. esp suami.. harP jejai sembuh dan tabah melawan penyakitnya...

    ReplyDelete
  24. Kali pertama jumpa masa lepak bersama geng blogger kt shah alam. First time jumpa,memang agak konpius kenapa jejai botak. Tidak tertanya mulut ni. Palng ketara masa jumpa waktu pergi join yoge fruz kat kota damansara. Memang sebak hati,lagi-lagi kenangkan yg jejai yg buat header blog saya. sedih...

    ReplyDelete
  25. ya allah, terkesima baca cerita nii. terkezut pun ada. patut la tengok jejai lain macam. macam ada perubahan sikit kat dia. betul2 dia nak rahsiakan...

    insya Allah, saya akan kongsikan...

    ReplyDelete
  26. nangis lagi.sebaknya..

    saya akan cuba lagi bantu bro jai selagi saya mampu..

    harap doa tak putus untuk beliau..

    ReplyDelete
  27. Ya Allah tak sangka sangat..Bro memang kawan yang berhati mulia, sesamalah kita membantu jejai seikhlas mungkin..demi isteri dan anak-anaknya..

    ReplyDelete
  28. semoga bro jejai akan cepat sembuh dari penderitaannyew..sy dah pn menyumbang stakat yang saye termampu...semoga sumbangan yang kecil itu dapat membantu meringankan beban beliau...

    ReplyDelete
  29. Sebaknya baca..eka baca blog abg eryqazz memang selalu nampak bro jejai ni..

    semoga kita dapat menguhulurkan bantuan untuk bro jejai dan keluarganya sekali....

    ReplyDelete
  30. Semoga Bro Jejai cepat sembuh, aminn dan semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban dia sekeluaga...

    ReplyDelete
  31. semoga semuanya dipermudahkan insyaAllah..

    ReplyDelete
  32. insyaAllah,sama-sama membantu ikut mana yang mampu.

    ReplyDelete
  33. :( sedihnya... moga Allah melindunginya dan juga ahli keluarganya... amin

    ReplyDelete
  34. sedehnye baca entry ni..ye..ini yang terbaik buat jejai..at least kite boleh membantu setakat yang mampu...

    ReplyDelete
  35. medical treatment sekarang mmg costly..insya allah ila tlg yg mampu ye..

    ReplyDelete
  36. I have only one advised ~ Both En. Je Jai and family have to be strong. On my part even saya tak kenal En. Je Jai dan family, saya doakan agar semua urusan dipermudahkan. Zikir dan doa banyak-banyak ye. Insyallah Allah SWT mendengar setiap permintaan HambaNya.

    ReplyDelete
  37. Saya pun tak pernah mengenali Jejai.. Saya pernah melawat blog Jejai adalah sekali dua..

    Tapi bila baca cerita dekat blog ini, saya bersimpati dengan nasib yang beliau alami..

    Semoga Jejai terus tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T.. Semoga beliau lekas sembuh supaya dapat menyambut Syawal penuh bermakna bersama ahli keluarga beliau yang lain...

    Insya Allah.. Saya akan cuba membantu sekadar yang termampu..

    ReplyDelete
  38. InsyaAllah kita sama2 membantu meringankan beban beliau, jika beliau tak sempat merasa pun sekurang2nya membantu isteri & anak2nya meneruskan kehidupan.

    ReplyDelete
  39. http://dengarisaya.blogspot.com/2012/08/kenapa-nak-kena-selamatkan-jejai-pulak.html

    ReplyDelete
  40. It's hard when you have to face this alone. It would be crushing. Thank God for friends like you. I hope him and his family would be able to go through this. I will help to spread out this word. Even if I have never personally meet with any of you. :)

    Salam Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  41. Salam tuan eriqazz,
    Saya dah spread entry ni kat fan page & FB saya. Harap kwn2 lain dapat membantu setakat yg mereka mampu utk ringankan beban keluarga beliau. Saya ada transfer ke akaun wife beliau sebentar tadi. Seadanya drp saya dan keluarga.
    Semoga beliau tabah dan sabar. Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat tuan sekeluarga.

    -eqbalzack-

    ReplyDelete
  42. Assalamualaikum Semua...

    For me tuan eyriqazz dah buat yang terbaik untuk menghebahkan kan berita ini... for the rest of us... marilah kita sama2 berdoa semoga tuan jejai diberikan kesihatan dan disembuhkan penyakit...

    "Ya ALLAH, Rabb sekalian manusia, Yang menghilangkan segala petaka, Sembuhkanlah sahabat kami, Engkaulah yang Maha Penyembuh tak ada yang dapat menyembuhkan kecuali Engkau, Sebuah kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit"

    dan bagi yang mampu, marilah sama2 kita hulurkan bantuan...
    Semoga usaha kita ini diberkati oleh ALLAH...

    ReplyDelete
  43. Sedihnya..
    Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikut..
    Semoga blogger Je jai tabah dalam menghadapi ujian Allah ini..

    ReplyDelete
  44. Okey bro..... akhirnya semua dah sepakat untuk sebarkan mengenai hal ini... rasanya mungkin kita boleh buat STICKY POST selama seminggu selain sebar di facebook dan twitter

    ReplyDelete
  45. seperti mak² lain diakhir² Ramadan ni, Kak Jie agak sibuk untuk buat entri untuk beronline... Insyaallah payment untuk iklan Senheng telah pun ditransfer untuk Bro Je jai.

    Terbayang gelak tawa dan gurauannya...

    ReplyDelete
  46. Semoga Allah memberikan rahmatNya kepada jejai…di bulan Ramadhan dan hari Jumaat yang penuh barakah ini…sembuhkanlah dia…jadikanlah dia insan2 yang sentiasa dalam rahmat dan keberkatanmu..Amin..amin..Ya Rabbal Alamin..

    ReplyDelete
  47. emm..aku harap beliau akan lebih kuat lepas ini.

    ReplyDelete
  48. semoga Allah meringankan beban yg dihadapi oleh saudara Jejai & keluarganya...
    sama2lah kita membantu walau sekadar secebis doa.

    ReplyDelete
  49. Secara peribadi saya tak pernah mengenali jejai.. taupun dia dari blog eyqriqazz sebab banyak gambar u all bersama. berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. and saya rasa, eqyriqazz, kak red dan rakan lain telah ambil satu langkah yang baik danbetul walaupun saya sendiri dapat rasa betapa geramnya jejai ceritanya disebarkan ke public..

    insyaAllah kite same2 boleh bantu beliau..

    *sebak tengok karangan anak dia.

    ReplyDelete
  50. ya Allah,memang tak sangka :((((((((
    semoga Allah sembuhkan penyakit nya

    ReplyDelete
  51. Wpun xpernah jmpe abg jejai.
    Tp dpt rasa dia teman yg baik.

    Doa tuk abg jejai moga kuat!
    Dan usaha sahabat2 meringankan beban family abg jejai dipermudahkan!
    aminn..

    ReplyDelete
  52. Never met him but this is just really saddening. I hope his family will be strong and that they could spend as much time with him as possible.

    ReplyDelete
  53. kudos...
    moral support best medicine
    former 4 stager

    ReplyDelete
  54. sebak bila aku melihat surat anak bro jejai itu. Semoga bro jejai tabah menghadapi semua ini.

    ReplyDelete
  55. Baru tahu...sangat terkejut saya....saya pernah jumpa jejai Di kenduri kawin adik saya...memang dia sangat ceria Dan peramah,malah dia yang menegur saya dulu...akan bantu setakat yang mampu....

    ReplyDelete
  56. Sedih walaupun tak pernah jumpa.... =(
    Moga moga dia cepat sembuh.

    ReplyDelete
  57. Saya pernah jumpa dia dekat event Nuffnang walaupun tak pernah bertegur-sapa. Moga-moga dia dapat merintangi cabaran Tuhan. *finger crossed*

    ReplyDelete
  58. Tak disangka tak diduga,
    Buah cempedak dah menjadi nangka,
    Sahabat kita jejai menghidap kanser tahap bahaya,
    Moga terus tabah menghadapinya.

    ReplyDelete
  59. :( ujian Allah swt, semoga semuanya selamat ...

    ReplyDelete
  60. smoge dgn usehe eyriqazz, abang ensem & rakan-rakan blogger lain dapat membantu dlm proses penyembuhan abg jejai n abg jejai dpt sihat spt sediakale balik... Amiiinn...

    Selamat hari raye eyriqazz..maaf zahir batin ye.. :)

    ReplyDelete
  61. Jgn mengalah dan putus asa. setiap penyakit ada ubatnya melainkan tua. jika kita percaya firman allah tu, maka tiada sebab untuk terus berduka dan bersedih selamanya. teruskan amalan seperti biasa, bykkan berdoa dan dekatkan diri dengan Pencipta kita. Do not succumb to this test, find a solution is better than bemoan this fate. All the best to your best friend bro.

    ReplyDelete
  62. Semoga kita dapat membantu dan semoga semuanya akan menjadi lebih baik..

    ReplyDelete
  63. Kita doakan yang terbaik buat beliau..

    ReplyDelete
  64. salam. just wanna share, uncle jai is my mom's bestfriend. diorang dah keje sama2 lama. sy kenal uncle jai dari sy kecik smpai skang. sy igt lg, first my mom dpt tau pasal cancer uncle jai. sy teros igt anak2 dia yg still kecik. sy tgk and kenal anak2 uncle jai dr dorg baby lagi. honestly, sy and family tau head to toe psl condition uncle jai. tp as you post it, dia mmg tanak go for public. only Allah knows why. last my mom jumpa uncle jai last week before raya. my mom ckp, dia tak blh nk tgk pon condition uncle jai that time. officemates pon dtg skali visit uncle jai. apa yg sy blh ckp, kte sama2 doakan utk uncle jai. kalau bkn dgn wang ringgit, dgn doa utk bekalan dia. anak2 dia masih kecik. seriously. kalau sy kat tmpat dia, dgn anak2 yg kecik, i just really don't know what to do.

    ReplyDelete
  65. Assalam, simpati dgn nasib saudara je jai. kuatkan semangat dan terus berusaha untuk sembuh. InsyaAllah moga Allah memberkati segala usaha dan doa semua. Mak saya meninggal pada 3 ramadhan yang lalu mengidap penyakit yg sama dgn saudara je jai walaupun beliau bukan perokok dan tak de yang merokok di rumah saya. detected raya haji yg tahun lepas. tp mak saya tak kimo mungkin faktor usia. doktor advised ambil ubat irresa gefitinib 250mg. ada lagi baki 14 biji ubat dia. saya tak tau nak derma kat sapa. ubat ni memang mahal. kalau ada sesapa yg nak bole infom sya.

    harapan saya saudara je jai terus kuat semangat demi anak2 yg masih kecil. berusahalah dan jgn mengalah. arwah mak saya mungkin tak sekuat saudara je jai sebab walaupun saya cuba lain2 usaha,tp arwah tak mampu nak ikut. doa saya semoga saudara je jai boleh sembuh dan meneruskan kehidupan bersama orang tersayang.

    ReplyDelete
  66. terkejut! weh..tak leh baca abis n3 ni,selama ni dok 'kenal' Jejai pun dr sini..semoga beliau tabah menghadapi dugaanNya..Insyaallah..mari kita sama2 bantu apa yg terdaya..and..doa juga utk dia..

    ReplyDelete
  67. Semoga kita semua dapat membantu meringankan beban Saudara Jejai.. Tumpang simpati dengan apa yang menimpa beliau. Semoga beliau tabah dengan ujian dariNya.

    ReplyDelete
  68. insyaallah,Allah akan panjangkan umur bro Je jai...
    sayu je baca entry ini,,yups,rakan yg bersma susah dan senang sukar kita dptkan...

    ReplyDelete
  69. Semoga bro Jejai kuat menghadapi semua ini..kenapalah saya tak perasan entri ni..agaknya saya tak baca sebab fikir bro eyriqazz buat entry untuk sakat dia

    ReplyDelete
  70. errm..sedih baca entry... nome penah dengar rawatan kimo mahal dan menyakitkan... ade sape2 tahu berapa kos rawatan kimo etc? kata eriqaz insurancenya dah sampai limit kan? agaknya..berapa ya kos kimo tu... sekurang2nya.. boleh bagi awareness pada semua tentang kepentingan insurance.. dan limit yg mencukupi bagi kita mendapatkan rawatan.. hari ini hari jejai.. esok lusa kita x tahu lagi... :( tetibe cam rasa limit insurance yg nome ade sgtlah x reasonable... aduhaii...

    ReplyDelete
  71. fuuuhh.. tarik nafas panjang aku baca entri ni. first aku nangis baca entri eyriqazz. nangis kat kedai mamak lak tu.. insyaAllah.. nak bantu byk tak mampu. namun sekadar terdaya insyaAllah..

    ReplyDelete
  72. paling touching bila baca surat anak beliau... terus tumpah air mata jantan aku di kedai mamak ni

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails