Beberapa hari lepas, buat pertama kalinya menaiki KLIA Ekspres. Naik di KL Sentral berhenti di KLIA :
Perlepasan KLIA Ekspres
Kaunter tiket
RM35 sehala perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit
Suasana di dalam. Banyak ruang yang kosong. Apa sebabnya ya? Off peak?
Awek kat belakang tak habis-habis ushar saya
Ada wifi Percuma di dalam train. Sponsored by YES Broadband
X sempat nak tidur, dah sampai dah. Memang pantas. Tiada henti-henti
Check dulu pukul berapa eden nak fly malam ni ya? Hik3...
Takla..Just hantar Denaihati nak pergi London
Turut hadir Je Jai dan Abangensem
- P.s : dapat juga greenlight dari Je jai untuk publishkan gambarnya-
Selamat Jalan bro..Jangan merajuk lama-lama ya...
Jom pulang
Pulangpun banyak seat kosong
Yang ramai pun pelancong asing
Overall, memang selesa dan agak memuaskan perkhidmatan KLIA Ekspress ini cuma rasa sayang kerana rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang menggunakannya. Mungkin faktor harga yang agak mahal ataupun lebih selesa keluarga/rakan-rakan yang hantar disamping alternatif naik bas dengan harga yang lebih murah (dalam RM15 rasanya dari KL Sentral-KLIA). Sayangkan sistem pengangkutan yang canggih tapi rakyat sendiri tidak menggunakan dan lebih cater untuk pelancong asing...
Cadangan saya mungkin boleh kurangkan harga especially time off peak dan special promotion buat pengguna yang kerap menggunakannnya. Kemudahan yang ada untuk semua kan? Apa salahnya buat sesuatu yang memberikan win-win situation? More income to KLIA ekspress dan pengguna lebih puas hati....Apa pandangan anda?
oh, ni masa hantar bro DH ye..
ReplyDeleteaku pun tak pernah naik lagi KLIA ekspress ni.. sebelum ni naik bus je.. mungkin faktur harga mahal kot org kurang nak naik.. kalau murah sikit mungkin ramai yg guna kot
ReplyDeletehaz selalu naik erl ni. dr putrajaya sentral ke kl sentral. RM9.50 sehala. mahal tapi berbaloi. sebab selesa gila! ambil masa setgh jam je dh sampai. kalau nk dicomparekn dgn ktm memg kalah la.
ReplyDeleteorang x ramai maybe sbb destinasi dia terhad je. tp bila weekends ramai gak orang naik. tp tetap selesa n ada sit kosong! dengan wifi lagi.. tu yang best. hee ^^
Tak pernah naik lagi... Tapi teringin jugak nak naik... :-)
ReplyDeleteSalam kenal abang eryqazz- Nama glamor dikalangan blogger..saya pendatang baru...
Salam Syawal juga.
tulah..saye rase mahal punya pasal, lagi satu maybe KLIA express xpandai nk buat marketing. dari pada xde sape naik sbb mahal baik murahkan..kompem berduyun2 yg nak naik KLIA Express tu.
ReplyDeleteRakyat di Utamakan..Tepatilah Janji..hehe
saya rasa yang lebih tepat lagi sebab harga dia agak mahal ler.. tu sebab utama dia agaknya. sebab majoriti orang Malaysia ni bukan orang yang berduit.
ReplyDeletehahahaha. statement tang awek tu memang terbaekk..ahahaha
win-win situation tu yg pengguna suka. =)
ReplyDeletewww.anastasyea.com
Naik KLIA Ekspress ni memang Best.. Perjalanan dari KL untuk ke KLIA memang pantas.. Semasa saya berkhidmat di MUkah Sarawk dulu pun memang teringin sangat nak naik KLIA Express ni..
ReplyDeleteTapi disebabkan kekangan membawa anak-anak saya, sampai ke sudah kempunan nak naik Keretapi ni.. huhuhu..
Penghargaan Kepada Penaja Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular (Klik Di Sini)
faktor harga yg msebabkan ramai org x naik klia ekspress. realiti masyarakat kita, kalau pegi hantar org. mesti nak pegi 1 keluarga.
ReplyDeletekatakan 1 keluarga 5 org. 2 dewasa 3 kanak2. jumlah dah rm230. naik keta kos minyak + tol + parking. rasanya x sampai rm230. siap boleh pegi makan sekali. :)
kalau pegi sorang ya berbaloi. lg 1, sy rasa dorg target pelancong. matawang dorg kan tinggi. setakat rm70 tu sblah mata je bayar.. hehh..
pernah naik ERL transit punya..mgkn sebab mahal..lgpun tak selalu ERL buat promosi
ReplyDeletepernah nail ERL transit je..mmg mahal..lagipun ERL tak selalu buat promosi
ReplyDeleteharitu saya pun 1st time naik ERL..hehehe..
ReplyDeleteBro...ERL ada 2 servis - Ekspress ( non stop ) dan Transit ( stesen henti2x )... most orang awam naik TRANSIT sebab banyak tempat yang boleh dituju... Diorang ada monthly pass offer dan boleh bayar guna touch n go
ReplyDeleteSetuju sangat, harga patut diturunkan lagi.
ReplyDeletepenah naik.. tp naik yg transit punya.. beberapa kali juga laa naiknye..
ReplyDeleterm35 utk setengah jam perjalanan mmg mahal la utk org kita.
ReplyDeletesop mmg selalu guna kalau nak ke KLIA
ReplyDeleteterutama time kalau dah kurang dari 1jam untuk check in
kalau bas mmg murah tp lambat dan kurang selesa
harga? rm35 mmg tinggi tetapi sesuai dgn perkhidmatan :)
kalau murah, bas plak x laku karang.. heheheh
memang patut harga dikurangkan dan kalau boleh warga tempatan lebih kurang dari warga makhluk asing
ReplyDeletesekilas pndang...xperasan pun bro Jejai....
ReplyDeletelain sgt...berat mata memandang...
Buat harga murah.. utk yang ada IC...
ReplyDeleteMemang mudah mengunakan ERL ini. Saya sudah beberapa kali mengunakannya.
ReplyDelete