Beberapa hari lepas, buat pertama kalinya menaiki KLIA Ekspres. Naik di KL Sentral berhenti di KLIA :
Perlepasan KLIA Ekspres
Kaunter tiket
RM35 sehala perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 30 minit
Suasana di dalam. Banyak ruang yang kosong. Apa sebabnya ya? Off peak?
Awek kat belakang tak habis-habis ushar saya
Ada wifi Percuma di dalam train. Sponsored by YES Broadband
X sempat nak tidur, dah sampai dah. Memang pantas. Tiada henti-henti
Check dulu pukul berapa eden nak fly malam ni ya? Hik3...
Takla..Just hantar Denaihati nak pergi London
Turut hadir Je Jai dan Abangensem
- P.s : dapat juga greenlight dari Je jai untuk publishkan gambarnya-
Selamat Jalan bro..Jangan merajuk lama-lama ya...
Jom pulang
Pulangpun banyak seat kosong
Yang ramai pun pelancong asing
Overall, memang selesa dan agak memuaskan perkhidmatan KLIA Ekspress ini cuma rasa sayang kerana rakyat Malaysia sendiri tidak ramai yang menggunakannya. Mungkin faktor harga yang agak mahal ataupun lebih selesa keluarga/rakan-rakan yang hantar disamping alternatif naik bas dengan harga yang lebih murah (dalam RM15 rasanya dari KL Sentral-KLIA). Sayangkan sistem pengangkutan yang canggih tapi rakyat sendiri tidak menggunakan dan lebih cater untuk pelancong asing...
Cadangan saya mungkin boleh kurangkan harga especially time off peak dan special promotion buat pengguna yang kerap menggunakannnya. Kemudahan yang ada untuk semua kan? Apa salahnya buat sesuatu yang memberikan win-win situation? More income to KLIA ekspress dan pengguna lebih puas hati....Apa pandangan anda?