October 3, 2012

MyStarJob - Peluang Kerjaya dan Proton Persona Menanti

Masih segar dalam Ingatan, " My First Job" selepas menamatkan Ijazah saya di United Kingdom. Pekerjaan pertama saya :

Recovery Officer, Alliance Bank ( March 2006 - September 2007)

Bukan mudah rupanya mencari kerja idaman. Jangan disangka lepasan luar negeri, tajaan penuh, semudah itu mendapat kerja. Pelbagai peluang kerjaya diisi, berpuluh2 resume dihantar secara pos dan juga online. Mana interview yang panggil, kugagahi dan ku cuba. Salah satu yang banyak membantu time itu adalah " Kerja Kosong di The Star setiap Sabtu dan Ahad" yang banyak advertise kerja kosong. 

Dengan rakan sekerja paling rapat time tu, Yantee

Masa mula-mula terima kerja tu selepas lepas tapisan resume dan interview, memang rasa down juga. Banyak peluang kerjaya dengan syarikat antaranya "Public Bank, Proton, Petronas, Bank Islam" gagal saya perolehi. One of the reason, masatu saya baru lepas accident dan banyak syarikat yang menolak saya kerana risau saya tidak mampu lakukan kerja dengan terbaik.

Alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Walaupun bergelar "Pengutip Hutang" atau Ah Long with a license one, ianya banyak mengajar saya. Selok belok dunia pekerjaan, berkomunikasi dengan pekerja yang berlainan bangsa, memperbaiki kemahiran diri, dan pelbagai lagi.."

Moving On - October 2007 until now-

Masih bekerja di bank, tapi namanya yang lebih gah, gaji lebih lumayan, benefits yang pelbagai dan lebih banyak masa dapat diluangkan bersama keluarga . Yup, time saya dulu, tak banyak sebanyak sekarang peluang seperti sekarang untuk hantar resume dan mencari peluang kerja.

Kini, tidak lagi. Pelbagai peluang offline mahupun online. Antaranya yang menarik hati saya untuk dikongsikan adalah :

MyStarJob di http://mystarjob.com

Sempatla saya surfing laman kerjaya online ini yang menyediakan platform buat "Jobseekers" untuk menghantar resume ataupun mencari peluang kerjaya. First impression saya, laman web MyStarJob ini agak user friendly, pemilihan warna yang ceria , gambar yang menarik dan nama web yang catchy iaitu mudah disebut dan diingat. Antara lain yang menarik hati saya :


Visume - "You are more than a piece of paper"

Kreatif. Thinking outside the box. Hantar visume or video anda untuk mendapatkan kerja idaman anda. Be Creative, inilah salah satu ciri dan kelainan yang dicari oleh  majikan kini selain daripada kelulusan, kemahiran berkomunikasi, dan etc...

Tak lupa juga :

Mudah untuk Mencari kerja mengikut Jenis pekerjaan, kelayakan, dan juga lokasi. Just tick and click.. Cepat pula loadingnya

Selain itu, laman web  http://mystarjob.com turut menyediakan peluang kerja kosong dari pelbagai syarikat dan juga mempunyai nama yang sentiasa menjadi pilihan "Jobseekers" antaranya Shell, Sony dan pelbagai lagi...

Sambil menghantar resume, turut berpeluang untuk :


Memenangi Hadiah Kereta Proton Persona sebagai hadiah utama dan juga pelbagai hadiah sampingan

Contest dari 20 September 2012 sehingga 14 November 2012 (my birthday!!!)
Cara-cara nak join ?
Hanya 4 langkah mudah iaitu register MyStarJob, upload resume, jawab satu soalan, dan klik submit
Or bolehla singgah SINI untuk pendaftaran

Pelbagai peluang Kerjaya Menanti anda

Siapa tahu, sambil hantar resume dan mencari kerjaya 


Proton Persona bakal menjadi milik anda?

Lebih lanjut bolehla layari laman web ini --> http://mystarjob.com/contests/car/


28 comments:

  1. Saya ini dikira beruntung kerana belum habis pengajian sudah book dahulu. :-)

    ReplyDelete
  2. Suka posting nieh! Tapi kami yang menerima resume nieh pon ada masanya kecewa juga. Portal menarik tapi resume ada yg buat separuh hati.

    Apa2 pon think positive...mungkin ramai adik2 kat luar sana yang membaca:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin ada antara adik2 tersebut masih belum mahir buat resmue..tuh yang nampak macam separuh hati...With experience, mungkin lebih better

      Delete
  3. Bro : Eden nak jadi ADMIN blog dan FANPAGE blog nie... ade peluang tak...hehehe

    ReplyDelete
  4. sungguh untung.. dah lah dapat kerja.. pastu dapat kereta pula..
    mmg durian runtuh! hehehe
    sop dah ada kerja tetap.. bg peluang kat org lain menang kete tuh.. heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gaji sop dah masyuk....selalu bercuti tempat best2...hik3

      Delete
  5. wah memang sangat2 menarik.. dah lah tengah usha2 keje baru ni.. Tq Abg Eyriqazz untuk info ni.. sgt2 memabantu.. ;)

    ReplyDelete
  6. Selalunya portal2 macam ni banyak membantu. Alhamdulillah Saya tak pernah gagal dapat kerja guna portal ni.

    ReplyDelete
  7. Xpernah lalui pengalaman mcm eyriqazz...

    ReplyDelete
  8. Memang susah untuk mencari peluang pekerjaan pada masa sekarang walaupun kita berpelajaran tinggi. Apa yang penting kita tetap berusaha dan memanfaatkan setiap peluang yang ada serta terus memperbaiki diri. InsyaAllah setiap usaha tu ada hasilnya :)

    ReplyDelete
  9. nak try lah cari peluang kerjaya dari mystarJob!!

    ReplyDelete
  10. Peluang pekerjaan yang tersedia sekrang tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran graduan yang keluar dari universiti saban tahun. Namun sayangnya apa yang berlaku dalam sektor pekerjaan sekrang ialah kebanjiran pekerja asing. Adakah segelintir warga Malaysia ini memilih kerja atau kerja tu memang tak sesuai dan lebih gemar mengganggur. Apepun kewujudan web ini lebih memudahkan warga tempatan untuk meneroka peluang kerja yang ada di Malaysia. Semoga para graduan dan warga Malaysia dapat menggunakan manfaat yang tersedia nih.

    ReplyDelete
  11. Peluang pekerjaan yang tersedia sekrang tidak mencukupi untuk menampung kebanjiran graduan yang keluar dari universiti saban tahun. Namun sayangnya apa yang berlaku dalam sektor pekerjaan sekrang ialah kebanjiran pekerja asing. Adakah segelintir warga Malaysia ini memilih kerja atau kerja tu memang tak sesuai dan lebih gemar mengganggur. Apepun kewujudan web ini lebih memudahkan warga tempatan untuk meneroka peluang kerja yang ada di Malaysia. Semoga para graduan dan warga Malaysia dapat menggunakan manfaat yang tersedia nih.

    ReplyDelete
  12. The Star menemukan saya dengan majikan back in 2004. Sampai sekarang masih setia dengan majikan walaupun bakal bertukar management next year. terlalu selesa disini. bos yang tak mengongkong, flexibility, lots of benefits walaupun sometime salary increment tak berapa memberangsangkan. masih belum menemui alasan kukuh untuk mencuba kerja ditempat baru. but if i do, http://mystarjob.com adalah tempat pertama yang akan saya tuju :)

    ReplyDelete
  13. Boleh cuba nasib ni,sekarang pun tengah cari kerja,terima kasih untuk info ni bro

    ReplyDelete
  14. bagi yg tengah cari kerja tu memang perlu lebih tonjolkan diri la sebab persaingan mendapatkan pekerjaan sekarang semakin sengit kan. even dr resume mahupun visume tu pun boleh bagi impak yg besar dalam pemilihan pekerja !

    ReplyDelete
  15. interview tu penting. self confidence kene berada di tahap septtnye. pointer yg bagus = bonus! chaiyok2 to all 'penanam anggur t'hormat'! ;)

    ReplyDelete
  16. wahh..peluang pekerjaan ni..

    abg GTO makin lama makin smart!

    ReplyDelete
  17. MYStarJob mmg berkesan mcm JobStreet juga. Rasanya ramai yg subscribe dgn kedua-dua website ini.

    ReplyDelete
  18. alaaaa...dah dapat keje...kalau tak ade chance nak menang pesona...hehe

    p/s: cute ah eyriqazz zaman mude mudi..hohoho

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah aku dulu first time dapat kerja dekat tempat aku praktikal sendiri.. walaupun gaji pertama RM400 sebulan tahun 2001.. tapi masa tu utang takda duduk umah family.. makan semua makan dekat rumah.. so nilai RM400 tu satu nilai yang tinggi.. tapi sekarang dekat tempat baru.. alhmadullilah gaji lebih sikit.. tapi tulah comitment pun lebih jugalah.. hehehe..

    Kepada yang baru nak cari kerja tu.. kalau boleh jgnlah pilih sangat kerja.. ambil je peluang yang ada dulu.. dapatkan pengalaman dah tu boleh cari tempat yang lagi baik..

    sbb mana2 syarikat sekarang nak ambil staff yg ada pengalaman.. kalau fress graduan mana nak ada pengalamankan..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails