November 3, 2012

Lazada Malaysia Mohon Maaf

Rentetan dari entri Lazada Malaysia Menipu? . Selepas lebih kurang 3 bulan, minggu lepas, eyriqazz terima e-mail dari staff Lazada Malaysia. Lebih kurang memohon maaf atas barang yang diorder tidak sampai :

E-mail dari Aaliyah Soraya, Marketing Associate dari Lazada Malaysia

Baruje eyriqazz bercadang untuk laporkan kepada KPDNHEP dan SKMM pasal barang yang tidak sampai ini. Tapi memandangkan e-mail yang dihantar ini, eyriqazz holdkan dulu dan kasi no. telefon.

Aaliyah call me. Katanya dari pihak Lazada Malaysia dia memohon maaf. She stumble upon my blog bila dia "googling around about Lazada Malaysia". Katanya my case antara top priority nya. Umm, mungkin keyword "Lazada malaysia" entri eyriqazz antara di page awal. Katanya ada lebih kurang 1,000 kes unhappy customer yang cuba mereka selesaikan kini, termasukla eyriqazz.

Katanya lagi, dia memohon maaf. Staff yang bawa eyriqazz ke ofis Lazada Malaysia sebelum ini sudah resigned. Katanya lagi, jangan pandang ringan pada pengaruh bloggers, memang memainkan pengaruh yang kuat especially dalam buat decision "Buy or Not". Sempat juga, eyriqazz explain kepadanya, saya tak suka the way diorang treat bloggers sebelum ini i.e. ketika cuba untuk engage bloggers promosikan "Lazada Malaysia".Eyriqazz e-mail balik e-mail2 correspondence sebelum ini kepadanya. 

Dipendekkan cerita, 

Jawapan dari Aaliyah

Promise utk hantar barang yang belum diposkan

Pagi tadi, terimalah bungkusan dari :

Lazada Malaysia
Barang yang diorder 3 bulan lepas,salah satu yang tak sampai akhirnya sampai
Siap kasi extra barang yang tak diorder... Yang tak sampai diapers je

* Rahsia dan Tips Anak Pintar

So, eyriqazz fikir, tutup kes. Perception ke atas Lazada dari 8/10 ke 2/10 sekarang meningkat ke 4/10. Tunggu dan lihat dulu kalau mahu shopping lagi di Lazada Malaysia in future.

P.s : Don't play-play with bloggers. Jangan cuba nak pergunakan kami dan jangan cuba untuk menipu kami."Kalau bagus akan dikatakan bagus, kalau tidak akan dikatakan tidak". Indeed, tahniah buat Lazada Malaysia kerana mengakui kesilapan mereka dan hantar kembali barang yang tidak sampai.

33 comments:

  1. glad to heard case closed....tpi pengalaman sebegini menggerunkan......bkn xnak pecaya shopping on9,selalu gk..tpi klu kes mcm ne,payah!.hikhikhik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah dua kali terkena..yg before dia yang kasi diskaun2....sekali terkena beli casing ipad 2...sampai skang memang tak beli lagi dari web itu...better safe than sorry

      Delete
  2. bagus jugak lazada sebab akhirnya akui kesilapan mereka..

    ReplyDelete
  3. Baguslah dorang perbetul kesilapan. Plg penting puaskan hati pengguna. Kuasa blogger? Tidak dipertikaikan lagi skrg. Behehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup..... blogger memang straight to the point..

      Delete
  4. Kalau ada masaalah dg Lazada, kita pos di blog sahaja la kan? :D Saya ada order dari mereka tapi tiada masaalah pula. Mungkin benar kata Aliyah tu, staff punya hal. Susah nak control semua bila saiz sykt sudah besar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1,000 unhappy customer bukan nombor yang kecil..

      Delete
  5. Selepas tiga bulan , for me dah terlalu lama sangat ....kalau eden confirm dah serik laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat masa sekarang memang serik bro..... but in future, kalau reputasi mereka sudah boleh dipercayai, mungkin diberikan peluang kedua..wait and see...

      Delete
  6. 1. Nasib baik diorang replace gak barang tu
    2. Ok, x terasa nk shop kat lazada.

    ReplyDelete
  7. emm kuatpengaruh blogger kan?hehe..

    ReplyDelete
  8. Syukurlah kes selesai, tapi kepercayaan terhadap lazada akan makan masa lebih lama lagi untuk pulih.

    Lazada memang tidak akan masuk dlm list boleh percaya aku untuk beli gajet, lebih baik beli kat SuperBuy kerana ternyata barang sudah sampai dengan selamat dan cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Superbuy ok ekks bro? bolehla survey2 camni...

      Delete
  9. seperti al-ikhsan meminta maaf dr saya .. walaupun sebenarnya tak bape kisah , cuma kita jujur menyampaikan kan ?

    ReplyDelete
  10. baguslh bro dia mengaku salah dia... hope jd pengajaran pd yg buat bizz online ni.. kekadang memang betul blogger di guna2kn untuk bahan promosi je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed..skangni pun bersepah2 email eden minta free promotion...Sorry, bloggers pun ada value mereka..Ingat nak buat entri tak guna masa, tenaga, eletrik, broadband etc?

      Delete
  11. 1000 kes unhappy cutomer..bukan sikit tu.
    Pernah juga baca di blog lain yang order barang dari Lazada dengan Zalora, tapi barang tak sampai.duit dah bayor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama kes cam saya....nasib baik diorang email ..memang dah siap sedia nak buat official complaint to KPDNHEP

      Delete
  12. kiranya dah settle tapi make sure pelanggan lain yang tak happy kena ambil tindakan segera otherwise business boleh lingkup

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup..sepatutnya dari dulu lagi diorang ambil tindakan..I.e. buat official ucapan maaf di facebook etc..Barula pelanggan lebih happy

      Delete
  13. Memang besar sekali pengaruh blogger ni.. Patut la PM kita sendiri pun dah guna media sosial untuk dekat kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, memang besar...Generasi baru lebih percayakan social media/bloggers dari media2 di luar sana

      Delete
  14. dont play play with eyriqazz.. heehehe.. kita semua ada hak.

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah..akhir nya dapat juga barang yang di beli.. Minta,sebab ini hak kita sebagai pengguna..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, tak kisahla kalau eyriqazz ni dicopkan kaki komplen..saya just mempertahankan hak saya sebagai pengguna

      Delete
  16. waahhh..hebat ar eyriqazz..takut dorg...siap bg brg extra... meh sket...hohoho

    ReplyDelete
  17. Masalah juga kalau turn over staff Lazada tinggi. Boleh memberi kesan kepada operasi. Sebagai pelanggan kita mengharapkan apayang dicanangkan didalam iklan dibuktikan dengan perkhidmatan yang diharapkan.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails