Showing posts with label lazada malaysia. Show all posts
Showing posts with label lazada malaysia. Show all posts

November 7, 2012

Cabaran dari Lazada Malaysia

Sambungan dari entri Lazada Malaysia Mohon Maaf. Fuhh, bersemangat betul diorang, belum cukup dengan maaf, kasi cabaran lagi buat pengguna yang tidak berpuashati dengan perkhidmatan mereka selama ini :


Patutkah terima Cabaran mereka?

Ummm, eyriqazz ni jenis once bitten twice shy. Takut juga pisang berbuah dua kali. 

P.s : fool me once shame on you. fool me twice shame on me. Umm, what do you think?

November 3, 2012

Lazada Malaysia Mohon Maaf

Rentetan dari entri Lazada Malaysia Menipu? . Selepas lebih kurang 3 bulan, minggu lepas, eyriqazz terima e-mail dari staff Lazada Malaysia. Lebih kurang memohon maaf atas barang yang diorder tidak sampai :

E-mail dari Aaliyah Soraya, Marketing Associate dari Lazada Malaysia

Baruje eyriqazz bercadang untuk laporkan kepada KPDNHEP dan SKMM pasal barang yang tidak sampai ini. Tapi memandangkan e-mail yang dihantar ini, eyriqazz holdkan dulu dan kasi no. telefon.

Aaliyah call me. Katanya dari pihak Lazada Malaysia dia memohon maaf. She stumble upon my blog bila dia "googling around about Lazada Malaysia". Katanya my case antara top priority nya. Umm, mungkin keyword "Lazada malaysia" entri eyriqazz antara di page awal. Katanya ada lebih kurang 1,000 kes unhappy customer yang cuba mereka selesaikan kini, termasukla eyriqazz.

Katanya lagi, dia memohon maaf. Staff yang bawa eyriqazz ke ofis Lazada Malaysia sebelum ini sudah resigned. Katanya lagi, jangan pandang ringan pada pengaruh bloggers, memang memainkan pengaruh yang kuat especially dalam buat decision "Buy or Not". Sempat juga, eyriqazz explain kepadanya, saya tak suka the way diorang treat bloggers sebelum ini i.e. ketika cuba untuk engage bloggers promosikan "Lazada Malaysia".Eyriqazz e-mail balik e-mail2 correspondence sebelum ini kepadanya. 

Dipendekkan cerita, 

Jawapan dari Aaliyah

Promise utk hantar barang yang belum diposkan

Pagi tadi, terimalah bungkusan dari :

Lazada Malaysia
Barang yang diorder 3 bulan lepas,salah satu yang tak sampai akhirnya sampai
Siap kasi extra barang yang tak diorder... Yang tak sampai diapers je

* Rahsia dan Tips Anak Pintar

So, eyriqazz fikir, tutup kes. Perception ke atas Lazada dari 8/10 ke 2/10 sekarang meningkat ke 4/10. Tunggu dan lihat dulu kalau mahu shopping lagi di Lazada Malaysia in future.

P.s : Don't play-play with bloggers. Jangan cuba nak pergunakan kami dan jangan cuba untuk menipu kami."Kalau bagus akan dikatakan bagus, kalau tidak akan dikatakan tidak". Indeed, tahniah buat Lazada Malaysia kerana mengakui kesilapan mereka dan hantar kembali barang yang tidak sampai.

August 1, 2012

Wordless Wednesday - Masuk Bakul Angkat Sendiri

Credit Picture : Facebook Oh Media

July 21, 2012

Lazada Malaysia Menipu?

Lazada Malaysia Menipu? Ehh, takkan Syarikat yang begitu besar yang iklannya begitu gah berlegar-legar di Google dan Facebook menipu pengguna? Umm, better experience it myself sebelum buat judgement kan?



Order it Myself 2 minggu lepas
3 barang diorder, satu barangje yang baru sampai

Lazada Malaysia , betulke mereka menipu? Umm, I will share pengalaman saya minggu depan. Sebelum itu, anyone pernah ada pengalaman beli barang dari Lazada Malaysia? Apa pengalaman anda?


Apa pula pandangan anda tentang Lazada Malaysia? No worries, semua komen positif or negatif, akan dipublishkan...

Updated 3 Nov 2012 - Lazada Malaysia Mohon Maaf
Related Posts with Thumbnails