Showing posts with label Experience Tune Talk Mobile Prepaid. Show all posts
Showing posts with label Experience Tune Talk Mobile Prepaid. Show all posts

March 5, 2011

Ada Apa dengan Tune Talk?

Tune Talk Nama diberi
Perkhidmatan Mobile Prepaid muncul kini
Jom terjahi review dari saya ini
Kebaikan, keburukan, kelebihan, kekurangan, dan cadangan dari saya sudah semesti  (Credit Picture HERE)


Ada Apa dengan Tune Talk? (Credit picture HERE )

- Tune Talk adalah perkhidmatan mobile prepaid yang diterajui oleh Jason Lo dengan taglinenya " The Cheapest Mobile Prepaid Service in Malaysia|Now We're Talking"  .New in the market dan sudah semestinya ada Pro & Cons tentang perkhidmatan yang ditawarkan. Enough said, more info terjahi laman webnya http://tunetalk.com

Prepaid or Postpaid?
- Honestly, saya pengguna postpaid. Saya  pernah menggunakan prepaid semasa saya mula menggunakan telefon. Saya mudah keliru apabila menggunakan prepaid dan kadar yang ditawarkan .Kadar telefon sesama talian, kadar panggilan telefon orang terdekat, kadar panggilan di hujung minggu,kadar talian di waktu orang tengah tidur, validity of the prepaid yang di top up dan sebagainya. 

Well, kadang-kadang tawaran yang ditawarkan agak mengelirukan dan sukar difahami. Enough said ,saya beralih kepada postpaid, lebih banyak kelebihan, fix payment every month, lebih murah dan menjimatkan.

Apapun, sebagai pengguna yang bijak, kita sepatutnya lebih bijak dalam membuat keputusan dan semak pro & cons setiap perkhidmatan yang ditawarkan, kan? 

Apa Yang Bestnya tentang Tune Talk ni?

1) Flat rate, panggilan telefon 16sen seminit, mesej 5 sen per sms, dan kadar data internet, 5 sen perMB. 

Memang rasanya yang paling murah di pasaran untuk prepaid untuk panggilan telefon. Untuk komen pasal penggunaan internet ini, bolehla terjahi pengalaman mereka ini [ Sumijelly dan Hamzah Ian] .

2) Tune Talk points yang boleh ditukarkan dengan Air Asia tiket. Boleh redeem bila dah cukup pointnya. Apa yang menariknya, point never expired, so mungkin lepas 5-10 tahun guna, bolehla dpt satu tiket pergi London kot. 

3) Free RM100,000 Personal Accident Accidental Insurance Coverage dibawah Etiqa.

4) Pilihan untuk menukar nombor anda anytime (Yiezaa, ada chance nak buat Panggilan hangitkan? )

5) Selfcare Account - bolehla semak  panggilan yang telah dibuat, charge, balance, mahupun menukar nombor telefon. Mudah kan?

More benefits, bolehla terjahi sini : http://tunetalk.com/services?page=benefits

Pengalaman Saya Bersama Tune Talk


Merah Menyala. Warna merah lambang kejayaan . Teringat kat Blogger Jutawan

Jom Top Up

Yey , dah boleh gunakan..

Apa Yang Saya Suka tentang Tune Talk sepanjang menggunakannya :

1) Panggilan telefon yang murah, 16 sen seminit dan mesej 5 sen. Memang susah nak dapat di luar sama. Apple to apple. Prepaid vs Prepaid.
2) Coverage so far, so good (menggunakan rangkaian Coverage Celcom). So, the widest coverage for sure.

3) Sistem point yang boleh ditukarkan kepada tiket Air Asia. Well, well, siapa yang tak suka dpt reward dan diri rasa dihargai?
4) Alert on baki kredit dan tarikh tamat tempoh selepas panggilan or just dial *133# and press SEND.

5) Banyak lokasi boleh top up, either via Online Banking service i.e. Maybank2u dan juga dealer seperti 7Eleven, Petronas, Esso, etc..

Apa yang Saya Tak Suka/Kurang Suka pasal Tune Talk :

1) No postpaid. I dah get use to pay fix amount of bill every month, so kalau ada postpaid rasanya boleh menarik lebih ramai pelanggan.Some people just love membayar jumlah yang tidak berubah every month.
2) Agak-agak kalau saya beralih ke prepaid Tune talk, bolehke nombor yang saya pakai sekarang dipindah? Susah la tukar2 nombor, orang lain nak telefon kena kasi no telefon baru pula. No info about this di website.
3) Umm, apa Nombor telefon customer service Tune Talk ya?terjahi websitenya, saya tak jumpa pun no telefonnya, last time masa activatekan No telefon, nasib baik ada Cik lily yang kasi nombor fixed line : 03-79490000. I think , Tune talk patut letakkan nombor ini juga di website.

4) Selepas lama mencari-cari, barule terjumpa Camne nak tengok Informasi berkenaan Point ditukarkan kepada AirAsia tiket . This link rasanya patut diletak ditempat yang mudah visible dan orang klik. 
5) Seperti di website, 16 sen seminit ada mention : *Promotional rate valid until further notice. Adakah ianya akan berubah bila sudah ramai orang subscibe and still become the lowest rate? Umm, at least ,tell us in advance the expected rate for the future.

Cadangan/Suggestion 

1) Most Users di Malaysia adalah pengguna Prepaid. Rasanya more than 50% pengguna prepaid.Selain Wow faktor di atas, daya penarik lain perlu ditingkatkan juga seperti "Member Introduce Member reward", Cabutan bertuah once in a few months dengan hadiah menarik seperti tiket kapalterbang, dan juga free gift sekiranya top up "this amount" every month. Dapat keychain or Fridge magnet Tune talk pun sudah cukup teruja.

2) Validity of Prepaid that will never expired. Yess, this a huge advantage& wow faktor untuk people memilih Tune Talk. I will surely become a Tune Talk Subscriber kalau ianya di introducekan. So, penjimatan seumur hidup.Semasa guna prepaid dulu, kadang-kadang tak sempat top up, kredit hilang begitu saja. Rugi kan? Plus people like my mom rarely use her handset, just using it to receive a call from her kids. 

3) Collaboration Point with AirAsia dan Tune Hotel. Vice versa, guna Air Asia, dapat point untuk redeem Tune Talk dan Tune Hotel. Guna Tune Hotel, dapat redeem point untuk Tune Talk dan Air Asia. So, brand loyalty di sini, dan menguntungkan both Air Asia, Tune Hotel dan sebagainya.

4) Discount untuk call yang kurang dari 30 saat - Yup, always , we call but other side reject our call. 16 sen gone. Call again, tak sampai 30 saat pun cakap. 16 sen gone. Maybe make it 8 sen for call yang kurang dari 30 saat. Jimat kan?

5) Contest, Contest,Contest - Yess, bolehla buat contest menarik untuk pengguna Tune Talk i.e. blogging Contest. Boleh dapatkan perkhidmatan Nuffnang dalam buat blogging Contest ni. They are the best. So, selain dapat menang hadiah, dapatlah Tune Talk mempromosikan produk mereka. The more people, the more buzz will be created.

6) E-mail Notification - Yess, i don't have time to follow every news dari Tune Talk melalui Facebook,Twitter or lama web. Sometimes ,timeline dah lari. So, kalau ada e-mail notification, mudahla kan? Or, message notification is much more better.


7) Thinking Outside the Box - Nahh, Tune Talk know much more better than me about this. People love kreatif idea, new idea, wow factor. Umm, i'm not a huge fan of Justin Bieber.(This is one the Big Wow Factor too). Justin Bieber mostly for remaja but how about others?. My Idea? Cukupla dulu, dah 7 ni...Hik3...

Oh, well, saya bukan mahu mempromosikan Tune Talk. I just give my personal opinion, apa yang bagus, kurang bagus, dan juga cadangan. But, the more choice we have the better kan? 

Competition is good for consumer , when Service Provider compete with each other, usually price is one of the big factor they will consider. Harga rendah, customer happy, tak gitu? Nak loyal kepada satu-satu service provider pun kenalah berbaloi juga kan? Loyal bertahun-tahun, tapi only untung on one side buat apa juga kan?Uummm,I'm Considering Tune Talk as one of my choice now if they take my feedback seriously.

P/s : How about u? Apa pandangan, kritikan, suggestion untuk Tune Talk ni? Well, well, I'm giving away 3 X 10 GTO Pointz for komen terbaik. They value ur opinion,so this is ur time utk memberikan pandangan anda untuk kebaikan bersama.

January 27, 2011

Rezeki Blogging|Experience Tune Talk Mobile Prepaid


Alhamdulillah, rezeki berblogging. Terpilih sebagai salah seorang dari 50 Nuffnangers untuk Experience Tune Talk Mobile Prepaid . Dapat RM100 Credit and I will be rewarded. Umm,apalah rewardnya ya? Kalau dapat tiket Air Asia pun best juga ni. Anyway, thanks Nuffnang and Tune Talk for selecting me .

Never give up in blogging or Contest. You will never know what is the outcome/result. Tuah ayam nampak di kaki ,tuah manusia siapa yang tahu.. By the way, feel free to Join Contest|Sponsored Post by Eyriqazz

P/s : Still jeles dengan Je Jai and the gang dapat join Majlis Anjuran MIG jumpa artis-artis popular . Nah, that's life, you will never get everything u want in your life. Just do your best and wish for the best. 
Related Posts with Thumbnails