Weekend lepas, dapatla tunaikan hasrat Isteriku yang mengidam masakan ketam . Kami terjahi Restoran Mee Ketam di Seksyen 7, Shah Alam . Lokasinya di belakang UNISEL dan tak jauh dari I-City Shah Alam dan Rumah Jejaka Hensem.
Special thanks to Myvitrd ( Sesi Terjah Restoran Mee Ketam ) yang rekomenkan Restoran ini. Lebih berselera nak singgahi bila baca pula entri Mee Ketam INI . Lepas booking dan telefon Ubai (0192496054), lebih kurang pukul 8.30 malam,sampailah di Restoran Mee Ketam ini.
Mee Kari Ketam + Ketam Biasa, RM8
Berselera sungguh Isteriku menjamu selera
Serius, sangatlah sedap. Antara Mee Kari paling sedap pernah saya rasa. Ketamtu pulak dipotong elok, tarikje bahagian badannya bolehla makan isinya. Fuhh, rasa macam tak cukup je semangkuk ni. So, dipendekkan cerita :
Tapi, bossnya sangat baik hati. As kami dapat yang dah last ni, so RM3 each. Wahh, ni yang buat nak singgah lagi ni
Bukan main berselera lagi Ibu mengandung mengidam meratah ketam
Selain Mee Kari ketam ,antara hidangan lain yang boleh didapati di sini adalah Mee Hun Sup Ketam, Mee Kari Udang Galah (fuhhh, terliur), Udang/Ketam Nipah masak cili/black pepper, Nasi Goreng Ketam, Mee Olio Ayam, dan Bawal Goreng. Fuhh, semua menu nampak sedap, kena terjahi lagi ni next time.
Indah Khabar, Indah rupa sangatlah sedap sekali
Sudah pasti akan kami terjahi lagi
Next time, maybe Mamat ini yang akan ku Poww belanja kami
Memang sentiasa penuh orang. Suggestion kalau nak singgah, bookingla dulu so takdela kecewa menunggu lama
Serius sangat sedap. Memang saya rekomenkan, Salah Satu Tempat Makan Menarik di Selangor dan wajib diterjahi. Harga berpatutan, masakan sedap, suasana pun santai.
Restoran Mee Ketam
No. 11, Kompleks Anjung 7, Jalan Zirkon B 7/B
Seksyen 7, Shah Alam,Selangor.
Buka 12:30tgh - 10:00mlm (ISnin CUTI)
Hubungi :Encik Ubai: 019-2496054 / 0192346388 / 0175653556
Blog : http://meeketam.blogspot.com
Facebook : Mee Ketam Kuala Lumpur
P/s : Amcam, menggiurkan tak Mee Kari Ketam ni?