Showing posts with label alia haryanie. Show all posts
Showing posts with label alia haryanie. Show all posts

August 3, 2012

Luahan Hati Ibu Tunggal @ Alia Haryanie

Petang semalam saya terima mesej dari Alia Haryanie @ Ibu Tunggal yang menghidap penyakit saraf yang diceraikan oleh suami yang tidak berperikemanusian . Inilah ringkasan mesejnya :


"Encik Eyriqazz, boleh bantu saya? Akaun maybank saya tak boleh digunakan semula. Sekarang dah tukar account. No akaun lain sekarang. Yang dulu dah tak digunakan...


Serius, saya agak terkilan dengan tindakan Maybank. Baruje Ahad lepas, bersusah payah Alia Haryanie ke branch utk unblockkan accountnya, tak sampai seminggu di blok kan kembali. Saya terus tweetkan ke @MyMaybank :


Serius, saya terkilan dengan Maybank
Maybank, please read this entri : Di Sebalik Derita dari Alia Haryanie

Latest update dari pihak Maybank :

we're sympathetic to the situation, there are complexities here. BAFIA doesn't allow us to discuss in public. what we can say is that our branch team has met with the mother, and we're doing what we can do help."

Sebagai manusia biasa yang pernah kehilangan seorang ayah beberapa tahun lepas, mengajar saya betapa beratnya dugaan yang dialami oleh Alia Haryanie :


Bertarung nyawa disamping membesarkan sendiri anak-anak..

Saya balas mesejnya dan minta no. akaun  yang baru semoga dapat saya updatekan di blog. Saya tahu ramai yang prihatin dan masih mempunyai ehsan sesama manusia :


Yup, Ramai yang Prihatin..
Gambar dikongsikan di Facebook dikongsikan kembali Insan Prihatin

Jawapan balas dari Alia Haryanie :

"Terimakasih banyak-banyak. No. Akaun baru, 553104558862. Ada dua nama akaun ni. Nama saya Haryani Mat Hussin dan nama mak saya Asiah Bt Haron. Pegawai bank suruh letak dua nama, kalau ada apa saya tak perlu datang ke bank.

Mak saya juga uzur tapi saya bertambah uzur. Makin terlantar. Apa apa saya minta tolong mak yang uruskan walaupun mak sendiri bergantung dengan ubat dan kudrat kami  (Alia dan anak-anak). Mak saya mengalami penyakit anxiety disorder. Tidak boleh sebarang tekanan dari masalah. Dah hampir 3 tahun lebih, bergantung kepada ubat tidur. Ada masanya waktu siang pun perlu ambil ubat tidur. Tapi sejak kebelakangan ini, mak nampak lebih bangkit bila encik eyriqazz dan sahabat2 yang lain membantu. Selepas arwah ayah meninggal, satu persatu ujian yang datang. Tapi saya bersyukur sgt diatas segala bantuan dan jika terjadi apa-apa pun pada saya, ada jaminan untuk anak-anak saya meneruskan kehidupan tanpa saya. Hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan.

Menitik air mata saya bila membaca mesej dari Alia Haryanie. Teringat kat arwah ayah. Ketika susah, time sebegini kita tahu siapa rakan kita yang sebenar.

Tiada apa yang saya pinta, sama-samalah kita bantu. Hari ini hari dia, besok lusa,siapa yang menjangka. Sama-samalah kita membantu :


Maybank Acc No :553104558862)

(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Tidak dapat bantuan kewangan, sama-samalah membantu dengan sebarkan dan kongsikan entri ini. Semoga lebih ramai yang tampil. InsyaAllah, akan hadir lebih sinar buat Alia sempena Hari Raya yang semakin hampir menjelma.

July 27, 2012

Mesej dari Alia Haryanie

Terima komen dari pembaca di entri Ibu Tunggal Perlukan Bantuan 


salam,
saya dah cuba masukkan sedikit sumbangan ke akaun tersebut tapi unsuccessful - unauthorized account harap dpt diupdatekan jika ada no akaun yang berlainan"

Eyriqazz cuba hubungi Alia Haryanie di nombor telefon seperti di blognya Alia Haryanie .


A little bit about Alia Haryanie : Ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata yang diceraikan talak 3 oleh suami yang tidak berperikemanusiaan, menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome)- Read more Here

Inilah antara mesej dari Alia Haryanie, eyriqazz kongsikan di sini :

" Syukur Alhamdulillah. Terimakasih banyak2 kerana di atas keperihatinan dan sudi membantu saya dan anak-anak. Amat saya hargai setiap doa dan sokongan dan bantuan yang dihulurkan. Benar2 bersyukur kepada Allah kepada yang sudi mendoakan,membantu dan menolong. Semoga Allah menambahkan pahala ,rahmat dan keberkatan di bulan ramadan in. Saya tak tahu kenapa maybank block acc saya, untuk ke kaunter memang saya tidak mampu, kesihatan semakin lemah, jika tidak menyusahkan saya ada acc RHB , Acc No : RHB Acc No : 16213900067447"

Jawapan balas dari Twitter MyMaybank pula : 
maaf, undang2 negara AMLA. Untuk unblock acc itu, pemegang akaun perlu pergi ke cawangan dan buat permohonan. 

Alhamdulillah, ada rakan blogger yang prihatin yang sudi membantu Alia Haryanie utk ke cawangan Maybank untuk unblockkan akaun.


Sama-samalah kita membantu :

Maybank Acc No : 553104558862 
RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Lebih lanjut : http://aliaharyanie.blogspot.com                 



July 26, 2012

Ibu Tunggal Perlukan Bantuan

Serius, hampir menitik air mata bila membaca entri INI dari rakan blogger. Eyriqazz terjahi blog pemilik Ibu Tunggal @ Alia Haryanie yang kini bertarung nyawa,sakit dan perasaan di hospital. Sempatla eyriqazz singgahi beberapa entri darinya. Memang menyayat hati especially di bulan ramadhan ini :


A little bit about Alia Haryanie : Ibu tunggal kepada 3 orang cahaya mata yang diceraikan talak 3 oleh suami yang tidak berperikemanusiaan,dan kini menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome) - Read more Here



Syahdu bila melihat gambar ini. Di kala kesakitan, anak tetap di fikiran

Si Anak Makan Bubur dengan tangan di Wad HUSM 
Derita Si Ibu , Kesihatan yang semakin Serius dan sumber kewangan yang terhad
Di Hospital kerajaan, faham-faham macam mana dugaan yang perlu ditanggung

Marilah sama-sama kita membantu. Tak dapat banyak, sedikit pun jadi. Jika tidak mampu dengan wang ringgit, sebar-sebarkan kepada yang membaca. Bantuan kewangan bolehla terus sumbangkan kepada Alia Haryanie  di :

Maybank Acc No :553104558862)
(Akaun bersama dengan Ibunya, Asiah bt Haron)

RHB Acc No : 16213900067447
Nama : Haryani Binti Mat Hussin

Lebih lanjut : http://aliaharyanie.blogspot.com

 
Hari ini hari dia, entah esok lusa, hari kita. Roda tidak selalunya berada di atas. InsyaAllah, berkat sama-sama menolong, di ringankan beban buat Haryani....Sama-sama kita doakan dan berikan bantuan sedaya mungkin...


UPDATED 27 July 2012 - Akaun maybank Masih lagi di block pihak Maybank, tapi akaun RHB rasanya masih OK. Ucapan terimakasih dan mesej dari Alia Haryani bolehla baca di SINI
Related Posts with Thumbnails