Showing posts with label anti virus. Show all posts
Showing posts with label anti virus. Show all posts

February 19, 2012

Kenapa Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Lebih Mahal?

Semalam, sempatlah singgahi MidValley dan terjahi sekejap IT Fair. Antara penganjur utamanya adalah Kaspersky, antara pengeluar anti virus terkemuka di dunia. Mencari Anti virus terbaik, sempatla tengok harga yang ditawarkan oleh wakil syarikat kaspersky di IT Fair itu :



Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Midvalley, 17-19 Februari 2012

Saya ambil satu contoh, Kaspersky Internet Security 2012 untuk 3 users harga asal RM165, special price, RM120. Umm, wondering coz masa saya tinjau harga di Lowyat, ianya sekitar RM100 je untuk produk yang sama.

Surfing online, jumpalah website ini : Kedai Kaspersky Online

Kaspersky Internet Security 2012 (KIS 2012)
Licence : 1 Year
1 user : RM20
3 user : RM40

Fuhh, RM40 je? Lebih kurang diskaun 66.6% dari harga yang ditawarkan di IT Fair.

Umm, wondering, kenapa Kenapa Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Lebih Mahal? Sepatutnya lebih murah la kan coz target customer lebih tinggi?

February 18, 2012

Anti Virus Terbaik


Sudah 2 tahun berturut-turut saya menggunakan Kasperky untuk Anti virus saya. Kaspersky Internet Security 2010 dan Kasperky Internet Security 2011 . Testimoni dan pengalaman saya, anti virus jenama ini agak bagus cuma agak kurang boleh tahan kerana agak lama untuk Scan keseluruhan komputer. Mostly mengambil masa berjam-jam.

Jadi, di sini, ingin meminta pandangan readers, Apakah Anti virus yang terbaik di luar sana? Yang agak pantas dan secure.Kasperky 2011 saya dah nak expired beberapa hari lagi, jadi bercadang untuk beli Anti Virus yang baru, mungkin Kaspersky juga, mungkin tidak...

Apa pandangan anda? Apakah Anti Virus yang terbaik yang boleh dicadangkan?Any tempat yang boleh beli dengan lebih murah selain dari Lowyat?

November 2, 2009

Kaspersky Internet Security 2010

Minggu lepas aku baruje beli :


Kaspersky Internet Security 2010 (Anti Virus)


Dah beli,terusje Install dan Scan.Sekejap je(tak sampai sejam),bila dah scan,fuhh,terkejut juga dengan resultnya :


Banyaknya Virus dan Trojan!!!


Jadi, disini ingin ku kongsi sedikit sebanyak ''feedback'' berkaitan Kaspersky Internet Security 2010 ni :

1)Harga di kotak RM159.Tapi,kalau nak murah boleh beli di Lowyat(di sini mmg famous brg-brg komputer).Hanya RM98.Boleh digunakan untuk 3 komputer selama 1 tahun,jadi satu komputer hanya RM33 sahaja.

2)Kasperky ni mmg user friendly,senang nak install,cepat nak scan,dah senang nak update melalui Internet.Saya dah pernah pakai Mcafee,Norton , dan juga NVIDIA (free version).Rasanya,Kaspersky antara yang terbaik.Mudah digunakan dan virus updated yang terkini.Jadi,kurangla risau pasal virus-virus ni.

3)Harganya berpatutan.Walaupun untuk setahun dan selepas itu kena beli yg baru/update bayar melalui internet,ianya memang berbaloi.Kalau PC rosak hantar repair pun,kurang-kurang RM50.Lagi satu,tak perlula kita risau pasal virus dan banyak data-data dalam komputer kita.

Jadi,keseluruhannya,apa yang dapat kukatakan:

Rating :9/10
Recommended? :Highly Recommended
Value to Buy :Yup,berbaloi-baloi

Any feedback dari sesiapa yg pernah atau menggunakan Anti Virus Kaspersky?Atau Anti Virus lain?

P/s : Mencegah lebih baik daripada mengubati,jadi kepada sesiapa yang tiada anti virus cepat-cepatla beli.Banyak jenama yang bagus di pasaran.Jangan sampai nanti Sudah Terhantuk, baru Tergadah.Fikir-fikirkanlah.
Related Posts with Thumbnails