February 19, 2012

Kenapa Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Lebih Mahal?

Semalam, sempatlah singgahi MidValley dan terjahi sekejap IT Fair. Antara penganjur utamanya adalah Kaspersky, antara pengeluar anti virus terkemuka di dunia. Mencari Anti virus terbaik, sempatla tengok harga yang ditawarkan oleh wakil syarikat kaspersky di IT Fair itu :



Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Midvalley, 17-19 Februari 2012

Saya ambil satu contoh, Kaspersky Internet Security 2012 untuk 3 users harga asal RM165, special price, RM120. Umm, wondering coz masa saya tinjau harga di Lowyat, ianya sekitar RM100 je untuk produk yang sama.

Surfing online, jumpalah website ini : Kedai Kaspersky Online

Kaspersky Internet Security 2012 (KIS 2012)
Licence : 1 Year
1 user : RM20
3 user : RM40

Fuhh, RM40 je? Lebih kurang diskaun 66.6% dari harga yang ditawarkan di IT Fair.

Umm, wondering, kenapa Kenapa Harga Anti Virus Kaspersky di IT Fair Lebih Mahal? Sepatutnya lebih murah la kan coz target customer lebih tinggi?

16 comments:

  1. Murah tapi tak murah sebenarnya .. =(

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  2. Betul tu.Hari tu pegi Low Yat RM 90 aje.

    ReplyDelete
  3. aik.. nape makin mahal plak? macam2

    ReplyDelete
    Replies
    1. bayar sewa tapak mahal kot cik nurul...

      Delete
  4. aik, kehairanan gak di situ.. patut IT Fair la murah.. pelik2

    ReplyDelete
  5. Ko kene check coverage antivirus tuh bro...xsame kengkadang.

    ReplyDelete
  6. murahnya...tq bg info kedai online yg jual murah

    ReplyDelete
  7. mahalnyaa.. baik beli online RM40 jer.........



    Sumijelly.com

    ReplyDelete
  8. yang online tu takde cd kan? just bagi code eh...?
    ermmm.. mahal gak yang kat IT fair nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la kot..tak pernah beli lagi..baru nak beli....hik3,mahal bayar tapak bro..midvalley tu..at least riban2 gak tu bayar tapak saje...blom masuk tapak nak letak kereta ferrari lagi tu...

      Delete
  9. kalau bro nak beli murah kena pergi hari terakhir. mereka akan lelong dan bro boleh mintak berapa harga pun. kat lawyat mereka nak jual saja tak untung banyak kerana kosnya bawah seratus ringgit. Jikalau mereka membeli dalam kuantiti stok maka mereka akan mendapat lebih murah. tetapi harga jual terpulang kepada penjual. jadilah pengguna bijak dengan menggunakan kuasa bargaining (tawar menawar) anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh,terimakasih bro atas cadangan..tuhla, kena pandai membeli juga kan?

      Delete
  10. hurmm.... lepas nie mesti ramai yang akan beli online punya offer tu kan... ;-p

    ReplyDelete
  11. Ini pendapat aku: Harga yang dijual waktu tu antara RM120 hingga RM90 mungkin sebab harga untuk starter pack dan bergantung kepada harga dari pembekal. Mana kan tidak, nak cetak manual, kotak, CD dan kad activation guna kos jugak. Kalau yang harga below RM50 tu sebab diorang ni jual activation key jer. Pasal tu murah. Activation key ni hantar guna email. Installer antivirus tu download dari internet jer.

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails