Showing posts with label berkongsi pendapat. Show all posts
Showing posts with label berkongsi pendapat. Show all posts

July 29, 2010

Betulke Nuffnang Racist???

Salam Dari Eyriqazz,


Betulke
Nuffnang Racist?

Sebelum saya memulakan kata saya , firstly saya ingin memohon maaf awal-awal andai apa yang bakal saya katakan di sini bakal mengguris hati sesetengah pihak. Saya sekadar ingin meluahkan apa yang terbuku di hati berdasarkan pengalaman saya sendiri. Dalam melontarkan pendapat, tiada right or no answer, tepuk dada tanya selera.

Entry Saudara Syahirul yang bertajuk Tiada Lagi Nuffnang Dalam Blog Ini dan Redmummy :  Nuffnang is Racist??? dirujuk. Entry Syafirul indirectly mempersoalkan kemenangan "Asyik-Asyik Bangsa Cina" yang menang Contest Nuffnang dan saya merasakan komen-komen diberikan agak Racist juga.

Actually, dari malam Selasa lagi saya sudah mendapat mesej dari seorang blogger popular untuk komen pasal entry ini keesokan harinya (Rabu). Keesokan harinya bila membaca entry itu dan kesemua komen yang diberikan, saya terlintas untuk memberikan pandangan kerana Link URL blog saya turut berada di situ dan saya "terasa Cili Pedasnya" dari komen-komen yang diberikan di situ". Saya salah seorang Blogger Melayu yang pernah memenangi Hadiah Utama Blogging Contest dari Nuffnang dengan Entry saya yang bertajuk : Astro Byond Bloggers Night

Betulke Nuffnang Racist dalam Memilih Pemenang Contest? Saya blogger baru dan baruje bersama Nuffnang kurang dari setahun. Namun, saya akan cuba kongsikan pendapat dan pengalaman saya berkenaan Contest ini. Saya salah seorang blogger Melayu yang berjaya memenangi A few blogging Contest dari Nuffnang. 

Contest Pertama Yang Saya Menangi bersama Nuffnang adalah Semasa Project Alpha Blogging Contest Season 1 , saya mendapat tempat ketiga di minggu ketiga dengan entry : The Reddish Redmummy pada Oktober 2009 semasa saya baru 2 bulan bersama Nuffnang. Adakah saya dipilih kerana saya suka Bodek Nuffnang time tu? Ataupun mungkinkah kerana muka saya ada Chinese Look? Tidak rasanya.

Saya ni memang sukakan Contest, menang atau kalah belakang kira.Beberapa Contest yang Nuffnang anjurkan saya memenangi a few of it terutamanya Consolidation Prize seperti Pimp My Broadband dari Digi, Samsung Corby Carnival, Love World Love Sloggi, dan Daily Prize Winner Project Alpha Season 2. 

Honesty, sayapun ada perasan, banyak Contest besar yang dianjurkan Nuffnang dimenangi Oleh Bloggers berbangsa Cina especially The Eggyolks | The King Of Contest . Namun, bila diperhatikan kembali memang entry yang dimenangi oleh mereka selayaknya untuk menang. Ramai lagi bloggers Chinese yang hebat dalam Contest ni seperti tallboyz, Dylan Zd dan ramai lagi. Entry yang mereka hasilkan sememangnya layak untuk menang, berkualiti, lain dari yang lain dan kreatif sangat. Memang tidak mampu untuk saya menandinginya.

Pengalaman saya ketika memenangi Contest dari Astro B.yond saya memberanikan diri menanyakan wakil dari Astro, siapakah yang memilih pemenang? Mereka mengatakan mereka yang memilihnya .Nuffnang hanya shortlisted bakal pemenang yang berpotensi namun Final Say di tangan mereka.

Nuffnang bukannya seperti kerajaan yang mengamalkan NEP. Takkan la setiap Contest kena ada pemenang dari Chinese, Malay, dan India? Kreativiti yang dinilai dalam menentukan pemenang. Saya akui saya pun frust bila tidak menang Contest yang saya sertai especially My Water Moments kerana sayapun memang teringin untuk memiliki kamera itu, kamera saya dah rosak dan terpaksa meminjam kamera pink isteri. Apapun, the best entry Win rite?

Tertarik juga dengan salah satu Komen di sana:
Sampaikan Isu bodek membodek pun timbul dan entry-entry seperti I Love Nuffnang  pun turut ditimbulkan di komen entry itu. Saya salah seorang yang buat entry itu dan entry itu dibuat atas pengalaman saya hampir setahun bersama Nuffnang. Nak bodek Nuffnang?. Namun, Come on la kawan, Nuffnang tu tak bodoh dan tahu menilai, most of pekerjanya adalah lepasan Universiti Luar negara yang tahu membezakan yang mana satu berlian, yang mana satu kaca. Takkan la dengan entry bodek-bodek ni terus dia tertarik hati. Banyak lagi faktor lain yang mereka pertimbangkan untuk menjadikan anda blogger kegemaran mereka, part tu kenalah tanya yang lebih berpengalaman, saya hanyalah blogger Cap Ikan Ayam Goreng.

Saya salah seorang bloggers yang turut merasai dan menikmati hampir kesemua yang ditawarkan Nuffnang. Hadiah Contest, Advertorial, Income, Guest Blogger Nuffnang Sharing Session, Coffee With Nuffies, Movie Screening, Event dan sebagainya but I work hard for that. I show my commitment and I did my best for that. Layak atau tidak bukan saya yang menentukannya.

Banyak ke Income saya buat dengan Nuffnang. Ok, untuk entry kali ini, biarlah saya berterus terang. Ramai yang cakap I make Thousand of ringgit every month with Nuffnang. I don't make much money with Nuffnang but I am Happy with It. Inilah buktinya :



RM156.73 untuk Bulan July 2010

Tentu ramai yang buat Income lagi banyak dari sayakan? Yes, dulu masa mula-mula, memang saya berblog for money tapi selepas up and down dan juga belajar dari kesilapan sendiri dan bloggers di luar sana, saya sudah tidak hiraukan sangat pasal Income ni. As a bonus, yess, siapa yang tak suka duit kan?  As the word say " Making Blog Advertisiing Fun...For Everyone".

Yes, i am having fun with Nuffnang. Saya berkesempatan berjumpa dan berborak dengan ramai staff Nuffnang dan saya akui mereka memang mesra dan Sixth Sense/naluri hati  saya mengatakan mereka tidak Racist. Senangke nak tengok CO-Founder @ Timothy yang sanggup turun padang bersama-sama bloggers yang lain? Kalau nak bergambar dengan dia pun pernah ke dia menolak? Setakat ini tidak lagi rasanya. 

Begitu juga dengan Nuffies yang lain seperti Robb, Nicholas, Xin Xian @ Fresh, Michelle, Rina, Sara, dan ramai lagi. Walaupun mostly pekerja mereka Chinese, mereka mudah diajak berbual. Any blogging Advertising Company yang lain yang sanggup turut padang berjumpa bloggers? I can say, tiada kot. Kalau ada pun berjumpa yang popular saja. 

Oh, sorry,saya taknak sentuh pasal Advertising Company coz apa yang dipilih tentu ada Pro n Cons nya, yang terbaik buat Kita, tidak semestinya terbaik buat orang lain kan? 

Samsung Corby Carnival misalnya, mengumpulkan bloggers berlainan bangsa dalam satu kumpulan dan bekerjasama untuk memenangi hadiah yang ditawarkan. Kalau Nuffnang, racist, kenapa tidak dibahagikan mengikut Kaum? Kenapa hadiah diberi juga kepada Melayu?

Sentuh soal Contest berbahasa Melayu dan Inggeris pula, keputusan di tangan Advertiser .Kalau Company besar-besar yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa utama seharian mereka di pejabat seperti Sony, Sloggi, dan Digi , agak-agaknya mana satu entry yang mereka lebih prefer? tentulah yang berbahasa Inggeris kan? Saya tengokpun ,tiada lagi pemenang yang memenangi hadiah utama dengan menulis dengan Bahasa Cina.Apapun, itu hanyala personal opinion, tak semestinya betul cuma bagi saya, pilihan yang dipilih berdasarkan kreativiti dan juga cara penyampaian kita. Faktor bahasa adalah faktor sampingan sahaja.

Saya sebenarnya tidak suka isu perkauman sebegini dibangkitkan. Sukar untuk membuat penilaian, samalah macam politik. Pusing kot mana pun, tentu yang akan ada berpihak kepada A, dan ada berpihak kat B. Cam kes saya , saya berpihak Kat Nuffnang. Saya pernah bekerja di bawah Both Company Malay and Chinese dan Nuffnang satu-satunya Company yang pernah saya jumpa yang betul-betul mengamalkan 1Malaysia dan tidak racist dalam membuat keputusan.

Kalau Isu Advertorial dan Ads tu, susahla saya nak komen namun saya tengok ramai je bloggers melayu yang dapat. Rapat dengan mereka? Yerlah, kalau dia nak kasi sesuatu Advertorial pun, dia mestilah mengenali bloggers tu terlebih dahulukan? Takkan main serkap jarang, faktor seperti reputasi dan nama baik perlu dititikberatkan juga. Nak bekerja pun ,kenalah cari yang selesa bekerja kan? Kalau hits berpuluh-puluh ribu pun ,tapi banyak songel, nak ker Nuffnang ambil nak kasi Advertorial? 

Saya percaya, rezeki itu di tangan Tuhan. Kemana pun kita pergi tidak kiralah Nuffnang mahupun Advertiser yang lain , tentu akan ada Pro and Cons nya. Ambil yang jernih buang yang keruh. Tak salah untuk berkongsi informasi dan meluahkan perasaan namun gunakanlah platform yang betul, ada helpdesk, ada Coffee With Nuffies, boleh call dan kalau nak cepat, pergije serbu Ofis Nuffnang. Mungkin Robb dan Fresh akan layan korang. Biasanya dia layanje walaupun kerja bertimbun nak disiapkan (pengalaman masa ambil hadiah Contest)

At least ,apa yang saya nampak dan perhatikan :

1) Nuffnang tak pilih siapa korang - Hits satu sehari pun dah boleh berada di bawah Nuffnang. Apa pula respons anda jika tetiba Nuffnang cakap, kami nak bloggers yang ada hits at least 500 sehari?

2) Movie Screening, event, Advertorial ramaije melayu yang dapat. Dulu saya pun ingat Nuffnang pilih kasih masa Movie Screening.First Movie Screening saya dok depan sekali, macam leher zirafah saya dibuatnya. Memanglah, datang lambat, dapat la tiket tak best. Kali-kali seterusnya, Seat okje dapat, tapi dengan syarat datang awal la.

3) Entry pemenang layak dan memang layak menjadi pemenang. Kalau nak pertikaikan cuba lah hantar entry-entry tersebut ke wartawan or sesiapa yang pernah jadi juri, tentu itu yang dipilih juga.

4) Nuffnang cuba dan mengambil inisiatif untuk mengeratkan hubungan sesama bloggers tidak kiralah apa bangsa dengan Event yang diadakan, sharing session, dan juga Coffee with Nuffies. 

5) Nuffnang akan menjawab segala persoalan yang ditanyakan, reportje Kat Helpdesk, within 48 hours Xin Xian @ Robb Chew akan membalas sepantas kilat. Kalau di Coffee With Nuffies mahupun Nuffnang Sharing Session, tanyalah apa saja, jawapan akan diberikan tanpa berselindung.

6) Nuffnang menemukan saya dengan ramai personaliti bloggers yang menarik dan best berkawan seperti Melromeo, Kak Ina KL, Bean Moreno, Daydeck, Sumijelly, Aie Darkbatman,Mat Joe, Tian Chad, Mohd Zaid,HanaLovenest,Blogjoging,Aina,Eyka, LuckyStrike, Kenwooi (di alam maya) dan ramai lagi.

Apapun, Isu Contest ini dah lama timbul rasanya. Sebab itu saya sendiri pernah rekomenkan/kasi pendapat kat Robb supaya hadiah lebih banyak diberikan jadi lebih ramai yang boleh menang seperti Contest Love World Love Sloggi dan Pimp My Broadband Contest, namun keputusan berada di tangan Advertiser kerana merekalah yang sponsorkan hadiah.

Berpijaklah di bumi yang nyata. Life Ain't That Serious . We are people, not a program or deviced. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia. Normal la dalam kehidupan, sometimes we feel that Life is Not Fair and We have been treated Badly.

 Manusia tidak lari dari membuat kesilapan, Nuffnang pun adalah dari beberapa orang yang membentuk organisasi. Salah dan silap itu perkara normal namun saya memang nampak mereka cuba yang terbaik untuk memuaskan hati bloggers sebaik mungkin. 80 Ribu bloggers yang bernaung di bawah mereka dengan Staff kurang dari 30 orang bukannya satu tugas yang mudah. Tentu akan ada yang tersentuh hati, makan hati, dan merajuk hati. 

Pandangan ini hanyalah berdasarkan pengalaman saya hampir setahun bersama Nuffnang dan saya tidak kata saya ini betul. Saya pun masih baru, memang salah silap tu tidak dapat dielakkan. Tunjuk ajar dari bloggers berpengalaman di luar saya , kami sebagai bloggers baru amatlah menghargainya. Bak kata Wonder Pets, Apa yang Penting, " Kerjasama".

Dari berblogging saya mengenali ramai personaliti bloggers berlainan bangsa yang begitu saya kagumi seperti Kenwooi, Tianchad, Lucky Strike, SixthSeal, TheEggYolks, dan ramai lagi.

We live in the Community.Try to Respect Others dan cuba untuk tidak menimbulkan isu perkauman. Bila isu perkauman ditimbulkan dan dilawan, bagaikan api dengan minyak.Makin dilawan, makin maraklah apinya namun akhirnya Dua-dua akan kalah, satu jadi arang, satu jadi abu.

Tepuk dada, tanya selera. Sekali lagi, saya memohon maaf andai apa yang saya lontarkan menyinggung perasaan sesetengah pihak. Setiap orang berhak meluahkan pandangan dan gunakan platform yang ada sebaik mungkin. Hidup ini hanyalah sementara, bak kata orang, berkawan biar Seribu, musuh dicari jangan.Namun, dalam berblogging ini, perkara sebegini memang tidak dapat dielakkan, ketidakpuashatian akan sentiasa berlaku.

Nuffnang Racist saya tidak setujui
Pandangan Saya sebagai Blogger baru di dunia blogging ini
Bukan mencari publisiti ataupun cuba membodek Nuffnang lagi
Hanya Berkongsi pendapat dan pandangan hati

Salah silap harap maafi
Saya sedar diri ini
Blogger Picisan menumpang lalu disini
Tegur-teguri saya terima , saya bukakan hati

Apapun, saya berfikiran positif. Buat saudara Syahirul, no hard feeling, blog anda tetap saya sukai walau apapun yang anda katakan dan dengan Advertising mana anda bernaung. I look on Positive side, samalah juga dengan semua pengomen yang lain di entry itu juga.

Bila dilihatkan pada manusia, kadang-kadang kita mudah menilai sedikit keburukan jika dibandingkan dengan banyak kebaikan? . Itulah pandangan saya pada bloggers di Malaysia ini dan juga Nuffnang. Look On Positive Side, Get the right Platform untuk meningkatkan prestasi dan mengomen, dan berpijak di bumi yang nyata. 

A well Written entry dari blogger yang dari dulu saya kagumi,  Fazreen :  Tak Puas Hati dengan Nuffnang? 

Oh, saya tidak mahu mengomen entry itu atau membuat any judgement , anda sendirilah yang menilainya but I Love the WAY dia olahkan point-point entrynya especially this Statement :." Dorang ni banyak yang silent blogger ja. Banyak buat duit daripada d0k bising sana sini. Aku bukan nak back up blogger bangsa lain..aku bukan nk jadi racist tapi aku melayu..aku malu tengok melayu cuma banyak bercakap tapi habuk pun tak dak. Menyalak macam anjing.."

Salute the way u olah ur entry Fazreen, no wonder BeautifulNara pun mengkagumi penulisanmu. 

P/s : Maaf lagi dari Saya. Apa yang buruk itu datangnya dari Saya. I am human being, tak lari dari buat silap juga . Kalau isu sebegini berterusan, mungkin suatu hari nanti sayapun mungkin akan mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia blogging ini. I don't Like Politics and I don't Like Isu-Isu Perkauman .

June 23, 2010

The Return of Sang Anonymous

Salam dari Eyriqazz,
Terima Kasih Sang Anonymous

Entry Terimakasih Anonymous |Most Malay Blogger Sucks??? Dirujuk. Kali ini, terima komen dari Anonymous lagi. Bukan di komen tapi di chatbox pula, inilah yang dikatakannya :


22 Jun 10, 11:28 PM


somebody: i dont understand y this person have so many followers. this blog isn't good or fun at all.

Terima Kasih atas komen membina. Saya sedar siapa diri saya.Saya aktif berblog pun  belum sampai setahun dan Blog Cap Ikan Ayam ini masih banyak yang perlu diperbaiki.

Sebut pasal followers pula, saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk follow blog ini. Terpulang kepada mereka. Bagus atau menarik adalah perkara yang subjektif bagi saya. Bagus bagi person A, mungkin kurang bagus bagi person B dan hampeh giler bagi person C. Jadi, tepuk dada, Tanya selera.

Saya ambil sedikit ayat dari entry JAdi Follower Untuk Apa? Dari saudara Melromeo.

- Follower yang mengikut kamus diri aku..Follower bermaksud mengikut blog ini untuk mengetahui perkembangan blog yang telah diikuti..

Selebihnya bolehla baca di entry di atas.

Bagi saya, saya berterimakasih kepada semua followers. Adakah dengan followers yang ramai menunjukkan entry kita itu best? Jawapan terpulang kepada individu masing-masing. Mungkin ya, mungkin tidak.

Followers itu hanya pada nombor, ada blog yang followers kurang 500 tapi hits beribu-ribu. Ada blog pula langsung takde letak follower tapi masih meletup dan hits mengancam. Ada pula, langsung kita tak kenal siapa penulisnya, tapi memang menarik dan singgah hari-hari.

Jadi, terpulang kepada masing-masing. For myself, masih banyak yang perlu diperbaiki. Motif utama saya berblog adalah untuk keluarga, mencari rakan, berkongsi pengalaman dan pandangan sambil-sambil tu dapatkan Side Income , Alhamdulillah, semakin ke arah yang positif.

Ada Apa dengan followers? Menarik ke blog saya? Itu anda sendiri la yang menentukannya. Apapun, saya hargai komen dari Anonymous ini, setiap orang ada pandangan mereka sendiri bak kata Hellioz, “Its my perspective. Whats yours?” . Hentaman dan kritikan adalah perkara normal dalam berblog, Cuma cara kita ‘handle’ nya yang akan membezakan antara satu sama lain.

Terimakasih Sekali lagi dari Anonymous dari Saya
Komen Anda saya terima
Untuk memperperbaiki Blog Cap Ikan Ayam yang tidak seberapa
Ada masa, singgahla lagi ya?

P/s : . This blog isn't good or fun at all? What is your view pula ? Ingin juga saya mendengarnya.Even komen yang diberikan negative, I won’t take it personally. It will help me to improve my blog.

P/s/s : Best juga bila Anonymous menyinggah. Teruja hati ini. Singgah-singgah la lagi ya?

April 14, 2010

Marahkan Nyamuk Kelambu Dibakar

Marahkan NyamuK KeLambu Dibakar
Membuat masalah yang lebih besar hanya disebabkan perkara remeh itulah maksud/maknanya
Perkara yang kecil diperbesar-besar
Tersilap langkah buruk padahnya

Manusia tidak dapat lari daripada emosi termasuklah diri sendiri. Bila emosi menghantui diri, kadang-kadang perkara yang tidak diingini terjadi. Contohnya, masalah di pejabat dan marahkan rakan sekerja, sampai di rumah bawa ke rumah dan Isteri tersilap sikit mulalah melenting. Marahkan orang lain isteri  menjadi mangsa keadaan. Marahkan layanan jururawat di hospital, doktor pula yang menjadi sasarannya.

Sedang belajar untuk mengawal emosi. Terus terang saya katakan , bukan perkara mudah untuk melakukannya . Jadi, berhati-hati dalam melakukan sesuatu.

Oh ya, hebat juga penangan si nyamuk ini. Kecil-kecil berbisa dan boleh membunuh. Denggi pun salah satu pembunuh berisiko tinggi di negara ini. Balik kerja 2 tiga hari ni, hari-hari pekerja sembur gas asap untuk menghalau/membunuh nyamuk. Apa kaitan dengan bakar kelambu pula? Hak3, inilah penangan bila menulis entry dah hampir pukul 1 pagi.

Wahai Si Nyamuk Gigitanmu Berbisa
Bisa Gigitanmu penyakit berleluasa
Terlajak perahu boleh diundur dan buat dek saja
Terlajak kata buruk padahnya (fikir-fikirkan lah)

P/s : Hargai orang tersayang. Don't take it as granted.

P/s/s : Love u Wifey, U r the best wife I ever dream/wish for.

P/s/s/s : Any tips untuk mengawal emosi dan mengelakkan kelambu dibakar dek nyamuk durjana? Jom kongsi-kongsi sekali.
Related Posts with Thumbnails