Showing posts with label bestke slurpee. Show all posts
Showing posts with label bestke slurpee. Show all posts

April 15, 2010

Panggilan Telefon Dari Nuffnang

Salam dari Eyriqazz,

Tengah hari tadi (Rabu,14 April 2010) , tengah seronok layan jiwang dan urusan di Pejabat Pos, tiba-tiba telefon ku berdering. Ohh, siapakah yang telefon aku time lunch hour sebegini? Dushh, bila tengok di skrin telefon , agak terkejut, kerana ianya adalah :

Panggilan Telefon DaRi Nuffnang

Teruja juga aku, dah lama tak terima panggilan daripada Nuffnang ni. Masatu bermacam-macam yang bermain di fikiran ; Menang Contest ke?, Nak Offer Advertorial Nuffnang ke? Nak ajak aku pi Join Event ke? Yerlah, biasanya kalau Nuffnang call aku ni, semuanya mengujakan. Tuh yang teruja lebih tu.

So, Inilah lebih kurang perbualan kami  (Psst, Ini bukan Entry Hangit ya)

Wakil Nuffnang : Hello, May I Speak to Eyriqazz?
Eyriqazz : Speaking
Wakil Nuffnang : I wanna invite you to....

Fuhh, Invite aku? Bestni kalau Nuffnang yang INVITE . Hak3, gopoh punya pasal , sebenarnya Nuffnang ajak aku join :



Teringat pula pengalaman dan entry SLURPEElicious Moments with 7 Eleven dan SLURPEElicious Moments with 7 Eleven (Part 2) . Kata wakil Nuffnangtu, sudah ramai Nuffnangers yang menang Contest ini. Mungkin namaku sudah ada dalam senarai yang suka join Contest yang dianjurkan bersama oleh Nuffnang, sebabtu dia Call kot.

 Bukan taknak join, tapi bak2 video ni aku fail skit. Kurang pandai dan susahla nak jadi pelakon, cameraman, dan juga director.Ada sesiapa berminat, jom kita buat sama-sama dan kalau menang kita kongsi-kongsilah. Apa kata kita pilih tajuk ni " Bloggers Terlampau Ditangkap Basah Bersama Slurpee''. Amcam, mengancam tak tajuk tu?

Tapi, betulla, salah seorang Nuffnangers yang join dah telah menang adalah Tianchad.com .Mamat ni memang kreatif, selalu join  event Nufnang dan dah dapat beberapa Advertorial daripada Nuffnang. Jom kita tengok entry kemenangannya :

Kreatif dan Lawak kan ? No wonder dia menang, Congratz again Tianchad

Jadi, apa tunggu lagi? Kalau berminat joinla dan kasitau video anda, boleh eyriqazz votekan sekali. Tarikh tutupnya 18 April 2010. Masih sempat lagi ni.

Apapun, thanks sekali lagi Nuffnang kerana mengingatiku dan telefonku. Ini yang membuatkan aku makin sayang kat Nuffnang. Sekali lagi, aku nak ucapkan, I Love Nuffnang

P/s : Masih ternanti keputusan Berita Gembira Yang Dinanti-Nanti , aku masih belum berputus asa dan menaruh harapan. Namun, andainya tiada rezekiku, aku menerima. Mungiin di lain masa.

P/s/s : Korang suka tak Slurpee?
Related Posts with Thumbnails