Showing posts with label gsc 100plus treasure hunt. Show all posts
Showing posts with label gsc 100plus treasure hunt. Show all posts
October 3, 2010
October 2, 2010
Rezeki Treasure Hunt | Almost RM1K Hadiah Dimenangi
Fuhh,penat,baruje balik dari treasure hunt tapi it was worth it. Kami memenangi tempat ke 6 under media Kategori (under Nuffnang) . Alhamdulillah, semakin murah rezeki berblogging ini. This time all of us won :
Nestle Hampers
Plus I Won Myself Lucky Draw Hadiah barangan Sunsilk (gembiranya isteri)
I Will update the full details later. Too tired now bertreasure hunt. Penat tapi best dan mengujakan.The best part is almost all of us are newbie di treasure hunt but under media category we manage to beat Harian Metro dan Sin Chew. Syabas G+. Thanks Nuffnang for choosing us to participate under Nuffnang flag. Kepenatan yang berbaloi-baloi, hadiah almost RM1K satu kereta menjadi milik kami.
P/s : Eyriqazz tak tamak dan makan sorang, so, kalau mahukan hadiah dari eyriqazz, bolehla mencuba Rezeki Berblogging Untuk Dikongsi
September 24, 2010
G+ Menyahut Cabaran GSC 100Plus Treasure Hunt
G+ nama kumpulan kami
Menyahut Cabaran GSC 100Plus Treasure Hunt sudah semesti
2 Oktober 2010 Acara ini bakal kami sertai
Sungguh teruja hati, tak sabar-sabar menanti
Kami sudah tidak sabar untuk menyertai treasure hunt ini. Pasukan kami akan disertai oleh saya, TianChad ,Suresh, dan juga Ruby . Terimakasih Nuffnang kerana memilih kami untuk menyertai Treasure Hunt ini "Under Media Category" di bawah flag Nuffnang. Love You Nuffnang.
Apakah Persiapan dan Strategi Kami?
As almost all of us are newbie dalam treasure hunt ini, kami akan cuba buat yang terbaik . Pengalaman sebegini bukannya senang di carikan? Sayapun baru sekali pergi Treasure Hunt tahun lepas , itupun masih blur-blur lagi untuk mencari jawapan. Terimakasih buat Ruby kerana telah mempersiapkan semua barang yang diperlukan untuk dibawa ketika briefing pada 25 hb nanti di One Utama dan juga both Ruby dan Suresh kerana pergi briefing nanti. Maafkan kami kerana tidak dapat join sekali kerana both saya dan Tian Chad akan menyertai MySelangorStory Competition , yiezaaa, Cuti-Cuti Selangor.
Antara strategi dan persiapan diri,saya turut baca tips-tips yang diberikan [ Tips Dari website GSC ] .Masih cuba memahamkan diri dengan Istilah The Tulips, Navigation Language, Anagram, Cryptogram, Hidden Word dan macam-macam lagi. Wish us luck ya?
Apapun, kami memegang amanah yang diberikan, akan cuba yang terbaik . Lagipun , hadiah yang ditawarkan sememangnya lumayan dan menggoda hati. Semoga Kami berjaya .
P/s : Any tips untuk treasure hunt ini atau website yang kasi tips on treasure hunt? Bolehla tambah persiapkan diri.
August 30, 2010
Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt GSC 100Plus 2010
Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure GSC 100Plus 2010
Berita baik buat penggemar Pentandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt. Golden Screen Cinema (GSC) dengan penaja bersama 100Plus akan menganjurkan Pertandingan Berkereta Mencari Harta Karun pada 2 Oktober 2010 (hari Sabtu) yang akan bermula dari One Utama ke Putrajaya bagi mengumpul dana untuk Hospis Malaysia .
Inilah serba sedikit berkenaan Event yang menarik ini :
1) Objektif - Objektif utama adalah untuk mengumpulkan dana bagi Hospis Malaysia, sebuah organisasi yang menawarkan penjagaan Paliatif ( melegakan atau meringankan penyakit tetapi tidak menyembuhkan seperti kanser, AIDS, penyakit motor neuron dan sebagainya) dan juga menunaikan tanggungjawab sosial korporat.
2) Cara Untuk Menyertai dan Syarat Pertandingan - Mudah saja, bolehla refer gambar dan juga link di bawah ini :
Besarkan Gambar untuk lebih lanjut atau refer Entry INI
Antara hadiah menarik yang menanti antaranya tiket percutian, GSC VIP Pass, Nokia N97 handphone, Toshiba Netbook, Carrefour dan banyak lagi.
Cepat-cepat, penyertaan dibuka untuk 100 penyertaan terawal sahaja (first come first basic). Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini.
3) Hadiah Menarik Yang ditawarkan - Inilah hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM100,000 untuk dimenangi untuk 'Public Category' :
Menarik Bukan? Bolehla rujuk di sini juga : Hadiah Ditawarkan
Pengalaman saya menyertai Treasure Hunt dari Kuala Lumpur ke Terengganu tahun lepas begitu mengujakan dan kali ini saya pun tidak akan melepaskan peluang untuk menyertainya. Oh yess, I will join this Treasure Hunt too. Siapa team mate saya? Hik3, biarlah rahsia dahulu.
Pertandingan Cari Harta Karun GSC 100Plus mengujakan hati
Hadiah lumayan bakal menanti
Saya sudah pasti dan akan joini
Jom join sekali, barula lebih meriah nanti
Lebih lanjut pasal 'Pertandingan Cari Harta Karun/Treasure Hunt GSC 100Plus' ini, bolehla layari laman web ini : http://www.gsc.com.my/treasurehunt/event.html
P/s : Treasure Hunt berkereta memang best. Dapat memupuk semangat berpasukan, menimba ilmu, pengalaman yang mengujakan serta banyak lagi kelebihan lain. Jom kita sama-sama sertai, hanya 100 pasukan saja, jadi apa tunggu lagi ? Siapa cepat, dia dapat sertai.
Subscribe to:
Posts (Atom)




