Showing posts with label impian isteri. Show all posts
Showing posts with label impian isteri. Show all posts

July 21, 2011

HandBag Bonia|Hadiah Buat Isteri

Alhamdulillah, selepas beberapa kedai dan Supermarket diterjahi, jumpa juga handbag yang berkenan bagi Isteri. Pilihannya, Bonia. Maybe because of the quality and brand name. Takperlah, yang penting Isteri sukakannya :

Handbag Bonia, RM420 selepas 40% discount di Jusco Midvalley
Cantik tak? Umm,for me cantikla...Yang penting, dia sukakannya
Last year dah kasi Jam Tangan Bonia, tahun ni gembira dapat kasi handbag Bonia pula
Tertunailah Item No. 5 Impian Seorang Isteri 
*Tinggal item no. 6 yang belum ditunaikan lagi..InsyaAllah,akan ditunaikan

Buat Isteri tersayang, semoga pemberian hadiah-hadiah ini dapat menggembirakan hatimu. Yerla, I'm not a "Perfect Husband" , banyak kekurangan yang perlu diperbaiki , namun dimana part yang saya boleh lakukan yang terbaik,InsyaAllah i will do my best...

P/s : Bukan wang ringgit dan pemberian yang menentukan kebahagiaan rumah tangga. Money Can't buy happiness.Tapi tak salah spent money bila ianya boleh menggembirakan hati yang tersayang, tak gitu?

*** Tiada Hadiah Yang Mampu diberikan oleh Seorang Suami jika dibandingkan dengan Pengorbanan Seorang Isteri dalam sebuah rumahtangga. Hargailah Isteri anda, and Once in a while, Surprisekan Mereka. Woman Love Surprise, kan?

July 11, 2011

Perfume Lancome Miracle | Hadiah Buat Isteri

Alhamdulillah, tertunailah satu lagi Wish List Isteri :


Perfume Lancome Miracle, RM305, beli di Sogo 
Dapatla free gift. Set Penjagaan Badan

Juga voucher Sogo RM30. On the spot, register jadi Member Sogo. Hik4...
2 More to go...

Mungkin ada perkhabaran mengembirakan bulan ini. Namun, masih terlalu awal . Berdebar-debar jantung ini. Nak dapat durian runtuh lagi ke? Amin...Minta-minta dimurahkan rezeki.

Once again, thanks Nuffnang. Siapa kata berblog tak dapat menggembirakan hati yang tersayang?


March 31, 2011

Impian Seorang Isteri

Impian Seorang Isteri

Balik dari kerja, mandi , terjah lappy, ternampak Notes dari Isteri diselitkan dekat dengan Lappy. Hik3, tektik seorang Isteri. Impian Seorang Isteri. Umm, siap dengan harga lagi, almost RM2k juga tu.

InsyaAllah sayang, kalau ada rezeki lebih, abang tunaikan some of impian sayang. Tak dapat tunaikan semua, at least dapat tunaikan satu dua , better dari tidak kan? Lagipun Birthday Wifey dalam 3 bulan lebih je lagi. Kalau tidak gembirakan hati isteri, hati siapa lagi kan?

P/s : Oh, kenapa lain benor tulisan wifey dan saya? Betulla kata Dr. Fadzillah Kamsah, kita dijodohkan dengan orang yang agak berlainan dengan perangai kita. Hik3, tulisanku cakar ayam, tulisan Isteri cantik sesangat.
Related Posts with Thumbnails