Showing posts with label isu sosial. Show all posts
Showing posts with label isu sosial. Show all posts

February 20, 2012

Rakan SeOfis Kena Ragut

Rakan Seofis Kena Ragut -Gambar sekadar hiasan-

Memang terkejut mendengar perkhabaran di ofis pagi tadi. Rakan seofis, wanita, usia 20an kena ragut ketika dalam perjalanan dari Stesen Komuter ke tempat yang ingin ditujui. Lebih mengharukan lagi, dia kini dimasukkan ke hospital dan tengah dalam operation room. Khabarnya ada bahagian-bahagian yang patah. Tak pastila kena pukul, kena hertak or etc. 

Fuhh, makin berleluasa gejala ragut sekarang ni. Tak kira waktu dan tempat. Kebiasaannya wanitala. Haritu baru je terbawa di blog rakan blogger Kes Petang Tadi Peragut Ada di mana-mana . Tengah bawa kereta pun mahu dipecahkan cermin?

Buat wanita especially di luar sana , berhati-hatilah. Kalau boleh pergi kemana-mana tu, bawalah teman. Dan kalau terkena ragut tu, umm, janganlah melawan. Biarlah wang/harta diambil dari diri diapa-apakan seperti yang terjadi kepada rakan seofis eyriqazz. 

P/s : Semakin hari semakin kurang selamat. Adakah kerana semakin ramai yang terdesak atau terlampau banyak pendatang asing yang mencari wang dengan cara yang mudah?

August 23, 2010

Gelora Nafsu Gadis 12 Tahun


Umur baru saja 12 tahun tapi sudah pandai melakukan hubungan seks dengan lelaki lain. Darjah enam tu, ohh, itulah penangan Gelora Nafsu Gadis 12 Tahun. Semakin risau dalam membesarkan anak dengan pelbagai pengaruh dan anasir-anasir yang tidak sihat sekarang ini lebih-lebih lagi di KL ini. Oh, terasa mahu pindah ke Terengganu aje.

Ini kes bawah umur dan kes rogol ni. Saya tidak mahu mengulas lanjut , korang bacalah sendiri entry dari Harian Metro INI : Gadis sunti bermukah

P/s : Semakin risau dalam membesarkan anak-anak. Semoga saya dan Isteri mampu berikan didikan yang terbaik buat anak-anak.

P/s/s : Semakin hari, semakin banyak kes-kes sebegini muncul. Semoga semua pihak dapat mengambil inisiatif bagi membendung hal sebegini. "Bersatu kita Teguh, Bercerai Kita Roboh"

August 22, 2010

Bohsia Mintak Pancut Dalam


Apa yang boleh saya katakan, inilah vandalisme dan "Bohsia Mintak Pancut Dalam" sekali dengan nombor telefon penuh ditulis di salah sebuah tandas Awam di Giant Kuala Terengganu ketika saya pulang ke kampung minggu lepas.

Kesian dekat nombor yang ditulis itu. Andainya ada mamat gersang yang betul menelefon dan nombor itu adalah nombor orang yang ingin dikhianati, berduyun-duyun panggilan yang diterima.

Ingatkan di Terengganu ianya tidaklah seteruk ini masalah sosial ini. Rupanya ianya tidak mengenal negeri ataupun tempat.

P/s : Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini?Ibu bapa yang sibuk bekerja? Pihak kerajaan yang acuh tak acuh dalam mengambil tindakan dan inisiatif yang berkesan? Pengaruh media massa, internet dan rakan-rakan sebaya? Ataupun begitu mudah untuk mendapatkan sumber pornographi dan lucah sekarang ini?

P/s/s : Semakin risau dalam membesarkan anak. Dugaan semakin besar dan tinggi especially bila both Suami dan Isteri bekerja macam kami.
Related Posts with Thumbnails