Showing posts with label keli penyet. Show all posts
Showing posts with label keli penyet. Show all posts

March 22, 2011

Ayam Penyet Express Sunway Pyramid

Beberapa minggu lepas, sempat pekena Ayam Penyet Express di Sunway Pyramid. So far, so good, memenuhi citarasa kami.
Ayam Penyet, Nyam2 Sedap...
Keli Penyet..Pun Sedap
Supnya memang satu kelainan...Kami sukakannya
Boleh tahan juga ramai yang berkunjung..Sentiasa ramai orang
Hargapun boleh tahan. termasuk air hanya RM24.05..Ok la kan dua orang makan...
Jom terjah Restoran Ayam Penyet Express, Sunway Pyramid

Memang puas hati dan menepati citarasa kami. Kelainan yang berbeza dan sesuai diterjahi seisi keluarga. Dulu, langsung tak minat Ayam Penyet, dek kerna Nuffnang Berbuka Puasa Session , now dah jadi penggemar Ayam Penyet pula. Thanks Nuffnang.

Lepasni plan nak terjah Ayam Penyet Wang Solo pula. Dengar cerita, best juga...

September 21, 2010

Pekena Ayam Penyet Lagi di Wangsa Walk Mall

Keterujaan Berbuka Puasa di Restoran Ayam Penyet AP Section 9 Shah Alam membuatkan kami menerjah lagi Ayam Penyet .Kali ini kami serbu di Cawangan Wangsa Walk Mall weekend yang lepas :
Ayam Penyet
Keli/Lele Penyet
Plus Teh O Ais dan Ice Lemon Tea

Feedback kali kedua singgah, ayam dan keli sedap juga tapi tak boleh lawan kesedapan ketika makan di Cawangan Shah Alam buat pertama kali. Ayam penyet dan keli penyet di Wangsa walk mall kurang lembut dan sambalnya pun tak Se ''Kaw" ketika di Shah Alam. Servis pun agak lambat sampai.  Lain cawangan ,rasanya dan servis lain-lain ke? So,rating kami kasi kalini 7.5/10 .

Suasana di Restoran Ayam Penyet
Restoran Ayam Penyet Wangsa Walk Mall
Lokasinya di Lot G28, Wangsa Walk Mall
Menarik juga singgah di Wangsa Walk Mall
Senarai cawangan Restoran Ayam Penyet di Malaysia

Apapun, akan kusinggahi lagi buat kali ke 3. Mungkin terjah yang di The Garden Midvalley pula lepas ni. Haahkan, Beautifulnara kata mahu  ajak-ajak makan dan sponsor lepas bulan puasa, orang nak belanja, kita laju je kan?

P/s : Agak-agak di Penyet-penyet ayam,keli n etc tu guna apa ya?
Related Posts with Thumbnails