Showing posts with label mee rebus ramli ipoh. Show all posts
Showing posts with label mee rebus ramli ipoh. Show all posts

May 2, 2011

Terjahi Mee Rebus Ramli Ipoh lagi

Percutian di Ipoh, sempatla kami dinner dan terjahi Mee Rebus Ramli lagi. Isteri teringin sangat nak pekena Mee rebus, so, bawalah ke sana. Hik3, sendiri pun teringin makan mee rebus ini. 


Mee Rebus Ramli, Ipoh

Memang sedap dan terbaik. Siap ada ubi lagi. Harganya pun murah, RM3.90 je. Mana nak dapatkan?
Nasi Ayamnya pun boleh tahan juga, RM4.60
Kami teruja...
Harga makanan dan Minuman di Restoran Mee Rebus Ramli, Ipoh

Puas hati, harga berpatutan, makanan pun lazat. Nanti bila singgahi Ipoh lagi, akan saya terjahi lagi. Cuma nak parking je la susah skit area ni, nasib baik masa saya sampai tak ramai orang, so mudahla parking.

P/s : Jauh perjalanan, luas pengalaman, mencuba makanan lazat-lazat, hatipun senang.

December 21, 2010

Mee Rebus Ramli Ipoh | Terbukti Sedap

Mee Rebus Ramli, itulah yang direkomenkan oleh pembaca blog di entry Tempat-Tempat Menarik di Ipoh ( special thanks to Ieda Al Habsyi dan Kak Yong ) . Sampai di Ipohpun, pemandu teksi yang hantarkan kami dari Stesen Keretapi ke Hotel Seri Malaysia turut rekomenkan Restoran dan makanan ini.

Sedap sangat ke sampai ramai yang rekomen? Oh, I believe kata-kata pengomen di blog saya more dari review berbayar di Newspaper. Keesokan harinya, kami pun menerjah :

Mee Rebus Ramli IpohDSC04334 
2 Mee Rebus Ramli Ipoh kami order
Mee Rebus Ramli IpohDSC04333 
Yummy,yummy, look Delicious...
Mee Rebus Ramli IpohDSC04343 
Slurpp, Isteriku Santap dengan begitu berselera
Mee Rebus Ramli IpohDSC04345 
Habis Licin...Action speak for itself
Mee Rebus Ramli IpohDSC04336 
Pekena dengan Lai Chee Kang

Honestly, tidak sia-sia saya singgah. Terbukti memang sedap dan menyelerakan. Antara Mee Rebus paling sedap pernah saya makan. Nyam,nyam, saya kasi rating 8.5/10 dan Restoran Mee Rebus Ramli memang saya syorkan sekiranya anda berkunjung ke Ipoh. Gerenti puas hati. Rasanya yang Kaww, harga yang berpatutan, dan kena dengan selera kami.
Mee Rebus Ramli IpohDSC04346 
Hanya RM3.60 sepinggan, murahkan?
Mee Rebus Ramli IpohDSC04347
Inilah Restoran Mee Rebus Ramli

Inilah Lokasi/Alamat Restoran Mee Rebus Ramli sekiranya anda berkunjung ke Ipoh (tak jauh dari Ipoh Parade, jalan kaki pun boleh) :

Restoran Mee Rebus Ramli
No. 767 , Taman Tasik Jaya,
Jalan Kuala Kangsar,
31400 Ipoh, Perak.

P/s :Yummy,yummy, kat KL ni kat mana ya Mee Rebus terbaik ?
Related Posts with Thumbnails