Showing posts with label myvi. Show all posts
Showing posts with label myvi. Show all posts

July 9, 2012

Myvi - Besar Jasanya Kepada Kami

Myvi. Kereta yang dibeli secara tidak sengaja. Timetu Mak mertua belikan untuk adik ipar, wifey mengidam kereta Honda Accord/Toyota Vios. Loan pun atas nama bapa mertua. Dipendekkan cerita, adik ipar dapat kerja yang disediakan kereta. So, jadilah kereta ini milik kami sehingga sekarang.

Apapun, kereta Myvi ini sudah banyak berjasa kepada kami.Jarang sangat buat masalah. Tayarpun tak pernah pancit. Satu Malaysia sudah pusing dengan Myvi ni bercuti/balik kampung. Kelantan,Terengganu, Perlis, Kedah, Johor, dan pelbagai negeri.

Bulan lepas, pergi bercuti ke Pulau Pinang pun dengan Myvi. Anak dah dua, masih berjasa.

Isteri tengah sibuk menyusun barang
Suami buat-buat sibuk ambil gambar. Hahahaha..
Alisya duduk depan dengan Papa. Ada anak yang suka bercakap ni seronok juga. Takdelah sunyi sangat sepanjang perjalanan.
Bonetje la isunya skit. Sempit...Tambah2 skang dah perlukan 2 stroller pula
Rasanya kalau Perodua keluarkan Kereta Bezza ni, mahu ada pengeluar kereta yang gulung tikar
Seat belakang. Wifey and azim
Wahh, macam bercamping ya Alisya? Ngan IPAD nya...
Sweet dream. Jom Jalan-Jalan Cari Aweks untuk Papa. Oppsss....Tak perasan Isteri ada sebelah
Huhuhuhu,seronok si Manja tidur
Both tidur. Masih lagi berjaya
Mood Cekudal. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Overall, memang puas hati sepanjang 5 tahun menggunakan Myvi ni. Risiko kecurian berkurangan, perjalanan selesa, maintenance pun senang, masalah pun kurang. Maybe in future, planning to buy 2nd car, dan kereta keluaran Perodua mungkin akan dishorlistedkan juga. Yup, besar jasanya Myvi kepada kami. Myvitrd pun banyak berjasa sepanjang di Pulau Pinang bulan lepas. Macam tour guide kami la.

Sampaikan adik yang masa mula-mula nak beli Kereta Proton Gen-2 pun turut teruja dan akhirnya angkat Myvi sama. Puas hati katanya. Kami pun sama, banyak jasanya dan gembira bersamanya. Sudah dapat gading bertuah in future, Kereta Myvi mungkin akan kami guna buat 2nd car nanti....

October 20, 2011

Myvi Menjadi Pilihan Ramai?

Myvi Menjadi Pilihan Ramai?

Umm,adakah ianya suatu kebetulan? Kereta Myvi yang tengah itu milik eyriqazz, 2 tepi milik jiran-jiran eyriqazz. Umm, Action speak for itself. Myvi memang menjadi pilihan ramai. Pandangan peribadi selepas menggunakan kereta myvi ini lebih 3 tahun, memang kereta ini kereta yang banyak berjasa. 

Perlis, Terengganu, Kelantan, Melaka, Johor Bahru dan almost seluruh Semenanjung Malaysia telah diredahi. Maintenance pun  senang. Rosak? Umm, jarang sekali. Memang puas hati.No wonderla ada yang yang menamakan kereta ini sebagai nama blog sendiri . Tak gitu Bro Myvitrd ?

P/s : Antara rumah ketiga, kereta kedua, atau motosikal kedua, mana satu yang perlu didahulukan?  Apa pandangan anda?
Related Posts with Thumbnails