July 9, 2012

Myvi - Besar Jasanya Kepada Kami

Myvi. Kereta yang dibeli secara tidak sengaja. Timetu Mak mertua belikan untuk adik ipar, wifey mengidam kereta Honda Accord/Toyota Vios. Loan pun atas nama bapa mertua. Dipendekkan cerita, adik ipar dapat kerja yang disediakan kereta. So, jadilah kereta ini milik kami sehingga sekarang.

Apapun, kereta Myvi ini sudah banyak berjasa kepada kami.Jarang sangat buat masalah. Tayarpun tak pernah pancit. Satu Malaysia sudah pusing dengan Myvi ni bercuti/balik kampung. Kelantan,Terengganu, Perlis, Kedah, Johor, dan pelbagai negeri.

Bulan lepas, pergi bercuti ke Pulau Pinang pun dengan Myvi. Anak dah dua, masih berjasa.

Isteri tengah sibuk menyusun barang
Suami buat-buat sibuk ambil gambar. Hahahaha..
Alisya duduk depan dengan Papa. Ada anak yang suka bercakap ni seronok juga. Takdelah sunyi sangat sepanjang perjalanan.
Bonetje la isunya skit. Sempit...Tambah2 skang dah perlukan 2 stroller pula
Rasanya kalau Perodua keluarkan Kereta Bezza ni, mahu ada pengeluar kereta yang gulung tikar
Seat belakang. Wifey and azim
Wahh, macam bercamping ya Alisya? Ngan IPAD nya...
Sweet dream. Jom Jalan-Jalan Cari Aweks untuk Papa. Oppsss....Tak perasan Isteri ada sebelah
Huhuhuhu,seronok si Manja tidur
Both tidur. Masih lagi berjaya
Mood Cekudal. Jom Cuti-Cuti Malaysia

Overall, memang puas hati sepanjang 5 tahun menggunakan Myvi ni. Risiko kecurian berkurangan, perjalanan selesa, maintenance pun senang, masalah pun kurang. Maybe in future, planning to buy 2nd car, dan kereta keluaran Perodua mungkin akan dishorlistedkan juga. Yup, besar jasanya Myvi kepada kami. Myvitrd pun banyak berjasa sepanjang di Pulau Pinang bulan lepas. Macam tour guide kami la.

Sampaikan adik yang masa mula-mula nak beli Kereta Proton Gen-2 pun turut teruja dan akhirnya angkat Myvi sama. Puas hati katanya. Kami pun sama, banyak jasanya dan gembira bersamanya. Sudah dapat gading bertuah in future, Kereta Myvi mungkin akan kami guna buat 2nd car nanti....

19 comments:

  1. salam bro, kenapa tak sediakan child car seats untuk anak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah ada sediakan..letak kat belakang..tapi fahamla anak2....

      Delete
    2. oo.. biasa la tu, alisya tu suka duk depan try guna yg mcm ni: http://goo.gl/a9CYo . anak sy 3 thn pn guna jenis cmni, masuk kereta terus suruh pakaikan siap2.

      Delete
  2. myvi terbaek bro. byk benor jasa, tolong wife pegi kPLI...

    ReplyDelete
    Replies
    1. cool..bergelar guru akhirnya wifey bro

      Delete
  3. Samalah bro.. kereta Myvi aku tu pun banyak sangat berjasa.. kerjanya UTARA - SELATAN je. hope dia terus berjasa dekat kamis sekeluarga..

    ** Apasal entri cuti2 penang lambat sangat keluar ni.. heheehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah..tengok nama blog pun dah ble agak..

      ** Hahaha,mood masih kedaun..gambar2pun byk blom transfer lagi

      Delete
  4. Bro kan dapat income banyak, beli je kereta lagi satu, mesti takde hal kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kereta kedua adalah kehendak, bukan keperluan buat masa terdekat ini...InsyaAllah, sooner or later

      Delete
  5. yup bang saya setuju..myvi memang praktikal...lagi pulak seat belakang tu boleh diturunkan dan dibukak besar bonetnya..serius memang puas hati..poket pon ekonomi..

    ReplyDelete
  6. ila pun pkai myv. da 6 thn. mmg bjasa.. amboii dlm keta bantal je penuh kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. hik3..penuh bantal utk anak2...selesa skit

      Delete
  7. takpe sempit2 pun..mengeratkan hubungan kekeluargaan..hehe..dapat anak pompuan memang camtu..byk cakap..take care lebih.. kadang2 malam2 bapaknye akan jadi barbie doll...dipakaikan sepit,,letak lotion..bedak sgala bagai..smpai kulit bapaknye lagi gebu dari ibunye..itula yg terjadi kat kawan saya..hehehe

    ReplyDelete
  8. myvi ternyata sangat2 berkualiti.. tapi dengar cerita yang myvi akan keluarkan model sedan.. harap2 betullah. kalau betul, memang lebih banyak sambutan untuk model perodua lepas ni

    ReplyDelete
  9. MyVi yang nampak tempoh hari. Plat start huruf D kalau tak salah. :)

    ReplyDelete
  10. ni macam nak angkat kereta baru aje..

    ReplyDelete
  11. Nampak gaya bro sudah perlu tukar kepada MPV. :-)

    ReplyDelete
  12. Brang alisya aje dah penuh kiri kanan.. hehehe comel sungguh.. :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails