Showing posts with label pasar filipina. Show all posts
Showing posts with label pasar filipina. Show all posts

December 14, 2011

Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, Kota Kinabalu

Jika bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, memang rugi kalau tidak singgah di Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan ini. Tempat cari souvenir dengan harga yang berpatutan antaranya barangan mutiara, fridge magnet, keychain,dan pelbagai lagi. Kedai pun banyak dan boleh tawar menawar. Senyuman sentiasa menguntum dari peniaga di sini membuatkan tempat ini begitu popular di kalangan pelancong.


Pilih-pilih mana satu nak. Beli banyak dapat harga lebih murah
Rantai,mutiara, gelang2, etc..Opss, sorry, awek kedai not for sale ya
Amboi, bukan main seronok laa lagi Si Isteri kalau singgah sini.

Make sure pergunakan skill tawar menawar sebaik mungkin
Memang rambang mata dibuatnya

Makanan kering laut pun boleh didapati tak jauh dari Pasar Filipina ini
Tadaa, Ini antara yang saya beli untuk digive awaykan sebahagiannya. masih belum sempat memilih pemenangnya

Jauh perjalanan, luas pengalaman. Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, antara tempat menarik untuk dikunjungi andainya berkunjung di Kota Kinabalu, Sabah. Make sure sediakan duit yang ehem,ehem,gerenti puas hati. 
Related Posts with Thumbnails