Jika bercuti di Kota Kinabalu, Sabah, memang rugi kalau tidak singgah di Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan ini. Tempat cari souvenir dengan harga yang berpatutan antaranya barangan mutiara, fridge magnet, keychain,dan pelbagai lagi. Kedai pun banyak dan boleh tawar menawar. Senyuman sentiasa menguntum dari peniaga di sini membuatkan tempat ini begitu popular di kalangan pelancong.
Pilih-pilih mana satu nak. Beli banyak dapat harga lebih murahRantai,mutiara, gelang2, etc..Opss, sorry, awek kedai not for sale ya
Amboi, bukan main seronok laa lagi Si Isteri kalau singgah sini.
Make sure pergunakan skill tawar menawar sebaik mungkinMemang rambang mata dibuatnya
Makanan kering laut pun boleh didapati tak jauh dari Pasar Filipina iniTadaa, Ini antara yang saya beli untuk digive awaykan sebahagiannya. masih belum sempat memilih pemenangnya
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Pasar Filipina @ Pasar Kraftangan, antara tempat menarik untuk dikunjungi andainya berkunjung di Kota Kinabalu, Sabah. Make sure sediakan duit yang ehem,ehem,gerenti puas hati.