Showing posts with label pulau manukan. Show all posts
Showing posts with label pulau manukan. Show all posts

August 1, 2011

Pulau Manukan,Sabah | Indah Khabar dari Rupa

Memang teruja bila baca pengalaman Nana di Pulau Manukan, Sabah .Pucuk dicita, ulam mendatang. Our Honeymooner's Package, termasuk dengan Return Manukan Island Resort Boat Transfer. Naik bot dari belakang Hotel Sutera Harbour, kalau beli sendiri lebih kurang RM50+ pergi balik. Dah save RM100+ di situ.

Di hari kedua, pagi tu, lebih kurang pukul 9.30pagi kami ambilla bot ke Pulau Manukan.

Tunku Abdul Rahman Park

Antara 5 pulau yang berada di kawasan Tunku Abdul Rahman Park adalah Pulau Mamutik,Pulau Manukan,Pulau Sapi, Pulau Gaya...Satu lagi lupa la pula.


Jom gerak

First time naik bot camni. Bawa laju pulak tu. Duduk depan, memang rasa berdegup kencang jugala jantungni. Alisya siap nangis-nangis lagi. Nasib baik dia kuat semangat juga. Kejap je nangis. So, kalau korang nak naik bot pergi pulau, disarankan jangan duduk depan. Cuakk dibuatnya.


First Impression Sampai di Jeti Pulau Manukan...Wow,Cantiknya. Nampak ikan-ikan berenang
Bergambar dulu. Senyum-senyum

Masa mula-mula sampaitu memang teruja melihat kecantikan dan kejernihan air yang kehijauan. Rasa macam tak sabar nak tukar baju dan bersnorkeling mengejar ikan-ikan di laut yang cantik. Ewahh,di sini ada disediakan perkhidmatan menyewa alat snorkeling etc...


In-House resort di Pulau Manukan. Kawan saya cakap lebih kurang RM500 semalam kata kawan eyriqazz

Sampai je, saya pun tukarla pakaian untuk mandi. Kecewa juga,tiada loker untuk simpan baju. So,saya dengan Alisya laa dulu yang terjun.

Umm,Wtfish? Kenapa tak ramai orang mandi manda ni? Ke awal sangat saya sampai?
Sampai sana lebih kurang pukul 10pagi
No wonder...Pencemaran. Sampah dan banyak di sisi pantai
Not a nice view. Hilang mood nak mandi manda

Saya basahkan badan sekejap dan cuba mandi manda. ALisya agak excited juga. Tapi bila melihat banyak sangat sampah dan tiada ikan yang berkeliaran di tepi pantai itu, saya batalkan niat. Plus, badan dan rasa gatal-gatal skit bila terjahi pantai. Umm,mungkin coz sampah yang kotor.Dissapointed, tak sampai 10 minit saya naik dan ajak Isteri pulang naik bot pukul 12 tengah hari.


Action speak for itself. Tak ramai pun yang mandi walaupun hari saya sampai tu weekend
Tengok dari jauhje laa

No wonder sebelum kami pergi Sabah, rakan Isteri dah pesan, jangan pergi Pulau Manukan, dah kotor skit. Better pergi Pulau Mamutik or Pulau Sapi. Umm, ingatkan dia bergurau,dah sampai barula perasan. Memang betul pun. Spoil,spoil our honeymoon..


Alisya yang agak kecewa. Tak dapat nak mandi manda lama-lama
Jom Pulang. Next time kita terjahi Pulau Mamutik,Pulau Sapi  or Pulau Gaya pula
Bergambar kenangan. Maybe the 1st and last kami terjahi Pulau Manukan ini. Indah khabar dari rupa
Nasib baik Isteri tak sempat mandi
Jangan Sedih Alisya. Petang nanti Papa bawa pi shopping ya?
Di Jeti, nampak cantik. Agak tengahla juga. Di pantai, pencemaran dan kurang dijaga kebersihan
Jom Pulang,tertidur lagi Alisya. Sedih kot tak dapat mandi laut lama-lama
Senyumje laa...At least, dapat tengok sendiri dan terjahi Pulau Manukan


Video naik Bot pulang dari Pulau Manukan. Lajuu

Overall, rasanya kebersihan perlu dititikberatkan di Pulau Manukan ni. Pihak berkuasa perlu buat sesuatu, bersihkan Pulau Manukan ni secara berkala ke. Kalau tak, memang rugi, ramai pelancong akan lari dan tidak terjahi sini lagi. Like myself, mungkin tidak lagi terjahi Pulau Manukan ini, unless ianya sudah berubah dan cantik seperti dulu.

Sayangkan, Pulau Manukan yang cantik ini rosak kerana pencemaran. Mostly coz of tindakan manusia la. Takperla,next time maybe boleh terjahi pulau lain pula di Sabah. Umm,any suggestion?
Related Posts with Thumbnails