Spagetti Bolognaise untuk Saya
Spagetti Meatball Untuk Isteri
Honestly said, walaupun tengah lapar dan belum breakfast, untuk main dish saya agak kecewa. Rasanya biasa-biasa aje dan not up to my expectation. Spagetti saya tak habis saya makan.
Antara Choice yang boleh dipilih dengan vouchers itu
Chilled Mango Juice untuk saya dan Pink Guava untuk Isteri
Airnya, okla juga. Just nice.
Desert saya
Pisang Goreng Desert untuk Isteri
Desert, pujian patut diberikan , memang sedap . Siap Isteri cakap, compare the rest, desertnya yang sedap. Puas hati dengan desertnya. Total voucher worth RM36 for 2 . Harga sebenar RM90.
Ada tempat bacaan juga
Sebagai keluarga yang ada anak kecil, part yang paling kami suka di Restoran ini adalah :
Ada Ruangan Khas untuk anak-anak bermain
Memang tak peningkan kepala, sambil makan, anak asyik bermain. Takdelah kerenah nak itu dan ini time makan. Dapatlah makan dengan Aman. Syabas buat Dish Deli, SOlaris Mont Kiara. Sepatutnya, semua restoran patut buat camni. Konsep win-win situation, apa salahnya invest skit ,senang makpak nak pi makan. Long term benefits kan?
Amboi-amboi, Minnie Mouse pula?
Rajinnya anak papa membaca
Suasana di dalam Restoran around 2pm on public holiday
Overall, first impression masa sampai tu, Umm, kenapa tak ramai orang? Yupp, saya memang skeptical kalau singgah di Restoran yang lengang. Mulala ada persepsi negatif. Dah mencuba sendiri, no wonder laa.
Feedback saya buat Dish Deli, Mont Kiara. Kualiti makanan main dish perlu di improvekan lagi, rasanya belum cukup sedap untuk menarik ramai pelanggan berkunjung di sini + dengan adanya service charge dan tax (16%). In term of persekitaran dan tempat membaca dan kanak-kanak, patut dipuji. Keep it up.
Next time, mungkin saya akan lebih memilih dalam membeli voucher diskaun makanan ni. Yerla, ini pengalaman kedua redeem vouchers yang "not up to my expectation". Apapun, lain padang, lain belalang kan? Semoga ada improvement di masa hadapan.
Dish Deli, Solaris Mont Kiara
13-9, Jalan Solaris 3, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur
P/s : Isteri ajak dinner di Shah Alam malam ni.Mencuba Restoran yang agak mengujakan yang keluar Jalan-Jalan Cari Makan Minggu lepas. Umm, tengokla camner, kalau mood ok singgah, kalau tak, mungkin minggu lain la ya sayang?