Showing posts with label sotong world cup. Show all posts
Showing posts with label sotong world cup. Show all posts

July 12, 2010

Ramalan Terakhir Paul Si Sotong Kurita

Inilah Ramalan Terakhir Paul Si Sotong Kurita ketika Perlawanan Akhir Piala Dunia 2010 tengah berlangsung semalam . Paul dengan konfidennya meramalkan :

Hari Isnin 12 July 2010 Ramai Pekerja yang akan MC berbanding EL kerana menonton Siaran Langsung Perlawanan Akhir World Cup 2010

Betulke ya? Ternyata ramalan Paul salah kerana ramai yang ambil cuti yang dibenarkan seperti half day leave termasukla half day leave. Yang MC dan EL di ofis saya tak sampai 5 orang.

 Jadi, moral of the story, jangan percayakan ramalan Paul ini. Ianya hanyalah kebetulan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang kalah (i.e. Belanda dan Germany, hik3)

P/s : Thanks Janat forwardkan e-mail bergambar ini.

P/s/s : Hik3, selingan sahaja. Jangan marah ya.

July 10, 2010

Ramalan Terkini Paul Si Sotong Kurita | Spain vs Netherlands | Spain Juara Piala Dunia 2010

Paul Si Sotong Kurita akhirnya memilih Spain untuk Menjadi Juara Piala Dunia 2010. Inilah Ramalan nya :

Voila To Spain | Spain vs Netherlands | Spain Menang

Adakah ramalan Paul kali ini akan menjadi kenyataan lagi? For me, it just for fun. Saya tidak percayakan prediction ni tapi seronok juga bila dia memilih Spain kerana saya peminat setia Spain.Rasa lebih bersemangat untuk menonton Perlawanan Final Nanti. Sumber CNN : Paul the octopus opts for Spain in World Cup final

Paul turut meramalkan kemenangan Germany untuk perlawanannya menentang Uruguay untuk tempat ketiga dan keempat. Tak kisahla, hari ini akan ke Port Dickson untuk Family Day, malam tu ada BBQ, dapat BBQ Sotong sedap juga kan?

Ramalan Paul sebelum ini turut memihak kepada Spain. Memang semakin Popular la Paul Selepas ini jika ramalannya tepat. Spain Juara Piala Dunia  itulah hasrat saya, cuti separuh hari telahpun diapprovekan Isnin Ini.

P/s : Je JAI terkandas di tengah jalan semalam gara-gara terlanggar Sotong Semalam ketika Sharing Session with Nuffnang. JAI , JAI tengah jalan pun si konco-konco Paul pun menyakat hang? Hik3...

P/s/s : Teringin nak mencandat Sotong . Tentu pengalaman yang mengujakan, kan?

July 8, 2010

Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010 | Spain vs Germany

Yey, Keputusan Separuh Akhir Piala Dunia 2010 akhirnya memihak kepada Spain. Spain menewaskan Germany 1-0 hasil jaringan Carlos Puyol. Ramalan Paul the Sotong Kurita akhirnya menjadi kenyataan. Lepas ni agaknya kena gorengla Si Sotong Kurita tu ataupun ganjaran besar menanti sesiapa yang dapat membunuhnya.

Syabas Spain. Walaupun tak sempat tengok, Spain tetap best!!.Sorry penyokong Germany, mungkin next time kot?


Glory-Glory Spain. Nampak gayanya kena ambil cuti Isnin ni. Hik3....

Ramalan Paul Si Sotong Kurita vs Ramalan Eyriqazz Si Peminat Spain | Germany Vs Spain

Jom layan Ramalan Paul Si Sotong KURITA vs Ramalan Eyriqazz si Peminat Spain. Entry ini ditulis bagi mengubat kesedihan tidak dapat menonton games ini atas sebab besok bekerja dan kalau menonton mungkin pagi besok bangun lambat dan lambat ke tempat kerja. Hik3, Sebelum itu :



OK, Inilah ramalan Eyriqazz si Peminat Spain untuk Perlawanan Separuh AKhir Piala Dunia 2010 antara Germany dan Spain. Dengan ini, saya meramalkan :

Spain Menang 2-1 ( hasil jaringan David Villa dan Fernando Torres manakala gol saguhati Germany hasil jaringan Miroslav Klose )

Hik3, Cool tak?

Good Luck Spain dari Saya
Germany mampu ditundukkan seperti di Final Euro 2008 juga
Persembahan terbaik yang dipinta
Kalau Menang, berjumpa Netherlands di final pula

P/s : Tak kisah la apa ramalan si sotong kurita itu, saya tetap sokong Spain. Go, go Spain!!!

July 7, 2010

Ramalan Terkini Paul Si Sotong Kurita | Glory-Glory Spain

Terima Kasih buat JAI kerana alertkan saya pasal perkara ini. Ramalan terkini dari Paul Si Sotong Kurita yang nampak gemuk, dan sedap untuk digoreng pedas meramalkan :

Spain Vs Germany di Separuh Akhir Piala Dunia 2010 | Spain Menang

Bolehla refer entry dari CNN ini juga : Octopus: Spain to beat Germany in semifinal

Tak baik percaya pada ramalan sebegini kan? Tapi, just for fun, jika ianya menjadi kenyataan, Glory-Glory Spain. Saya memang penyokong setia Spain . Tak percaya? Bolehla refer entry Who Will Win The World Cup? . Hik3, lagipun nampak Spain macam ada potensi untuk menang.
Spain pasukan pilihan saya sudah semesti
Permainan menarik dan menghibur hati
Andai Spain berjaya ke Final nanti
Patutkah aku ambil Cuti hari Isnin nanti?

Barcelona telahpun ku singgahi
Bandaraya menarik, cantik dan bersih sekali
Terasa ingin juga menyokong Negara sendiri untuk kejohanan World Cup sebegini
Adakah ianya sekadar mimpi?

P/s : Team mana pula pasukan pilihan anda? Cimon Sokong Holland, Abg KK Sokong Germany, any penyokong Uruguay di sini?
Related Posts with Thumbnails