Showing posts with label spa treatment. Show all posts
Showing posts with label spa treatment. Show all posts

December 5, 2011

Gosok Mata|RM8 for Spa Treatment?


Gosok-gosok mata bila tengok Deal menarik ini dari Milkadeal . RM8 instead of RM516 untuk pakej SPA lebih kurang 90 minit untuk Advanced Facial Therapy + Body Relaxing Ginger Scrub + Shoulder Massage at Advanced Beauty Aesthetics.


Nampak tempatpun macam bersih dan selesa

Ohh, it is too good to be true. Boleh percaya ke deal-deal camni?

Umm, pandangan saya, cuba dulu baru tahu. Setakat ini sudah dua pakej Spa treatment yang sudah kami redeem dan pergi sendiri dibeli dari MilkAdeal, kedua-duanya sangatlah puas hati, Indah Khabar, Indah Rupa. Walaupun mendapat harga promosi, Spa Treatment dibuat seperti dijanjikan :

Beli RM48, Harga sebenar RM480
Puas hati for both of us...
Beli RM36, harga Sebenar RM168
Isteri puas hati dan gembira sangat.....

Oh ya, promosi RM8 ini hanya untuk wanita saja. Setakat entri ini ditulis, sudah 88 yang terjual. So, buat suami-suami di luar sana, belilah untuk Isteri tersayang , saya pasti Isteri anda puas hati. Anda pun sudah pasti akan mendapat layanan yang lebih baik nanti. Hik3...

 Buat kaum wanita pula, inilah masanya untuk memanjakan diri dengan harga yang berpatutan dan perkhidmatan memuaskan. Kami dah mencuba dua kali, n kedua-duanya amat memuaskan hati.

P/s : Isteri tengah mengandung, kalau tidak sudah pasti saya belikan untuk Isteri. Apapun, buat yang lain, Nak beli, bolehla terjahi SINI .

August 4, 2011

Mandara Spa di Sutera Harbour Resort

Memang seronok bila our Honeymooner's Package termasuk dengan Mandara Spa di Sutera Harbour Resort. Di hari terakhir sebelum pulang, sempatlah terjahi Mandara Spa ini :

Mandara Spa. Apa yang berbeza Spa di sini ya?
Resort/Hotel bertaraf 4 bintang, surely Spa ni pun bestkan?
Love this Quote : " Beauty in things exists in the mind that contemplates them"
10 minutes Floral Footbath

Memang syiok, direndamkan kaki dalam floral footbath tu dan diberus-berus dengan wangian . Lega rasa kaki dibuatnya.

Air Halia. Pahit...Yang pahit tu la ubat kan?

15 minutes Aromatherapy Jacuzzi or Floral Bath

Memang best berendam bersama Isteri di Jacuzzi di sambil bakai kain batik. Hik3, seksi woo. Teruja sampaikan Alisya pun join sekali . Fuhh, memang best pekena Jacuzzi dengan airnya yang panas-panas suam.

  ~ 50 minutes Balinese Body Massage 

The best Part, Balinese Body Massage. Lega dan best especially dah dua hari berjalan, beraksi dan etc di Kota Kinabalu ni. So, pekena massage ni memang best dan santai. Sekejap je rasa 50 minit tu berlalu.

Sebelum pulang, sempatla tanya tukang urut tu, kalau datang sendiri tanpa pakej, berapa harga pakej urut ni. Umm ,tak mahal RM350 je seorang? Fuhh, tak mahal 350 sorang?Mahu cirit birit nak membayarnya for us.  Well, dapat yang free of course lagi best kan? Hik3...

* Special thanks to Astro dan Nuffnang for Sponsoring the Prize and Organizing the Contest .

July 19, 2011

Couple Spa Treatment at Nuphase Beauty, Subang Jaya

On my wife birthday, saya temankan dan belanja wifey buat Spa treatment di Nuphase Beauty, Subang Jaya. Special thanks to Milkadeal, dapat beli pakej Spa 3 Jam hanya RM48 instead of RM480. Fuhh, mana nak dapat tu kan?


To cut the story short, lepas dah booking, dalam pukul 4 petang sampailah di Nuphase Beauty, Subang Jaya. First impression, customer service bagus. Siap Yokie (Salon Manager/Owner) sendiri yang memberikan layanan dan penerangan. Time ni bawa Alisya sekali, harap-harap dia tak meragam la. Yerla, 3 jam treatment, nak hantar ke babysitter,diapun ada hal hari tu.
Nuphase Beauty, Subang Jaya
Couple Room. Duduk sebelah-sebelah, Alisya pula bawa hal sendiri. Good girl laa anak Papa

1st Treatment : Aromatheraphy Hot Stone Massage

Fuhh, memang terasa panas badan bila diletakkan Hot stone. Pastu diurut-urut badan ini. Rileks dan Santai, terasa hilang lenguh-lenguh badan. Urutannya pun best. Hik3, Isteri pula yang sibuk ngusik2 eyriqazz.Sejam tu rasa cam cepat je berlalu. Lentuk dan terlena dibuatnya."Hot stone massages treat health conditions such as muscular aches, arthritis and insomnia"


2nd Treatment : Eye+Vitamin C Treatment
Masani dia letak apa ntah di mata. Tapi cool la. Pastu di letakkan di pancaran cahaya. Wifey cakap bagi melonggarkan liang-liang kulit mati di muka. Panas la juga rasa muka ni. "Vitamin C reduces inflammation of the skin and boosts the efficacy of sunscreen"

3rd Treatment :  Extraction
-Lepas diurut-urut muka n letak apa ntah, time extraction. Fuhh, sakit juga bila dia picit2 nak removekan blackhead di hidung dan muka. Sakit tapi sedap. Hak3, syokkkk.

4th treatment : Facial
- Ni part paling eyriqazz suka. First time buat facial treatment. Wakakaka,siap wifey perli, Papa buat facial, hanttuuuu. Syook bila disapu2 cream, sejuk, sedap, dan terlena. Wifey cakap siap berdengkur lagi. Hak3, syokk ooo, no wonder laa ramai wanita suka buat Facial treatment. Nak buat lagi laa pasni.

5th  treatment : Neck treatment + Ear Candling
- Bestt, diurut2 tengkuk ni sambil buat ear candling. Rasa geli2 telinga ni. Tapi, bestt. Segar skit telinga, berdesing pun cam kurang.

Fuhh,sekejap je 3 jam rasanya. Memang best dan terbaik. Wifey pun suka gile. Terimakasih anak Papa, Alisya kerana sepanjang 3 jam tu tak buat perangai. Pandaije dia buat hal sendiri, ke sana ke mari. Sayang Alisya.


Isteri tersenyum sampai ke Pipi..Terbaik. Highly recommended. For men ,sorang-sorang xble ya. Kena bercouple baru ble buat treatment di sini.

Once again thanks Milkadeal and Nuphase Beauty. Memang deal yang Awesome.Really enjoy it. Pemilik salon yang peramah. Plus takde pula nak promote lebih2 n paksa datang lagi. Ni yang kita mahu, kalau benda tu bagus, takyah nak paksa-paksa pun kami datang. Check out Afra Yuri experience : Spa treatment at Nuphase Beauty


Nuphase Beauty

23A, Jalan USJ 10/1D, UEP Subang Jaya, Subang Jaya, Selangor
Phone: +603 5635 4060/012-2999342
Related Posts with Thumbnails