Showing posts with label sutera harbour resort. Show all posts
Showing posts with label sutera harbour resort. Show all posts

December 13, 2011

Percutian di Magellan Sutera Harbour Resort

Semasa Percutian di Kota Kinabalu, Sabah bulan lepas, kami menginap 2 malam di Magellan Sutera Harbour Resort, view mengadap pantai. Alhamdulillah, guna kemudahan syarikat, harga asal RM400+ untuk bilik ini, bayar 25% aje iaitu lebih kurang RM100+.
Suasana Bilik. Bersih. Cuma kurang selesa skit dengan karpetnya
Shower Room. Umm, tak puas hati coz takde paip untuk toilet. Nak 'buang air besar' pun susah
View dari Balkoni bilik kami. Memang cantik pemandangannya. Pantai dan nampak pulau


Swimming Pool pun nampak. Bukan main excited Alisya
View yang lebih jelas
Bukan main lagi Mat Salleh dan pelancong berjemur.Berbikini gitu2
Sebelah bilik
Santai. Papa, bila nak datang sini lagi?
Kemudahan pun memuaskan. Ada shuttle bas setiap jam untuk ke bandar. RM3.
Takpun panggilje teksi. Kalau tak kerana tandas tu, mungkin 4 malam menginap sini

Magellan Sutera Harbour Resort, hotel bertaraf 4 bintang ini memang menjadi hotel pilihan especially pelancong asing atas lokasinya yang strategik, suasana yang santai bersebelahan pantai, kemudahan yang memuaskan, Internet,Spa,golf dan sebagainya.

August 4, 2011

Mandara Spa di Sutera Harbour Resort

Memang seronok bila our Honeymooner's Package termasuk dengan Mandara Spa di Sutera Harbour Resort. Di hari terakhir sebelum pulang, sempatlah terjahi Mandara Spa ini :

Mandara Spa. Apa yang berbeza Spa di sini ya?
Resort/Hotel bertaraf 4 bintang, surely Spa ni pun bestkan?
Love this Quote : " Beauty in things exists in the mind that contemplates them"
10 minutes Floral Footbath

Memang syiok, direndamkan kaki dalam floral footbath tu dan diberus-berus dengan wangian . Lega rasa kaki dibuatnya.

Air Halia. Pahit...Yang pahit tu la ubat kan?

15 minutes Aromatherapy Jacuzzi or Floral Bath

Memang best berendam bersama Isteri di Jacuzzi di sambil bakai kain batik. Hik3, seksi woo. Teruja sampaikan Alisya pun join sekali . Fuhh, memang best pekena Jacuzzi dengan airnya yang panas-panas suam.

  ~ 50 minutes Balinese Body Massage 

The best Part, Balinese Body Massage. Lega dan best especially dah dua hari berjalan, beraksi dan etc di Kota Kinabalu ni. So, pekena massage ni memang best dan santai. Sekejap je rasa 50 minit tu berlalu.

Sebelum pulang, sempatla tanya tukang urut tu, kalau datang sendiri tanpa pakej, berapa harga pakej urut ni. Umm ,tak mahal RM350 je seorang? Fuhh, tak mahal 350 sorang?Mahu cirit birit nak membayarnya for us.  Well, dapat yang free of course lagi best kan? Hik3...

* Special thanks to Astro dan Nuffnang for Sponsoring the Prize and Organizing the Contest .

Santai di Swimming Pool Sutera Harbour Resort

One of the best pasal Sutera Harbour Resort ini adalah swimming pool nya. Memang cantik, view mengadap ke Pantai dan lain dari yang lain. So, memang rugilah kan kalau menginap sini tak mandi di swimming pool nya kan?


Cantik kan view nya? Tepi Pantai, Santai

Jom terjun. Di sebelahnya ada Mandara Spa tepi pantai dan juga Restoran kecil. Tapi agak mahalla

Fuhh, kalau pekena Spa ni syok juga. Hik3..

View mengadap ke Hotel pula

Bukan main seronok lagi Alisya bermain air di swimming Pool

Papa, air yang tenang jangan disangka tiada buaya kan? Ada buaya tak Papa dalam swimming Pool ni?


Happy Moments..

Bang, Bang, Swimming kat sini tak boleh pakai T-Shirt
Dussh, camne nak 'hide' badan yang seksi dan ketul-ketul macam Darkbatman camni?

August 3, 2011

Breakfast di Sutera Harbour Resort

Ketika bercuti di Kota Kinabalu, sempatlah breakfast di Sutera Harbour Resort. Inclusive dalam pakej yang dimenangi :


Cantik restorannya
Anak Papa..Cepatla Papa,Alisya lapar ni
Pencuci Mulut. Salad etc
Buah-buahan
Nasi Lemak , Nasi Goreng. Nasi gorengnya sedap.Nasi lemaknya kureng skit
Roti is a Must..
Desert2nya memang sedap..Yummy
Ini pilihan saya.Nasi goreng.Sedap juga
Cuba teka ini untuk siapa?
Sudah semestinya untuk ALisya.Suka benar dia Corn Flake n Koko Krunch tu..

Overall, oklah breakfast di Sutera Harbour Resort ni  cuma tak banyak choice.Mostly on western food. Ohh, kan best kalau ada ubi kayu, pisang salai etc...Telur separuh masak pun cool juga...Hik3..

July 28, 2011

Honeymoon Room Pacific Sutera Harbour Resort


The Pacific Sutera Hotel, Deluxe Sea View Room
Package include:
Honeymoon Themed Deluxe Sea View Room
In-room Fruit Basket and Bottle of Sparkling Wine on check-in day
Nightly Turn-down
Complimentary Broadband Internet Access
Welcome and Thank you gift

* Bold Biru - Feedback Positif, Bold Merah - Feedback Negatif

Bunga Ros dan petal berbentuk Love menyambut kami

Memang teruja, sejurus check in bila melihat suasana bilik. Bukan main besar lagi, satu ruang tamu attachkan dengan small kitchen dan satu ruang bilik tidur yang agak luas dan selesa. Besar, bersih, ada almari, meja, kerusi memang membuatkan hati kami begitu gembira.
Ruang Tamu + Meja Study di depan @ Meja Komputer

Memang syok bila turut diberikan Complimentary Broadband. Blogger tegar macam saya mana-mana pergipun mesti cari Internet. Speed pun laju, free of charge termasuk dalam pakej. Yey...

Welcome Card

Siap ada welcome Card lagi. Terimakasih layanan memang marvellous dari mula-mula check in,staff yang peramah, housekeeping n etc. Tabik, no wonder hotel ini menjadi buruan ramai pelancong asing ketika bercuti di Kota Kinabalu. Anyway, Welcome Gift tak dpt pun? Ke coklat2 kecil tu consider welcome gift?
View dari Bilik memang marvellous. Mengadap Pantai dan Swimming Pool. Sejuk mata memandang
Ehem,ehem..Romantik...Bilik air pintu kayu boleh dibuka...
Seksi, bolehla skodeng aksi Mandi ....hik3...
Bath Tub dengan Petal Bunga Ros. Love it..

Tapi tak sempat nak mandi dalam bath tub aritu. Too tired dan terusje mandi.

Toilet . Rasanya ianya kurang cater untuk Melayu macam kami

Ini antara part yang paling kami tak suka di bilik ini. Mangkuk tandasnya tiada paip air.Just flush..Memang 'mahu nangis jugala' bila part nak buang air besar. Sinkinya pula bukannya dekat dengan mangkuk tandas, memang agak kurang selesa bagi kami. Mungkin most yang datang menginap di sini adalah foreigner kot?

Sparkling Juice + Fresh Fruit

In-room Fruit Basket and Bottle of Sparkling Wine(ditukarkan kepada Sparkling Juice) on check-in day. Honestly, the sparking juice doesn't taste good. Tak habis separuh pun kami penuh, kami lebih prefer berikan "Air Buah Kelapa Fresh yang memang famous di Sabah". Fruit Basket? . Umm, takde se basket pun? Ingatkan dihias cantik-cantik dalam basket. Ini tidak sudahla dibalut camtu,buah-buahnya pun tidak berapa fresh. Pisau pun tidak disediakan,camne nak kopek buah?????.Dah call, diberikan pisau yang tak tajam. End up, only anggur saja yang sempat kami makan.The rest, dibiarkan di situ sampai check out.

Nightly turn down? Umm,tak merasa mana. Malam pertama, tiada nightly turn down. Malam kedua, kena call baru datang dan hanya coklat kecil sebagai ole-ole. Hari ketiga before check out, swipe card for room expired pula. Lepas mandi swimming pool, nasib baik ada Mat Salleh yang baik hati gunakan phone dibilik dia untuk contact Receptionist.

Oh ya, Baby Cot actually boleh direquest tapi kami tidak diinformkan hal ini. Malam kedua,secara tak sengaja ternampak baby cot sebelum pulang ke bilik, kami requestkan. Yup,surely lebih selesa dengan adanya baby cot, kan? Nak beraksi pun lebih selesa...Hik3...

Thank you Gift? Umm, pun x dapat....X sangka pula banyak yang dijanjikan tidak ditunaikan or tak seperti yang disangkakan.

Overall, still a very good experience base on keadaan bilik yang ditawarkan untuk pakej ini. Will i buy this package in the future? Ummm, maybe not kot....Tapi, Sutera Harbour Resort/Hotel ini surely we will come again. Mungkin just booking the room dan planning aktiviti sendiri yang lebih suit to our need.
Related Posts with Thumbnails