Showing posts with label tupperware. Show all posts
Showing posts with label tupperware. Show all posts

June 6, 2012

Sure Win Draw


Pengunjung di berikan satu kertas yang kena chop di beberapa booth ketika Tupperware Brands Carnival 2012, Midvalley ini. Hadiah adalah gerenti bergantung kepada cabutan bertuah selepas dapat semua chop. Di sesetengah booth, sebelum dapat chop, ada sesi promosi produk tersebut. 

Around 30 minit baru habis chop. Pergi ke kaunter untuk redeem. Tunjuk bukti dah chop. Isteri tanya boleh pilih yang tu tak? "tunjuk kat satu barangan tupperware yang rasanya tak sampai RM10". Umm, tak boleh, kena cabut undi . Cabutla undi... Fuhh, tak sangka, menang kereta Myvi sebijikkkkk.... Speechlesss....

Nahhh, It is too good to be true...Cabut2 dapatla 3 sudu/garfu jenama tupperware. Rasanya value less than RM10. Umm, Smart Marketing tactic to waste our time and potentially buying more products.

P.s : If it is too good to be true, better elakkan... Better join this Not Sure Win  Give Away

June 5, 2012

Tupperware Brands Carnival 2012 - Adakah Game Ini Dikira Berjudi?

Isteri saya memang peminat barangan tupperware. Penuh beberapa almari dengan barangan Tupperware. Weekend lepas, sempatla temankan isteri ke Tupperware Brands Carnival 2012 di Midvalley. Memang happening, meriah dan selesa meninjau. 

Tapi, ada satu part je yang saya kurang berkenan. Ada games. Kena beli tiket at least Rm10. Satu game RM2. Salah satu gamesnya :

Play And Win. Pusing Roda.
Ada pelbagai hadiah dari sudu/garfu plastik hinggalah produk tupperware. Harga not sure, maybe around rm5-rm20 bak kata Isteri
RM2 per game. 1/3 chance peserta takkan menang apa2. So, burnla RM2 tu...

Mula-mula ingat nak try juga.. Tapi bila fikir-fikir balik, macam berjudi je ni.. Alah, cam kita main tikam-tikam masa kecik2 dulu..Tarik, kalau menang dapat hadiah..Kalau tak menang, burn la 10 sen dulu.. Ye ye, saya ngaku, kecik2 dulu memang saya main games tikam-tikam tarik di papan tu...

Umm, Adakah games di atas dikira berjudi? Apa pandangan anda? 

P.s : Yup, We still love Tupperware product tapi bila ada suatu cam tak kena, tak salah kita luahkan, kan?

August 14, 2011

Tupperware Brands Carnival 2011, Midvalley Exhibition Centre

Tupperware Brands Carnival 2011, Midvalley Exhibition Centre
13-14 August 10 pagi-9 malam

Semalam, atas desakan Isteri, sempatla terjahi Tupperware Brands Carnival di Midvalley. Dah namapun Hantu Tupperware, tak sah kalau tak terjah kan? 



Antara Barangan yang ditawarkan. Cash and Carry

Privilege Purchase for Members Only (umm, kad isteri dah expired)

Kaunter pendaftaran. Ada lucky draw . Tapi tak pastila pula pukul berapa

Cantik Pintu Masuk. Macam Akuarium pun ada

Honestly, Hall untuk Tupperware brands Carnival ni antara yang paling cantik dan selesa untuk terjahi. Main reason tak banyak gerai di dalamnya dan susunan serta pilihan warnanya memang menyejukkan mata lebih-lebih lagi di bulan puasa ini.


Rambang Mata si Isteri


Sales & Counter Service

Everyday Tips

Ada games. 5 kupon Rm10. Umm, tak sempat beli & main. Ramai orang time ni

Overall, Isteri cakap memang harga menarik cuma lebih kepada member Tupperware. Sayang, kad tupperware Isteri dah expired. Dah nak raya ni, dia taknak renew lagi. Dushh, dussh, nasib baik tak ramai orang. Turn out beli la juga a few barangan tupperware dlm RM40. 

June 20, 2011

Kisah Isteri,Sumijelly,Tupperware dan .............

Bukan Main gembira lagi Hantu Tupperware bila dijemput Sumijelly untuk menghadiri event Tupperware. Papanya la yang jagakan Alisya di rumah dan Isteri pergi ke event itu di Head Office Tupperware Malaysia di Subang Jaya. 

Inilah serba sedikit gambar yang diambil oleh wifey di sana. Katanya ianya berkenaan pelancaran produk terbaru tupperware tak lama lagi. So, ini macam feedback session ngan potential customer :


Ofis Tupperware Subang Jaya, cantikk...Saya pi ambil masa pulang
Barang2 yang perlu dibawa. Produk tupperware terbaru target customer golongan ibu yang ada bayi kecil
Penerangan dari Wakil Tupperware. Ehh,kanan sekali tu, Ruth Liew kan?

Feedback session,kasi input,komen etc

Mula-mula letakkan secawan air, pastu letakkan gandum dan ikan bilis.Gaul sampai sebati. Jangan lupa garam secukup rasa.
Pastu tambahkan bawang yang sudah dipotong.
ehh, ni bukan resepi nak buat Cekodok ke?
** Hik3, memandai je eyriqazz ni

Nampak menarik. Wifey cakap memang best...Sayang, hanya untuk ibu-ibu sesi ni

The best Part, abis session, semua peserta dapat Hadiah dari Tupperware berupa barangan Tupperware bernilai RM300
**Umm, Model Susu Cap Junjung dia, Model Tupperware pun dia?

Bukan Main gembira lagi si Hantu Tupperware, Papanya nak ambil 2 bekas nak buat give away pun tak kasik...Hik3...

Last but not least special thanks buat Sumijelly yang menjemput Isteri sekali. Bukan main heppi lagi wifey. Special thanks to submerryn yang mengajak Sumijelly ke event ini. Tak lupa juga, semestinya Tupperware Malaysia  for this event. Lain kali buat la lagi, jangan lupa jemput kami lagi...Tak dpt jemput saya, jemput wifey pun jadi..Dia memang hantu & Peminat No. _____ Tupperware.

P/s : Rasanya 8 dari 10 perempuan suka Tupperware kan? 

June 18, 2011

Speechless Saturday | Rezeki Tupperware & Equrban Events

December 9, 2010

Hantu Tupperware

Jalan-Jalan BerBW, terserempak dengan iklan Tupperware yang diiklankan melalui Nuffnang . Sebut pasal tupperware, teringat aku kat Hantu Tupperware, siapa lagi kalau bukan Isteriku. Memang suka benar sayangku dengan barangan Tupperware ni.

Dushh, Yang Untuk Alisya kartun-kartun pun ada?
Satu Almari tak cukup, 2 almari la Papa

Memang hantu betul la, bila masa nak guna ni sayang? Banyak tu, skangni pun masih dalam proses mengumpul katanya, yerla, tak boleh lawan Mama nya punya, satu Almari besar di Kelantan tu. Wifey cakap produk tupperware ni walaupun harganya agak mahal, tapi kualiti nya sangat bagus. Tahan bertahun-tahun. Ada yang koleksi mak mertua ku pula masih kekal walaupun dah lebih 10 tahun.

Bukan setakat wifey dan mak mertua, mak saya pun peminat tupperware juga cuma koleksi takdela sebanyak wifey/mak mertua. Sampaikan :

Sayapun dibekalkan Botol Air Tupperware ke tempat kerja

Okla,Okla, memang bagus produk ni. Saya gunakan botol air ni dah dekat setahun, so far so good. Wife cakap kalau tupperware tu rosak dan menepati ciri, boleh ganti ngan yang masih baru. Lorr, no wonder ramai peniaga tupperware kat ofis ni , tapi for me, biarlah isteri yang pilihkan dan beli sendiri. Dia lagi pakar bab-babni .Cuma pasni kena alertkan wifeyla pasal Promosi Terkini Tupperware di laman webnya.Hik4...

Sebut pasal tupperware, ada seorang jiran di kampung buat 4-5 angka Income dari jual tupperware sebulan. Wah, jual tupperware pun boleh dapat income yang masyuk ekk?

P/s : Kenapa Kaum Hawa Suka Sangat Tupperware ya? 
Related Posts with Thumbnails