Showing posts with label wakaf che yeh kota bharu. Show all posts
Showing posts with label wakaf che yeh kota bharu. Show all posts

February 2, 2011

Wakaf Che Yeh, Kelantan


Wakaf Che Yeh,Kota Bharu, Kelantan tempat shopping yang begitu popular di Kelantan. Walaupun dah kahwin dengan gadis kelantan 3 tahun lebih, inilah kali kedua saya singgah di sini :


Tudung-tudung memang menjadi pilihan utama di sini kerana harganya yang murah dan banyak pilihan

Isteri Shopping, saya tengok-tengokjelah. Tak jumpa yang berkenan di hati

Pelbagai barangan terdapat di sini, kasut, t-shirt dan pelbagai lagi

Pilih-Pilih, Murah-murah..Buy One Boleh tawar, beli banyak lagi-lagi boleh tawar

Sejam lebih jugala isteri dok Shopping

Kalau di KL, Wakaf Che Yeh ni bolehla diibaratkan cam uptown. Buka dalam pukul 9-10 malam dan ditutup pagi. Parking kalau time public holiday or cuti sekolah memang agak pening jugala mencari nya. Yang pasti barangan di sini memang murah, mak sekeluarga dan Isteri bukan main lagi shopping especially tudung. Oh ya, wanita ni koleksi tudung minimum kena ada berapa ya? Balik terengganu dan Kelantan , Isteri mesti beli tudung.


Pelbagai makanan pun ada disediakan. First time tengok kaki ayam bakar dan Tapai bakar

Kalau anda singgah ke Kelantan, singgahla ke Wakaf Che Yeh. Tak lengkap kalau pi kelantan tak pi sini .

P/s : Jauh perjalanan, luas pengalaman, tak gitu?
Related Posts with Thumbnails