Showing posts with label wangsa maju. Show all posts
Showing posts with label wangsa maju. Show all posts

April 25, 2011

Tutti Frutti Frozen Yogurt|Sangatlah Sedap

Tutti Frutti Frozen Yogurt, Wangsa Maju, akhirnya kami terjahi juga. Teringin sangat isteri ke sana. Ini gara-gara entry INI la. Su, you owe me RM30. Hik3, just kidding :

Tutti Frutti Frozen Yogurt, depan Wangsa Walk, Wangsa Maju
Instruction. Fuhh, boleh tahan harganya, RM5.30 untuk 100 gram
Pilihjer perisa yang berkenan. Boleh campur2. Ada lebih kurang 8 perisa
Apa Itu Tutti Frutti?
Kelebihan dari sudut Kesihatan
Cookies & Cream dan Vanilla favourite saya
Nyam2, ini saya punya.First time try ni main bedalje
Top up la mana yang berkenan
Buat macam rumah sendiri,tapi kena bayar..Hik3..
Ini saya punya, RM15+..
Pilihan wifey, RM10+
Suasana Memang santai

Santai dan memang sedap. Love it to the fullest. Wife pun sama. Siap tambah lagi satu mangkuk.Ohh, terbang lagi RM10 duit eden. Takper2, untuk Isteri tersayang.


Papa, Alisya nak juga? Alisya pun suka..

Santai,sambil makan boleh layan tv...Apsal memanjang channel sport?kasila remote kat kami,bolehla tukar2 channel..Hik3,demand lebih pulak...

Suggestion : Sila tukar sarung kusyen, nampak dah kotor sangat dengan yogurt2 lama yang tumpah. Nampak macam tak ekslusif la kan?. In term og harga, yupp,memang agak mahal. Juga, ramai yang masih belum tahu pasal Frutti Trutti ni, bolehla mencuba mengiklan di Nuffnang, sure promosi lebih meriah dan lebih dikenali.

Jom balik Mama,besok kita singgah lagi

Hik3, to cut the story short, 2 malam berturut2 kami terjahi Tutti Frutti. Memang sedap dan menggiurkan. Kawan saya cakap, pemilik Tutti Frutti Wangsa Maju ni, Hazman, senior kami masa di kolej dulu. Tak taula betul ke tidak. 
Tutti Frutti Frozen Yogurt, Let's Froyo..
Business Hours,dibuka until 12 malam/1 pagi. Jom terjah....
Related Posts with Thumbnails