December 20, 2009

flymas.mobi – as Easy as 1, 2, 3

Teringat kenangan zaman sekolah.Selalu panjat tangki air nak tengok kapal terbang naik dan turun di waktu malam.Begitu mengujakan dan mengagumkan.Kusedar siapa diriku,bilakah agaknya aku akan berpeluang untuk menaiki kapal terbang?

Namun,tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia siapa yang tahu.Aku dapat menaiki kapal terbang buat pertama kali apabila aku dapat melanjutkan pelajaranku ke luar negeri.Pertama kali dan terus menaiki penerbangan jauh selama 12 jam lebih.Penerbangan ku begitu mengujakan dengan menaiki

Penerbangan Malaysia Airlines (MAS)

Memang best bila menaiki kapal terbang buat pertama kali ini.Dapat melihat pemandangan dari atas yang begitu cantik,awan-awan yang memutih, dan rasa betapa kerdilnya saya di bumi ini.Makanannya sedap,perkhidmatan memuaskan dan pramugarinya  bersopan santun dan cantik-cantik belaka.Tergoda aku ketika itu.Bila teringat kenanganku itu,teringat cerita :

Awan Dania lakonan mantap Scha Al Yahya

Selepas detik itu,aku selalu menggunakan dan menaiki kapalterbang terutamanya apabila balik bercuti sempena cuti panjang Universiti,melancong ke Eropah dan sebagainya.Bagiku Malaysia Airlines antara syarikat penerbangan yang menawarkan perkhidmatan yang sangat memuaskan .Kali terakhir aku menaiki penerbangan ini ketika aku balik kampung bersama isteriku, anakku yang ketika itu baru 2 bulan dan emakku yang pertama kali naik kapalterbang.Emak ku cakap cuak juga tapi best,rasa nak lagi katanya.

Cuma,kadang-kadang rasa susah dan leceh sikit nak tempah tiket kapal terbang ini.Selain pergi sendiri ke pejabatnya ataupun melalui ejen,boleh pergi booking online di http://www.malaysiaairlines.com.my/ .
Namun,atas keprihatinan Malaysia Airlines,baru-baru ini syarikat ini baru sahaja melancarkan :


flymas.mobi adalah laman mobil yang membolehkan pengguna menempah tiket dan menyemak perkara-perkara yang lain hanya dengan menggunakan telefon bimbit mereka.Sistem ini dapat digunakan oleh pengguna Blackberry (RIM), iPhone, Android Google , Symbian (Nokia, Motorola, Samsung, Sony Ericsson), dan Windows (HTC, LG, Samsung, Sony Ericsson). flymas.mobi dapat digunakan untuk telefon bimbit yang mempunyai skrin  128 pixels ke atas.


Mudah kan?

Apa yang menarik berkenaan flymas.mobi ini ?

 
Terbang ke mana sahaja menjadi lebih mudah

1) Dapat membuat tempahan dengan harga terendah ditawarkan yang ada.Pengguna juga boleh membayar menggunakan kredit kad.Menariknya,itineri anda boleh dikongsi bersama rakan-rakan anda di laman komuniti seperti Facebook, triPlt, dan dOPPLR  jadi rakan-rakan anda tahu anda di mana.Nanti tidak timbul la permasalahan rakan anda marah telefon kena bayar mahal kerana tidak tahu anda berada di luar negeri.

Rakan-rakan tidak dilupakan

2)Boleh daftar masuk dengan menggunakan perkhidmatan sms.Anda juga boleh memilih tempat duduk pilihan anda yang disambungkan dengan telefon bimbit anda (dengan menggunakan ''high-end telefon seperti iPhone,Blackberry dan Android)

3)Hijaukan alam sekitar dengan mengurangkan dan tanpa kertas.Pas berlepas boleh dikemaskinikan dan disahkan dengan menggunakan telefon bimbit anda.

Let's go Green!!
4)Semak status penerbangan anda dengan mudah dan pantas dengan perkhidmatan ''informasi penerbangan terkini

5)Semak penerbangan terkini untuk penerbangan berlepas dan penerbangan sampai dan memilih terus dan menempah dengan informasi menempah telah diisikan.

6)Berhubung dengan semua cawangan MAS di seluruh dunia dan cara untuk kesana dengan perkhidmatan ''Peta Google''

 7)Menyemak status kehilangan beg dengan segera dari mana-mana di seluruh dunia dengan telefon bimbin anda.

8)Promosi dan tawaran dapat disemak dengan telefon bimbit di mana-mana sahaja anda berada.Penjimatan dan tawaran untuk telefon bimbit sahaja ditawarkan setiap hari.

Antara tawaran menarik ditawarkan!!


9) Kini,aku lebih selesa untuk terbang ke awan :

LIRIK - TERBANG KE AWAN

Hari hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari
Siapakah diri ini?

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku ini lah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untukku
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu apa yang ku tahu
Hanya mencari diriku
Oh....
Siapakah diri ini?

12 comments:

  1. nnati u will be remembered using pantun.. good....

    ReplyDelete
  2. nice entry...I hope u will win the tickets!..heehh


    comment my post also.. :roll:


    http://www.keemzone.com/?p=314

    ReplyDelete
  3. great post....
    biasalah kenangan memang suatu yg kita tidak bleh lupakan
    thanks for that info
    clockwheelblog.com

    ReplyDelete
  4. Sharinginfoz :thanks.pantun tu kat tradisi melayu.

    Hazwan Hakim :Thanks.Nanti i terjah blog u.

    xmixanx :yup,u r rite.kenangan mmg sukar dilupakan.

    ReplyDelete
  5. Si budak Aboi :liriknya best

    hazarimi :thanks.Amin..

    ReplyDelete
  6. awan dania represent firefly skrg.. maybe next season, MAS pulak.. tapi, pls la tukar hero dia tu.. huhu..

    ReplyDelete
  7. nice...great...thanks a lot

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails