February 25, 2010

BlackBerry® Storm™ 9520 | Bagaikan Petir Memanah Jiwa


BlackBerry® Storm™ 9520

Oh, dah lama aku mengidam inginkan Blackberry.Lebih teruja bila model BlackBerry® Storm™ 9520 muncul di pasaran. Oh,alangkah indahnya jika ianya menjadi milikku.Sungguh indah dan mengujakan jika aku dapat memilikinya. BlackBerry® Storm™ 9520 , tidur malam pun tak lena mimpikan kehebatanmu.
Antara sebab kenapa aku mahukan BlackBerry® Storm™ 9520 :


1)Namanya yang mempesonakan

Fuhh,dengar namanya pun sudah cukup untuk menggetarkan dan bagaikan guruh yang mendentum hatiku.Ohh, menarik sungguh namanya.Storm ataupun petir, aura yang cukup hebat .Auranya memang membuatkan ku terpesona.


2)Spesifikasi yang mengujakan dan Hebat

Spesifikasinya yang cukup menarik dan memang sesuai dengan citarasaku seperti semua dalam satu multimedia device, e-mail mesej, skrin yang besar,memory yang agak besar, ada wifi, kamera 3.2 megapixel dengan video recording , melayari internet dengan lebih pantas dan selebihnya boleh terjah di sini Be blown away by cutting-edge mobile capabilities .Oh, terujanya aku.Please,please,please, please be mine.

3) Celcom Blackberry Promotion

Aku bergegas hari itu pada hari promosi itu yang diadakan di Chinoz, KLCC dari pukul 430petang-1o malam. Teruja dengan promosi yang cukup lumayan dan menggoda iaitu 150 pelanggan pertama dapat membelinya pada harga RM888  sahaja (harga sebenar almost RM2 ribu) dan bayaran bulanan kurang daripada RM150 untuk kontrak selama 12 bulan untuk Celcom Exec 50. Adussh, balik kerja aku terus ke sana:

Wah,Mengancam
Menarik dan terujanya aku
Ramainya orang beratur
Oh,saya beratur sama (tunggu giliranni )


Namun, harap maaf ya.Pegawai yang bertugas mengatakan aku telah terlambat.Orang sudah mula beratur sejak pukul 2 petang dan aku sampai sudah pukul 7 malam.Memang dah terlambat sangat.Aku cuba sedayaku,nak minta cuti tak sempat haritu.Apalah nak jadi, nasib badan. Beriya dan betul-betul mahu beli BlackBerry® Storm™ 9520   kerana promosi itu cukup best.Adushh:

Aku Sedih (Hujan dihatiku bersama petir yang menyambar)

Bukan itu sahaja, kesedihan ku semakin perit dan Isteriku menangis pada malam yang sama apabila :

Samsung Corby yang ku menangi hilang dan dicuri di Isetan, KLCC (It's gone now!!)

Sedihnya aku malam itu.Honestly, malam itu air mataku pun turut jatuh berguguran apabila aku tidak dapat menahan sebakku apabila Isteriku menitiskan airmata berjam-jam lamanya.Siapa yang tak sayangkan Isterikan?Sudahlah handphone itu baru ku menangi tak sampai sebulan. 

Apalah nasib malam itu, yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Oh, kenapa ini yang terjadi kepadaku?Berat bahu yang memandang, berat lagi bahu yang memikul.Namun, aku terima ketentuan Tuhan,tentu ada hikmah disebaliknya.Mungkin BlackBerry® Storm™ 9520 pula yang bakal aku miliki?

Mungkin BlackBerry® Storm™ 9520 sebagai pengganti?


4)BlackBerry Storm 2 Review - Full Review of the 9520 yang begitu mengujakan (Credit to Wirefly )

5)Sudah lebih 2 tahun aku tidak bertukar phone

Oh,sudah 2 tahun lebih aku tidak bertukar phone.Wang bukannya alasan utama namun aku belum ketemui phone yang betul-betul aku berkenan.Namun, keterujaanku betul-betul tergugat dengan kehadiran BlackBerry® Storm™ 9520

Aku mahukan BlackBerry® Storm™ 9520 dan aku rasa Celcom adalah tempat yang terbaik buatku untuk mendapatkannya.Kenapa aku pilih Celcom?Kenapa,kenapa?Usah ditanya,banyak sebabnya.Alang-alang korang tanya juga, inilah sebabnya :

1) Aku pengguna Setia Celcom

Celcom adalah line pertama yang kugunakan.Tidak pernah aku bertukar sejak bertahun-tahun lamanya.Sejak pakai prepaid hinggalah pakai postpaid.Aku gembira dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Celcom. Pengalaman yang tak dapat dilupakan bila isteriku ambil Celcom 50 ditambah dengan Celcom 1+3 pada masatu (sekarang sudah 1+5) semasa dia masih mengajar di Sabah. Dengan hanya bayaran tambahan RM5 sebulan line satu lagi, aku dapat berbual-bual dengan isteriku percuma sepanjang masa. Dahla dengan Celcom 50 hanyalah RM60 sebulan dan bilku tak pernah mencecah RM100+ walaupun puas aku berbual-bual, hantar mesej dan sebagainya.Berbaloi-baloi.

2)It's in your hand

Seperti tagline Celcom "It's in your hand" ,ya ianya ditanganku. Celcom telahpun berada di tanganku dan aku gembira ianya berada ditanganku.Terasa teruja dan seronok bersama-sama Celcom setelah bertahun-tahun lamanya.Kata orang ,kalau kita setia, balasannya akan ada.Oh, aku akan terus setia aku berharap BlackBerry® Storm™ 9520 akan berada di tanganku dengan line Celcom. Oh,aku mahu,aku mahu.Satu pantun untukmu :

BlackBerry® Storm™ 9520 di tangan anda
Ehh, tangan saya bukan tangan anda
Ala, apa salahnya di tangan semua
Tangan anda, tangan kita, tangan-tangankan untuk semua

3)Celcom adalah yang terbaik

Celcom adalah yang terbaik. Pengalaman mengajarku untuk pandai memilih dan membuat keputusan.Bertahun-tahun aku dengan Celcom, aku tidak pernah kecewa dengan Celcom. Indah Khabar, Indah rupa, Itulah Celcom.Sebab itulah ikhlas, Celcom adalah pilihanku.Oh, Celcom,teruja nya aku setiap kali menyebut namamu.Andai Celcom dan BlackBerry® Storm™ 9520 digabungkan, ianya akan menjadi gabungan yang cukup mengerunkan dan mengkagumkan.Petir akan terus bersabung di dalam hatiku.

Serangkap pantun buatmu Celcom :

Celcom pilihan terbaik sudah la pasti
Pilihanku sejak dulu dan kini
Layanan dan perkhidmatan terbaik sudah semesti
Cuba dulu, saya 'guarantee' puas hati'


4) Bagai Pinang di belah dua (Gambar kredit to Rohaizad )

BlackBerry® Storm™ 9520 dengan Celcom bolehlah diibaratkan bagai pinang dibelah dua.Apa gunanya phone yang canggih namun line nya kurang memuaskan?Gadis yang cantik sesuai digandingkan dengan lelaki hensemkan?Bagai Tom Cruise dengan Katie Holmes, bagai Erra Fazira dan Engku Emran, dan bagai Celcom digandingkan dengan BlackBerry® Storm™ 9520. Fuhh,sama hebat,sama padan.

Oh ya, untuk promosi dan tawaran Blackberry yang menarik dengan Celcom silalah rujuk sini.Banyak tawaran menarik dan mengujakan ada di sana. Ohh, aku teruja .Aku mahukan  BlackBerry® Storm™ 9520  dengan line Celcom.Doa2kan aku dan Wish me Luck k?

Psst, keterujaanku tentang BlackBerry® Storm™ 9520 dan Celcom turut dikongsi bersama , petirnya memanah menusuk jiwa , layanan menggoda, aku tergoda, aku jatuh cinta, aku tidak lupa, aku ingat bila-bila, aku inginkannya, akulah peminat setia. Inilah orangnya yang kumaksudkan selepas terlihat aura/petir Celcom dan BlackBerry® Storm™ 9520 ketika aku tengah surf internet beberapa hari yang lepas ketika mencari idea :

Terujanya Dia, hampir kalahkan Papa dia pula


Saya menulis entry ini untuk menyertai Nuffnang  - Celcom BlackBerry® Storm™ 9520 Contest (Entry yang ditulis dengan penuh kegetiran bagaikan petir berdentum di jiwa apabila entry ini ditulis sejak pukul 1030 malam, 1jam setengah sebelum dateline Contest ini).

BlackBerry® Storm™ 9520 with Celcom line, please be mine.Muahhz,Love You Celcom

31 comments:

  1. Inshaallah dapat tu.. GTO kan hebat.. hehe... bearu perasan, gto creating FAN CLUB kat FB ek.. tak sampai 3 bln sure ramai tuhhh

    ReplyDelete
  2. nak satu. serious, camna klo i guna maxis, tp nk jugak. bole beli kan?






    http://fitridzulkifli.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. alamak eyriqazz dah masuk sakit skit la nak menag..tapi at least saya nak cuba jugak

    ReplyDelete
  4. hoh....hilang??? alahaiiii sayangnya..huhuhu tetiba tumpang sedih...
    xperlah, bukan rezeki ..xde chemistry kut

    ReplyDelete
  5. ingatkan advertorial tadi?
    advertorial ke?

    ;)

    ReplyDelete
  6. wah banyak idea a..saya tak buat pun yg BB ni sebab dah kering idea..lagipun saya tak gi event tu so tak dapat byk idea sangat..anyway disebabkan saya tak wat review BB ni, saya harap bro eyriqazz menang.. sebab entry ni betul-betul rilex dan informative..ada potensi nak menang ni..insyaallah ..amin :)


    I got Dark Vader's Power!

    ReplyDelete
  7. wah2..bagaikan petir memanah jiwa;P

    ReplyDelete
  8. sedihnya henset kene curi..iskkk..

    ReplyDelete
  9. waaaaaa....sya pun tgh dok usha storm ni...aduyaiiii, bila la ble dpt...

    ReplyDelete
  10. perghh
    xmenang lagi tak tahu lah
    nak buat review jugak la!

    ReplyDelete
  11. hmmmm memang gempak ni.... tapi for me for the time being just normal phone will do tapi tak tahulah masa depan nanti kan..

    ReplyDelete
  12. salam pagi...alahai kalaulah kamu masuk blackberry ni..tak canlah orang lain nak menang...sobbb..sobbb

    ReplyDelete
  13. goodluck GTO..dapat yang ni lagi best kan..

    ReplyDelete
  14. alahai sdihnye muke..xpe ade hkmah tu..corby pergi strom mari..hehehhe..

    gud luck ye ;)

    ReplyDelete
  15. tak apa incik... nanti ada rezeki pasti dapat b.berry free macam cik epal :)

    ReplyDelete
  16. ala bestnye..saya pun nak jugak storm ni..kalau yang lame tu mcm tak cun sangat..button pun sangat kecik..yang ini memang best.....

    takziah buat pink corby ye..takpe u kan rajin berblog contest semua..nanti ada rezeki lagi insyaallah..dapat storm ni haba' mai na...

    ReplyDelete
  17. takper...nanti ada lah rezeki ganti Corby ko tu...all the best ok..

    ReplyDelete
  18. hilang? sayang yeaaaa.. law mai, dh meraung lerrr.. agaga..

    Blackberry? hurm.. nape mai mcm tk minat dgn fon blackberry ni. pelik jap..

    ReplyDelete
  19. i love celcom too.. jangan cedey2. redha dengan ketentuan tuhan

    ReplyDelete
  20. ohh ada contest rupanya...patut la aku baca blog redmummy pun duk "ingin" kan sangat blackberry nie.....all the best bro...awat aku boleh tak pasan ada contest nie..

    ReplyDelete
  21. Congrats! Menang TV, pasni boleh menang BB ni plak k?

    ReplyDelete
  22. nice post and good luck! do check out my post on this!

    http://tehtarikmemoirs.blogspot.com/2010/02/blackberry-storm-9520-by-celcom-enter.html

    ReplyDelete
  23. blh x nk promote..
    celcom postpaid promotion..
    188 monthly line,get 2blackbery..
    blackbery bold 9000 and storm..
    just only for 1900 for 2blackbery..

    ReplyDelete
  24. huuuiiiyaaii! bestnyeee kalo dapat..corby yg aritu ilang ke?adeh..sedeynyeeee! tp mungkinkah itu petanda nk dapat BB kut?ingatkah kata2,tuhan sembunyikan matahari kerana nak hadiahkan kita pelangi??hihi..nway..gud luck!! :)

    ReplyDelete
  25. hahaha..giler best en3 ko..tergelak2 giler ak ..sbr jela..lawak gak ko ne yer..ahaha..btw, best of luck bro.

    ReplyDelete
  26. oh wow.. lost the phone? sedihnya.. it is very dangerous nowadays, esp at places like klcc - so many types of ppl, locals and non-locals alike.. insya'allah ada rezeki dgn celcom BB ni.. dah astro pun menang.. *wink*

    ReplyDelete
  27. i dah beli pun tapi bukan i yg pakai hadiah birthday utk my hubby
    puas hati bila tgk my hubby pakai storm

    ReplyDelete
  28. Storm betul2 memetir. Mcmn plak dgn BOLD? Ada testimonial yg bagus? i baru ingat nak cari Bold coz Storm tu takut tak pandai jaga... maklumla ada anak kecik...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails